Ole-ole Chef Nage
sinaganaga:
Ok, malam ni aku nak ajar kau buat kentang putar. Mula-mula rebus kentang. Kalau nak senang, kopek kulitnya dahulu, kemudian baru rebus. Rebus sampai empuk.
sinaganaga:
Weh! Dah empuk ke belum? BUZZ!
sinaganaga:
Sedang masak pun boleh tidur ke, weh?
hana_kirana:
Ha ha.
hana_kirana:
Nak rebus berapa lama? Macamana nak tahu dah empuk ke belum?
(Ini pertanyaan biasa perempuan yang jarang turun ke dapur tetapi selalu turun ke sungai untuk kumpulkan sample air sebagai kajiannya).
sinaganaga:
Kau cucuk kentang tu dengan garfu. Kalau sedap sedap ‘ja kau rasa masa kau cucuk kentang tu – hah, dah empuklah tu. So, kita anggaplah kentang tu dah empuk… Eh, berapa biji kentang kau rebus tadi? Aaa, katakanlah 3 biji kentang ya. Ok, sekarangkau toskan di dalam bekas.
hana_kirana:
Oooo, ok!
sinaganaga:
Kau tahu tak ‘tos’ tu apa benda?
hana_kirana:
Yang kena buangkan airnya tu kan?
(See, part-part air perempuan ni memang expert.)
sinaganaga:
Ya betul! Ok, sekarang lenyek kentang dengan garfu. Kemudian, bubuh 3 sudu mayonis. Dah? Laaa, tidur lagi ke ni? BUZZ!
hana_kirana:
Garam, gula tak payah letak ke?
sinaganaga:
(Kentang dah ada gula kat dalamnya - nak bubuh apa lagi, weh) Kejaplah! Ada benda paling penting yang perlu kau bubuh. Ok, lepas tu kau bubuh dalam 3 or 4 sudu BUTTER (masa kau bubuh butter ni, pergh, dia punya bau sudah ‘mari’, dekkkk!)
hana_kirana:
Ooo, ok! Adakah dijamin lebih sedap daripada mana-mana kentang putar??
sinaganaga:
WEH, MESTILAH SEDAPPPPPPPPPP DARIPADA MANA2 KENTANG PUTAR DI RESTORAN MAKANAN SEGERA! Selepas tu, kalau nak pedas - bubuh pepper sikit, bubuh garam sikit (sebab lidah kau lidah Asia-kan... lidah Asia suka pedas pedas.)
hana_kirana:
Hmmmm, interesting resepi kau ni. Daripada aku tak berapa minat nak cuba, terus rasa nak cuba.
sinaganaga:
Sosnya? Kau beli kat kedai yang ready made ‘ja.
hana_kirana:
Nak kena sos sos juga ke? Makan macam tu ’ja tak boleh?
sinaganaga:
Tak bubuh sos pun ok dah. Ikut suka lidah Asia kaulah!
hana_kirana:
Baik!
sinaganaga:
Part hiasannya pula. He he.
hana_kirana:
Ya Allah, nak hias hias juga ke?
sinaganaga:
BUBUH DUA HELAI (SAYA ULANGI, DUA HELAI SAHAJA) DAUN PUDINA DI ATAS GUMPALAN KENTANG PUTAR TERSEBUT. Nak kasi color ’ja ni (Coz, orang Jepun ‘makan dengan mata’, ya). Hahahahahhaaaa…
hana_kirana:
Ah, aku letak kelopak bunga mawar ‘ja. Colour juga!
sinaganaga:
Kalau nak mahal lagi bubuh bunga tulip ke, orkid ke. Hahahaha. So, itulah tadi resepinya puan-puan…
hana_kirana:
Ok, thanks banget!
sinaganaga:
KENTANG PUTAR BAUUUU DIA TAK HINGAT PUNYA!
hana_kirana:
Aku akan cuba pada hujung minggu nanti. Weekdays aku bz.
Sinaganaga:
Kalau kau nak kasi tambah kelakar - bubuh dua tiga hirisan bacon.
hana_kirana:
HA HA.
sinaganaga:
Ya puan puan, kalau anda tak makan babi, sila kaup dan ketepikan bacon tersebut.
hana_kirana:
Ok, nanti aku beli babi dan akan aku kaup dan ketepikan, ok?
