"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

02 Mac 2009

Momen di lobi sebuah hotel pada suatu hari yang sungguh imaginari

Aku dudukduduk di lobi sebuah hotel; sedang mengedit manuskrip Pipiyapong dengan pen mata bola berwarna merah, persis seperti cikgu-cikgu Sekolah Menengah Sains (menurut Pipiyapong, cikgu Sekolah Menengah Sains jarang ada pen mata bola berwarna merah sebab pada ketika kami menjadi pelajarnya - kami mengamalkan sistem tukartukar buku dengan kawan di sebelah, kau pangkah aku punya buku, aku pangkah kau punya buku, sebab kepandaian guru dan pelajar di sekolah berasrama penuh ini adalah setara, almaklumlahhhhh... kami bersekolah di sekolah pandai.).

Sesekali mata aku mengerling gadis kaunter yang wajahnya persis seperti worawari di taman asmaraloka.

Dan pada ketika sedang rancak mengerlingngerling itulah Syuhada tiba-tiba muncul entah dari mana dan berkatakata, “Apa lagi bang! Pergilah mengorat!” sebelum dia *plop* seperti selaluselalu.

Aku menanggalkan cermin mata, mengeluselus kumis, dan mendatangi kaunter di mana gadis itu sedang berada dengan gerakan bahu persis seperti seekor cheetah sedang berjalan.

“Ya enche! Boleh saya bantu?” kata gadis kaunter. Nama dia Mira. Aku tahu, sebab ada tandanama di dadanya.

“Errr... kat sini sejuklah! Kalau saya masuk ke bilik, pergi ambil selimut, dan bawa turun ke lobi... boleh tak?” kata aku.

25 Comments:

Blogger addyaholix said...

Seni mengurat kau makin berkembang bang!
Haha!

Mac 02, 2009 9:24 PG

 
Blogger asuHara sU said...

wah..ayat mengorat luar biasa!

Mac 02, 2009 9:32 PG

 
Blogger Po said...

hebat.

aku rasa ini peringkat mengayat tertinggi.

jarang anak melayu memiliki jurus setinggi ini.

biasanya; standard mengorat di lobi hotel adalah..'kat mana ada jual rokok?' ja..

Mac 02, 2009 9:46 PG

 
Blogger Water Lily said...

Woo..kagumnya aku bang hahaha!

Luar biasa sungguh. Itu belum masuk puisi-puisi lagi kan..kan..kan

:)

Mac 02, 2009 10:01 PG

 
Blogger Water Lily said...

Perkataan baru untuk dipelajari

imijinari
asmaraloka
worawori

Ade sesapa nak bagitau saya makna perkataan ni?

Serius!Tak tau..

Mac 02, 2009 11:25 PG

 
Blogger DeeN said...

Ko belajar kat mana seni mengurat neh? Dalam drama ngan filem pun memang payah nak jumpa. Tabik ko lah, bro!

Mac 02, 2009 11:27 PG

 
Blogger tasikmerah said...

ooo... gitu gaya mengorat budak2 sekolah pandai ye... baru aku tau..

;)


.

Mac 02, 2009 12:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Adi,
Terima kasih. :)

Asu,
Ha ha.

Po,
Well, dah bekas pelajar sekolah pandaiiii! :)

Water,
He he.

Deen,
Ha ha.

Tasek,
HA HA.

Mac 02, 2009 12:26 PTG

 
Blogger ZARA 札拉 [사랑해~] said...

hehehe...

bagus betul mengayat gaya begini..

bagaimana caranya kalau aku berada di tempat encik naga, dan Mira itu adalah Amir?

Mac 02, 2009 12:56 PTG

 
Blogger Perempuan cerdas said...

Hahahahahah.

:)

M

Mac 02, 2009 1:26 PTG

 
Blogger ili syazwani said...

Ya aku pun nak tanya apa itu worawori.

