Kalau perempuan kau adalah Gautama Buddha
Cinta adalah matahari, awan gemawan, Tateyama, Kurobe onsen, raichu, kudup ume, koi birah, nikotina, Dunkin' Donuts, buih berkarbonat, merah kesumba yang menyulam-nyulam dan mengimbang-imbang di antara satu sama lain.
Hari itu. Bulan April. Hari lahir aku. Dan. Miyuki hadiahkan. Sebatang hashi.
“Kenapa tak hadiahkan sepasang?” Tanya aku.
“Hah! Ini untuk mengingat-ingatkan kau...” Miyuki kata, sedang mulut mulusnya riuh mengunyah donat; setelah gembanya menyurut, dia menambah, “Hasyi... kalau sebatang, manakan berfungsi... betul tak? Dan, bukankah hidup ini sepatutnya berpasang-pasang?”
Di dalam murup dan gemilap anak matanya - ada aku. Di dalam kami - masing-masing menyimpan seorang sebatang hashi.
Cinta adalah matahari, awan gemawan, Tateyama, Kurobe onsen, raichu, kudup ume, koi birah, nikotina, Dunkin' Donuts, buih berkarbonat, merah kesumba yang menyulam-nyulam dan mengimbang-imbang di antara satu sama lain.
51 Comments:
so, ada dalam simpanan lagi batang tu?
Januari 08, 2009 9:25 PG
wah..memang betul hidup ini emang dijadikan berpasangan
Januari 08, 2009 9:30 PG
Dug,
Kami simpan, masing-masing seorang sebatang. Ahhh, switnyaaaaa... He he.
Billy,
Emang? Bunyi macam mencarut je. He he.
Januari 08, 2009 9:35 PG
salam bang naga!
aku harap cinta aku juga sebegitu. cinta agape yang membuak-buak. yang meluap-luap.
Januari 08, 2009 9:36 PG
angau apakah melanda sahabat di pagi hari ni?
haih...
Januari 08, 2009 9:37 PG
Adi,
Agape? Bunyi macam mencarut je. He he.
Januari 08, 2009 9:37 PG
Raz,
Ha ha.
Januari 08, 2009 9:38 PG
hahahhaha!
aduhla... jiwa membacanya :p
Januari 08, 2009 9:42 PG
Haha! mencarut apanya bang.
Cinta agape cinta paling agung. Cinta yang betul-betul hebat. Berbanding cinta eros dan cinta philia.
Januari 08, 2009 9:45 PG
hahaha
bang , bile bace artikel ni gua dpt idea mcm mane gua nak ngorat clerk tempat kerje gua ..lalu gua hantar mesej begini kpdnya..
Cinta dan kau adalah matahari, awan gemawan, Tateyama, Kurobe onsen, raichu, kudup ume, koi birah, nikotina, Dunkin' Donuts, buih berkarbonat, merah kesumba yang menyulam-nyulam dan mengimbang-imbang di antara satu sama lain.seperti aku dgn kau..
lima minit selepas itu
nampaknye berjaya...kerna dia memandang gua dgn malu2 kucing selepas menerima mesej dr gua..terima kasin bang naga
Januari 08, 2009 9:49 PG
Tiba2 cik naga btukar menjadi sorang yg romantis..ha ha ha
Januari 08, 2009 9:57 PG
emang tu mencarut? sian kawan aku si aiman... budak ganung...
Januari 08, 2009 10:15 PG
Mat Jan cakap cinta agung ialah cinta yang tak kesampaian, betapa romantis untuk dikenang.
Kalau cinta-cinta lepas tu kawin dapat anak-anak, tu dah jadi romantik komedi.
Jadinya, otai-otai macam bang Naga ni hidup dalam Cinta Romantis - Romentik Komedi. Hahaha
Januari 08, 2009 10:20 PG
Aku...segan nak baca yang ni..banyak sangat lekuk-lekuk pinky [bukan mencarut]...bro ni masih bro Sinaganaga?
Nak pinjam kata-kata tu, nak kasi mak budak...
Januari 08, 2009 10:21 PG
wah..
romantika ni.
switlah.
Januari 08, 2009 10:23 PG
Aaawww, that's so sweet. Bang Naga, hashi tu apa barang? Kasi tunjuk gambar boleh..???
Januari 08, 2009 10:24 PG
Nurul,
Ha ha. (Eh, malam tu abang dengan Yapong balik saing Ummi Aida, huhu).
Asrul,
Ya. Entri ini adalah template cinta. Sila copy dan paste dan hantarkan kepada kekasih anda. Ha ha. InsyaAllah, sedap!
Yana,
Romantis apa nye? Ha ha.
Chik,
Oh, iya ke? HA HA.
Dug,
Selepas berkahwin = tu komedi seramlah! HA HA.
Nizam,
Boleh boleh, sila sila, hak hak!
Famia,
Ya, aku tahu, aku memang swit. Ha ha.
Cat,
Hashi tu = chopstick Jepun. Hok kayu, bukan hok plastik hok mace chopstick Cina. Dan, lebih pendek daripada chopstick Cina. Dan, hashi ore tino lebih pendek daripada hashi ore jantan. Menarikkan? Falsafah sungguh!
Gambar? Sendrik google le!
Januari 08, 2009 10:37 PG
sepasang tu 2 kan?
kalau 1 lelaki dgn 2 atau 3 atau 4 wanita.... kira sepasang juga ke bang?
.
Januari 08, 2009 11:13 PG
Tasek,
Hok tu panggil GengBang! HA HA HA HA.
Januari 08, 2009 11:23 PG
romantika d' amor le...
Januari 08, 2009 11:43 PG
tapi kalau makan yong tau foo, cukup lah hashi sebatang aje..
ah.
