Katakanlah
Katakanlah, nama anak kau, Ain Syuhadah Noramalina Muzaliffah binti Abdul Kadeer Kuti, dan pagi itu kau pergi daftarkan anak kau di Sekolah Rendah Agama (SRA). Dan. Ustazah terpaksa menulis tangan di atas resit - nama anak kau, + harga yuran yang perlu dibayar.
“Siapa ek nama anak? Emmmm... Oh, ok! Ain... Syuhadah... Noramalina... Muzaliffah... binti... Ermmm... siapa ek nama bapa?” Kata Ustazah Umi Kalsom.
“Abdulll, Kadeerrr, Kutiii,, ustazah!”
“Ya right... Ermmm... Abdul... Kadeer... Kuti... Ermmm... Dan, ringgit dengan perkataan... tiga ratus... sebelas... sahaja.” Tambah Ustazah Umi Kalsom, lagi.
Dan, katakanlah, ada sembilan belas orang lagi ibu bapa yang berbaris di belakang Encik Abdul Kadeer Kuti turut mempunyai nama anak yang panjang-panjang.
Damn!
Dah sampai masanya Kementerian Pendidikan mengusahakan Sistem Pembayaran Yuran Persekolahan Anak-anak Secara Berkomputer (SPY PASEMBOR) demi untuk kesejahteraan pergelangan tangan ustazah-ustazah dan demi kesejahteraan kaki ibu bapa yang terpaksa berdiri lama. Azzam Supardi, misalnya (contoh ibu bapa yang kita maksudkan di sini). Ha ha.
29 Comments:
[Nama anak-anak sekarang ni lebih panjang dari nombor kad pengenalan]. Guna balik nama-nama klasik?- Melati, Melor atau Berahim, Andak...
Januari 06, 2009 11:24 PG
Dahlia, Cempaka dan Melur. Kawan-kawan saya yang paling simple, sesimple namanya.
Ya, mungkinlah, patut dah ada peraturan memberi nama anak.
Januari 06, 2009 11:26 PG
'nikmat' jadi ibu bapa tu.
anyway..
kanak-kanak zaman choki choki ni semua memang namanya panjang belaka.
Muhammad Sinaganaga Origami III.
Contohnya. :p
Januari 06, 2009 11:30 PG
anak aku, aku suruh tulis nama penuh. tak nak, katanya. dia tulis nama pendek sahaja.
Cerdik.
sekali dalam kelas tu ada 4 org dgn nama yg hampir sama. Cerdik Pandai. Cerdik Mulia dan macam2 Cerdik lagi.
kalau semua pesen anak aku yg malas tulis nama panjang... mau separa darah tinggi cekgu sekolah dia.
ha ha.
.
.
Januari 06, 2009 11:37 PG
huhu btol jgak tu bang naga..alaahai..on9 kan senang..;)tkpun pendek2 kan nama anak2..ha ha ha
Azzam Supardi?apakah?hi hi hi.mgamuk bro nanti
Januari 06, 2009 12:26 PTG
nama pendek..
UPIN...
Januari 06, 2009 12:32 PTG
Nizam,
Abdul Kadeer Kuti = nama klasik juga weh. Ha ha.
Bayan,
Kalau boleh guna nama macam Red Indian, kan ke best - Cik Bayan Terbang Tinggi Jangan Pula Dipipiskan Lada binti Mat. HA HA.
Famia,
Nama paling pendek (kalau ditulis dalam Jawi) Hamzah bin Yasin. :)
Tasik,
Nama kawan aku yang kat MITI tu : Sivamorthy a/l Sudararajah. Bersaudara dengan agong mana entah, ha ha.
Siva,
You jangan marah hah! You my prennnn!!! :)
Yana,
Ya betul. Setakat beli 3 biji laptop - berapa sen le sangat Kem. Pend. nak kena belanja, ya dok?
Pssst! Kalau kau orang ahli program - kau buat je application yang simple2 ni - kau bagi kat sekolah untuk guna - pastu kau charge Kem. Pend. Rib rib woooo!
Ayares,
HA HA. Dua kali main game - dua kali kau pegang kad 'penganggur'. Si Kemat - dua kali pegang kad 'anak dara comel'. Cilakak!!! Ha ha. Dua2 orang pun mati kena bunuh dengan orang kampung jugakan? HA HA.
Januari 06, 2009 12:41 PTG
"sapa nama anak kau?" ( saya tanya kawan)
"shad"
"sapa?"
"shad"
"sapa?"
" shut up!"
;)
Januari 06, 2009 12:51 PTG
Isk, Isk, Isk. *sambil geleng2 pala*
Januari 06, 2009 1:38 PTG
tu satu masalah.
yang susah-nak-eja. satu masalah lagi..
'sape name?'
'mohd sinaganaga'
'ha? berapa kali naga?'
'2 kali. naga bukan gana. gana tu kawan saya. ganapati a/l murugiah'
peace yaww
Januari 06, 2009 2:14 PTG
SETUJU!!!!!
saya menangis masa SPM sebab nama saya panjang dan penat sebab ada 10 paper (belum campur dengan Kertas I dan Kertas II) kena tulis nama panjang2!
haih...
kasihanilah tangan2 kami!
Januari 06, 2009 2:20 PTG
Ha ha ha! Eh...adakah aku?
Nama Ustazah Umi Kalsom tu sama dengan nama cikgu sekolah aku dulu. Fuh! Senyuman dia...!