Gambar-gambar ujikaji di blog Hana
Nota: Teks Drama YM ini telah diedit untuk siaran. Dan, jangan harap aku nak sediakan kentang putar ni semasa MASKARA.
27 Comments:
first
Mac 03, 2009 10:06 PG
kalau kentang putar KFC, sos dia dia kikis lemak minyak kat dinding periuk dia masak ayam tu...
Mac 03, 2009 10:07 PG
cayalah! tinggal blog PP je aku belum dapat buat first
Mac 03, 2009 10:07 PG
Cisss nasib baik aku cepat, Mat Jan nyaris pintas aku
Mac 03, 2009 10:07 PG
haha. gua dah pernah buat first kat blog pipi:
http://hilangpunca.blogspot.com/2009/02/maskara-13-gua-dah-tak-berdebar.html
Mac 03, 2009 10:08 PG
cisss, takpe, nanti aku akan berjaya jugak! Tunggulah harinya!
Mac 03, 2009 10:11 PG
ok. blog saharil tak kira. sebab dia update waktu tetap.
Mac 03, 2009 10:12 PG
Kalau terer buat first kat blog Jongkang Jongket, ekekekekeke
Mac 03, 2009 10:13 PG
Vovin, MatJan,
Cubalah kau orang 'first' juga time-time hantar cerpen tu, kan ke bagus!
Mac 03, 2009 10:13 PG
vovin: haha. cilakak.
sinaganaga: gua dah buat first kat cerpen masa romlah tempoh hari. bagi chance la kat jigo dgn spyz plak buat first. ahaks!
Mac 03, 2009 10:16 PG
first hantar takde la, tapi second ada.
Macam Mat Jan jugak, kasi chan kat Jigo dan Spyz dan Pipiyapong.
Kesian kat diorang asyik last je.
Kami sebagai staff Fortuna amat baik hati dalam menjaga hati member.
Mac 03, 2009 10:17 PG
aku slalu slalu last.
tak kecoh pun..
he he he
Mac 03, 2009 10:21 PG
Orang last memang tak penah kecoh. Dah malu sebab last.
Mac 03, 2009 10:24 PG
vovin : ha ha ha
ok ok...
Mac 03, 2009 10:37 PG
Aku nak cubalah bang, buat cerpen.
Ahhh..salah buat kentang putar sinaganaga.
Well..aku kan suka kenatng!
Mac 03, 2009 12:15 PTG
pas tu... bila masa nak putar neh???
Mac 03, 2009 2:42 PTG
nak rebus kentang kena tunggu satu jam. Ini petua zaman dahulu kala...
hahaha
Mac 03, 2009 2:51 PTG
hahaha... aku br nk tanya mcm pakcik tanya. bila masa nk putarnya nih....? ha ha.
ko menuntut resepi dr nida ke ni bang? he he.
.
Mac 03, 2009 3:03 PTG
dah tengok kentang putar kau di blog hana. memang ceria ha ha!
Mac 03, 2009 4:12 PTG
Putar guna garfu?
Lawan arah jam lebih afdhal?
Mac 03, 2009 5:07 PTG
Putarkan!
Mac 03, 2009 6:02 PTG
putar kentang semasa lenyek dengan sudu. atau putar-putarkan saja mangkuk itu secara manual. tak semestinya kentang yang diputar. putar mangkuk yang ada kentang di dalamnya pun boleh juga.
Mac 03, 2009 7:58 PTG
lepas ni bagi resepi kentang bakar pulak. nyam nyam..
Mac 03, 2009 11:36 PTG
oo.. ingat kena tambah susu jugak. tak payah ekk?? hoho..
Mac 04, 2009 1:47 PG
adeyh..terus terasa nak cari kentang putar..
Mac 04, 2009 10:38 PG
:)
Mac 04, 2009 11:53 PG
Bro ada orang cakap ada bacon yang halal. Komen skit!
Mac 05, 2009 3:39 PTG
Catat Ulasan
<< Home