Mac 02, 2009 1:46 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

jangan lupa bantal sekali

Mac 02, 2009 1:59 PTG

 
Blogger Dani Izwan zainol said...

hahaha..

Mac 02, 2009 3:35 PTG

 
Blogger InMind said...

Bro alang-alang bawa turun selimut baik bawa tilam TOTO sekali.

Mac 02, 2009 3:51 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lobi hotel mana ni naga?

Mac 02, 2009 4:01 PTG

 
Blogger pipiyapong said...

Hahaha. cilakak. Dapat ke tak? Kalau dapat gua memang hangin.

Mac 02, 2009 4:57 PTG

 
Blogger hegira said...

huhu.

sejak bila gaya dan stail bahasa nih bertukar?????????

hah???

sejak bila???

Mac 02, 2009 6:43 PTG

 
Blogger mira zin said...

pergh..lancar sungguh mengayat..hahaa..

Mac 02, 2009 7:13 PTG

 
Blogger Nadine said...

not bad..a good try tapi apa resultnya,pass ke fail?ha..hah.hah...hilang letih i kejap baca yr entri...

Mac 02, 2009 9:29 PTG

 
Blogger AyAres151 said...

lenkali ajak Mira tuh temankan amik Selimut... baru hangatnya lebihhh.. muahahhahaa

Mac 03, 2009 12:20 PG

 
Blogger azzam supardi said...

Ha Ha. Adeh. Edit buku Yapong kat hotel tu! Fuh! Kaya betul Sol-Jah ha ha!

Mac 03, 2009 7:42 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Nak koko panas.

Mac 03, 2009 8:50 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zara,
Amir who?

Perempuanku,
Selamat pagi Sang Suria! ;)

Ili,
Perkataan 'worawari' adalah perkata seerti 'warawiri'.

Rudz,
Aaa, bawa katil dengan tilam sekali pun ok rasanya.

Dani,
:)

In,
Apa barang pergi hotel bawak Toto!!!!! Ha ha. Tak 'kacip' la weh!

Purp,
Quality hotel. Makanan sedap!!!

Yapong,
Tok Rimau pernah berpesan, 'I don't kiss and tell!". Mengikut terjemahan oleh Mrs Nathan, perpatahn ini dalam bahasa Melayunya adalah, 'Burung terbang dipipiskan lada!" HA HA.

Adehhhh...

Alina,
Kat blog ni macam2 ada. Kadang Naga, kadang Sufian Abas, kadang Saharil, kadang Alina, kadang Yapong... etc. Ikut suka, ikut rasa, ikut masa!

Humcha! Haiiiiiiit, aaaaa!

Mira,
Dulu2, masa kecil, sempat makan kelip2! HA HA.

Nadine,
Kalu suspeknya gualah, Vovinlah, Yaponglah, Azzamlah - selalunya tak dapat! BAHAKHAKHAKHAK!

Hok soljahs yang lain tu - fifty-fifty!

Dalam banyak2 soljahs - sorang je yang boleh dapat 100% part-part ni. :)

Ha ha.

Ayares,
Dah ajak dah. Dia kata dia kerja. :)

Azzam,
Sindiket Sol-Jah tak kaya. Gua yang kayenya. BAHAKBAHAKBAHAK!

Eh, esok pagi & lusa punya job - petang dapat duit terus ke? Or, kena claim dulu baru boleh dapat?

Dug,
Yo dude. Lu apa cer? Lama tak datang lepak sini. Tak buat buku lagi ke?

Mac 03, 2009 9:26 PG

 
Blogger InMind said...

Bro tilam otel tak hygienic. Ntah sesapa buat video 3gp atas tu. Bawak TOTO bagus. Kot apa-apa hal nanti takde la orang angkut tilam otel pi mahkamah.

*Pesanan ini dibawa oleh penaja

Mac 05, 2009 3:51 PTG

 
Blogger amirahsyuhada said...

mira..syuhada, macam kenal ja

Mac 06, 2009 10:49 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home