Januari 06, 2009 2:23 PTG
lagik satu masalah nama panjang ini ialah ketika baru lahir dimana semasa nak register nama kat balai polis dan jabatan pendaftaran. bila dah nama panjang sangat peratusan untuk salah ejaan adalah amat tinggi.
bila dah salah, nak salahkan sapa pulak.
Januari 06, 2009 2:23 PTG
Asu,
Ha ha.
Deen,
:)
Razor,
HA HA.
Nurul,
Mmm, jenuh laki kau nak lafaz nikah nanti weh!
Azzam,
HA HA.
BigBadBilly (is SweetWilliam now),
HA HA.
Januari 06, 2009 2:38 PTG
kalau isi borang yang jenis kotak² tu memang tak cukup kotak nak tulis..
zzz
Januari 06, 2009 3:06 PTG
haha.mari meng-google peraturan meletak nama anak di malaysia.
ada.
di malaysia tak boleh namakan anak
1.hitler
2.jesus
3.anjing
4.babi
hahaha dan ada banyak lagi.mana ada orang nak bagi anak nama tu.
nama bakal anak saya,
lola dance like a hoola girl binti habil.
Januari 06, 2009 4:11 PTG
Tu salah satu sebab kenapa aku tak mau jadi cikgu.ustazah
pehh...alasan semata.
hahaha!
Januari 06, 2009 4:43 PTG
Aku sokong PASEMBOR. Lagi bagus kalau boleh scan je IC anak dan penjaga, habis cerr...
Januari 06, 2009 7:47 PTG
nak gi mana?
gi Krung-dēvamahānagara amararatanakosindra mahindrayudhyā mahātilakabhava navaratanarājadhānī purīramya utamarājanivēsana mahāsthāna amaravimāna avatārasthitya shakrasdattiya vishnukarmaprasiddhi.
hah? mana tu?
bangkok...
Januari 06, 2009 8:07 PTG
bukan setakat payah nak register.
karang akad nikah pun bole kantoi.
kn,kn?
Januari 06, 2009 8:14 PTG
dah skolah dok bantai ibu bapa dgn duit yuran itu ini yg sengaja dibuat2 n banyak2...so berbaloilah kan kalu kita susahkan cikgu2 tulis nama anak kita yg panjang2 ekekek
Januari 06, 2009 8:27 PTG
#5 Lencana 2 Keping & Kad Nama - RM3.00
Kad nama tu pulak cantik lagi yg gath gj punya design.
Taruk nama pendek pun ustazah tu banyak tanya gak bang Naga, "Aqilah jer?.. depan takde nur ke.. siti ke.."
Atau pun Basri je? takde mohamad ke... ahmad ke kat depan?
Macam mano tu..
Januari 07, 2009 6:03 PG
Azwan,
:)
Abel,
Ha ha. (Aku gelak part nama anak kau tu).
Water,
Ha ha.
Jig,
Ya. Terima kasih kerana menyokong idea aku.
Chik,
:)
Sober,
Ya. :)
Rudy,
So, berbaloi ke ibu bapa berdiri panjang2/lama2 untuk bayar yurang persekolahan anak?
Dug,
Tu sebab kena laksanakan SPY PASEMBOR - tet MyCard (bukankah MyCard tu boleh simpan data?) - buat pembayaran - print resit - so, kerani sekolah ke, ustazah sekolah ke tak akan tanya apa2.
Januari 07, 2009 9:01 PG
jadi, dunia kita akan jadi bisubisu saja bila tak perlu bertanyatanya kerana semua maklumat ada dalam satu kad?
Januari 07, 2009 9:52 PG
Salam Sinaganaga,
Saya suka dgn penulisan blog saudara. Saya nak jemput saudara jadi Juri untuk pertandingan antara blog yg saya jalankan, iaitu JL Blogger Mania, anjuran forum www.jomlayan.com.
Sekiranya berminat boleh email saya di idar_assani@hotmail.com, atau tinggalkan pesanan di shoutbox di blog saya.
Besar harapan saya kalau saudara dpt turut menjadi juri dlm pertandingan ini.
Januari 07, 2009 10:30 PG
Mawar,
Tapi kau masih boleh tanya, "Aaa... apa nombor telefon Ustazah ek? Well, bukan apa... kalau saya nak tanya pasal yuran tahun hadapan ke, pasal derma kat sekolah ke - dah tahulah kepada siapa saya nak tanya. :)
Husz,
Ok, saya akan hubungi anda melalui emel.
Januari 07, 2009 10:36 PG
itu belum lagi kalau dia dapat jadi calon pilihanraya utk mana2 kawasan. pitam jugak nanti masa hari penamaan calon dan waktu berkempen. "Undilah calon Muhammad arif adil zulkarnain muzaffar syah bin ibrahim syah muhammad ali" .. hahahaha.. peaceeee...
Januari 08, 2009 1:33 PG
Mekasih, saya menanti emel dr saudara..
Januari 08, 2009 4:37 PTG
Encik Naga,
Seharusnyalah nama2 bebudak tu dah di key in siap2 oleh kakak2 kerani Sekolah sblm sekolah bukak ok, pastu bila mak bapak dia datang serach je la, print la resit, tak bleh ke mcm tu???? (mewakili mak bapak yg terasa)
Februari 17, 2009 12:05 PTG
Catat Ulasan
<< Home