"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

04 Mac 2009

"Adek kena samak perut tu dengan air tanah tau!" Mak Teh kata

Aku. Hana. Berbual-bual. Tentang hidup di perantauan. Tentang makanan di sana. Tentang daging babi. Seperti yang kita maklum, daging babi memang haram untuk dimakan oleh orang Islam.

Hana kata, di United Kingdom, ada banyak makanan halal, tidak susah. Aku kata, di Jepun, kalau pandai cari, ada banyak makanan halal juga, tidaklah susah mana.

KOMA

"Eh, kau tahu tak macamana rasa burger MekDonal di Tokyo?" Aku tanya.

"Tak! So, macamana rasanya?" Hana jawab dan tanya.

"Sama saja rasanya dengan burger MekDonal di Malaysia!" Aku kata.

"Cilakakkkkkkkkkk! Ha ha!" Hana kata.

Aku. Hana. Berbual-bual. Tentang hidup di perantauan. Tentang makanan di sana. Tentang daging babi. Seperti yang kita maklum, daging babi memang haram untuk dimakan oleh orang Islam.

24 Comments:

Blogger artisticklytouch said...

tapi kalau ayam KFC kat mana yang paling sedap?

Mac 04, 2009 6:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Art,
Aku makan KFC semasa di Jepun. :)

Mac 04, 2009 6:51 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Aku pergi sekejap ja bang. Bulan Ramadhan pulak. Takde masalah bab2 makan. So,aku tibai buah dan air mineral ja. Dalam dok berhati-hati pun, termakan makanan bercampur sake.

Hampir setengah hari aku mabuk.
Rasa macam dok syurga. Dah sedar,aku rasa macam bersalah sgt..walau 'ter'

Mac 04, 2009 6:57 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

eksen pegi jepun la tuh!

Mac 04, 2009 7:40 PTG

 
Blogger siskinny said...

adakah perkara (menyamak perut) itu sudah dilakukan atau belum?

Mac 04, 2009 7:49 PTG

 
Blogger Unknown said...

minum air lopak tu kira ok lah tuu..

Mac 04, 2009 9:54 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Err mungkin aku patut buat penambahan: di tempat tinggal aku ni di Birmingham, banyak kedai makan/jual daging halal. Kerana komuniti Pakistan yang ramai ya amat di sini. Kalau di bahagian lain, Cambridge misalnya, ada jugak kedai makan/jual daging halal tapi tak lah sebahagia kami-kami yang berada di B'ham ni.

Sekian terima kasih.

Mac 04, 2009 10:09 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Pssst Abang Naga, ada kawan Cath bangsa Melayu yang tinggal tak seberapa jauh from Cath - minah ni semua dia tibai... Tak kira lah halal ke, tak halal ke, semua sapu, babe...

Mana Cath tau? Tu hari Cath nak masak curry chicken, tanya kat si minah ni mana nak beli ayam halal in Richmond. Dia boleh selamba katak aje jawab, tak payah - beli aje kat mana-mana. I'll eat EVERYTHING!!!! *garu kepala*

Mac 05, 2009 12:01 PG

 
Blogger asuhara sue said...

entri ni buat aku terkenang daging lombu yang KELIHATAn oishi gilerrr (beserta bau2an yg terhasil)time pegi takayama.

Mac 05, 2009 8:08 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Esok pergi Kuala Pahang, ah... makan patin gulai tempoyak lagi!

Mac 05, 2009 9:09 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Kampaiiiiiiii! He he.

Ajami,
Ha ha. Lu patut pergi, beb!

Sis,
Belum. Ngeh nghe ngeh.

Ay,
Cadangan yang menarik. :)

Hana,
Terima kasih atas makluman. :)

Cat,
Weh! Tak boleh tu, haram!

Asu,
Oishi da yo?

Dug,
:)

Mac 05, 2009 10:19 PG

 
Blogger 4dMinIstR@t0r said...

di malaysia hadhari juga banyak daging haram merata2 ;) eh..cite pasal daging halal ke daging haram nih?

Mac 05, 2009 10:41 PG

 
Blogger tasekM said...

aku dok malaysia je bang. sian aku.


.

Mac 05, 2009 11:51 PG

 
Blogger landaklaut said...

kawan aku kata kalau dia gi mana2, takde makanan halal, dia tibai je ape pun. janji takde bab1. darurat. dia kata. hmm..

Mac 05, 2009 3:58 PTG

 
Blogger SolitudeInMind said...

Samalah kita 'tasikmerah'.

*InMind tak pi luar negara sebab patriotik cinta negara tau.

Yolah tu! ;)

Mac 05, 2009 3:59 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Cuba kau 'list'kan, selain Jepun mana lagi negara kau pergi....

Mac 05, 2009 5:41 PTG

 
Blogger addyaholix said...

aku pernah termakan babi bang naga. "sedap" woooo haha!

Mac 05, 2009 10:35 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Nak samak perut dengan air tanah, kena makan tanah la ye? Ehe.

Mac 05, 2009 11:57 PTG

 
Blogger umar_skyscooter said...

helo dan hai,...ingin mengetahu info yang sangat cun dan best giler,layarilah blog sye ni di http://chipmunk18.blogspot.com ,ok thanks n bye

Mac 06, 2009 1:18 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Admin,
Entah. Ha ha.

Tasik,
Alahai.

Land,
Ha ha.

In,
HA HA. Patriotik konon!
Esok, jom ke Masjid Negara - GMP (PPSMI)!

Purp,
Singapore? Kampung Congo? Kampung New Zealand? Ha ha.

Adi,
Haram tu. :)

Tiqah,
'Makan tanah' membawa konotasi yang berbeza. Ha ha.

Umar,
Oh ok.

Mac 06, 2009 8:42 PG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

nanti senang2 belanja lagi. hahahaha! :-p

Mac 06, 2009 4:49 PTG

 
Blogger uncle apis said...

satu2 nye benda yang ko beli yang ko bawak sampai masuk dalam kubur..
-makanan!

quote kata2 bapak aku.hahaha

Mac 06, 2009 8:32 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Hello friend that was amazing .I found your name in my Friends Blog roll.I found your Blog is intresting so what i have done is that i have added u in my Blog Friends list.So i think u can also add me in your blog list and share your experience with me.Ok friend see u in next post.Bye.

Mac 07, 2009 11:16 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Hello friend that was amazing i am vishalini.I found your name in my Friends Blog roll.I found your Blog is intresting so what i have done is that i have added u in my Blog Friends list.So i think u can also add me in your blog list and share your experience with me.Ok friend see u in next post.Bye.


my url : http://friendszone.wordpress.com/

Mac 07, 2009 11:17 PG

 

Catat Ulasan

<< Home