[kata dugongsenyum, Mat Jan cakap cinta agung ialah cinta yang tak kesampaian, betapa romantis untuk dikenang.]
atau sakit.
ya. kalau sakit dah tak romantis.
Januari 08, 2009 11:51 PG
Asu,
HA HA.
Alina,
Kalau ada sebatang ja hashi - so, tak bolehlah nak kepit fishball dan chowyungfat (apa kebarang entah nama benda ni), ha ha. Mudahkan moralnya! :)
(Tapi masih boleh makan dengan garfu kan, kan, kan?) :)
Januari 08, 2009 11:56 PG
persoalannya dimanakah batang itu ?
Januari 08, 2009 12:42 PTG
biar berpasangan baru sesuai untuk kopulasi
Januari 08, 2009 1:47 PTG
Kata Naga "Hashi tu = chopstick Jepun. Hok kayu, bukan hok plastik hok mace chopstick Cina. Dan, lebih pendek daripada chopstick Cina. Dan, hashi ore tino lebih pendek daripada hashi ore jantan. Menarikkan? Falsafah sungguh!"
Jadinya kalau digandingkan Naga + Miyuki= Hashi (pasangan secocok sebab sama2 pendek)
Kalau Naga + Mat Jan = Hashi + Chopstik (pasangan tak secocok sebab tak sama pendek)
Wah... hari ni belajar matematik pun ye, falsafah pun ye. haha
Januari 08, 2009 2:37 PTG
wat garu belakang gatal besh gak tu...
Januari 08, 2009 2:42 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Januari 08, 2009 2:45 PTG
kena taruk kat tempat spesel sket batang tuh..
chentaaa....
Januari 08, 2009 2:47 PTG
suda kongfius la bang. gautama buddha tu bukan ke jantan? jantan yang mengasaskan agama buddha. apa stori ni?
Januari 08, 2009 3:02 PTG
wah! byknya makna cinta!
Januari 08, 2009 3:09 PTG
Enche,
HA HA. Kau mencarut ek?
Sofa,
Or, carpoolasi. Ha ha.
Dug,
HA HA.
Ayares,
He he.
Lim,
Mestilah. :) Gua bubuh dekat dengan hati. Hak hak hak.
Denan,
Habis tuh - dah semua perempuan pakat-pakat mengamalkan feminism - dah nak jadi jantan le tu! HA HA.
Januari 08, 2009 3:12 PTG
Danial,
:)
Januari 08, 2009 3:12 PTG
apa fungsi simpan sorang sebatang? Kenapa tak simpan sorang sepasang? *er.. tak, tak, aku bukan bermaksud nak mencarut.
:]
Januari 08, 2009 3:28 PTG
Deen,
Plannya - bila nak guna - call - kalu dah dapat sepasang - baru guna. Switkan? Ha ha.
Januari 08, 2009 4:28 PTG
switnye.. cemana agaknye rope miyuki ni eh.. musti swit jugaks.. hihihi..
Januari 08, 2009 4:43 PTG
miyuki sweet kan? kan? ;-)
Januari 08, 2009 5:06 PTG
Bicara pasal Miyuki,romantis sunggguh!
ps: aku paling suka bila ko cerita pasal Miyuki. Dan aku bayangkan dia secantik kenalan aku Ayako Kawakita.
Januari 08, 2009 8:34 PTG
betul tu bang naga,
ciptaanNya memang dijadikan berpasang.
ada lagi satu batang yang dipasangkan dengan batang bang naga.
batang pisang.dengan batang batang.hahahahahahahahahahahaha.
regards,
abell
Januari 08, 2009 9:03 PTG
ni sejak org panggil dia dear la neh.. mula jd cmni.. wakaka
Januari 08, 2009 9:16 PTG
kan aku dah cakap dulu. Maharaja Cinta. tengoklah, sikit masa lagi dia tulis pasal teknik-teknik bercinta dengan berkesan pulak.
Januari 08, 2009 9:45 PTG
Mat Kuntum jugak Encik Naga ni rupanya. Ooo...
Januari 09, 2009 2:52 PG
mmg indah berpasang-pasang.
tp akhirnya kita akan sebatang juga nnt.
sbtg kara di alam barzakh.
[tazkirah]
Januari 09, 2009 5:59 PG
Azwan,
Ha ha.
Hana,
Ha ha.
Tanah,
Ha ha. Cilakak luh!
Kelam,
Ada yang bertemankan 'amal'. :)
Januari 09, 2009 8:35 PG
kalau nanti birthday kau aku hadiahkan sebatang hashi macam mana?
Januari 09, 2009 10:24 PG
Madu,
Tak payahlah. La ni dah ada 5 pasang hashi dah. HA HA.
Januari 09, 2009 11:30 PG
famili miyuki tak kisah ke kalau miyuki berkawan dengan orang melayu?
Atau miyuki ada darah melayu?
Atau bf miyuki tu darah Jepun?
Atau dua2 orang tu sebenarnya tak wujud pun?
Januari 09, 2009 3:47 PTG
kalau nak makan kena kongsi la ni?
Januari 10, 2009 12:05 PTG
begitu puitis sekali... kedengaran seperti seorang anak kecil sedang meracau ketika demam. tapi sweet jugak.
Januari 11, 2009 11:48 PTG
Bumi,
Entri blog ini adalah fiksyen semata-mata. Ha ha.
Amer,
Entah. :)
Fir,
HA HA.
Januari 12, 2009 8:35 PG
Koi birah? :D
Januari 12, 2009 10:36 PG
haha modal besar untuk usha awek baru!
Januari 12, 2009 2:48 PTG
Catat Ulasan
<< Home