Aku memilih untuk tidak memilih
Jimi Mahmud sudah fed up! Jimi Mahmud memilih untuk tidak memilih.
Manisah membebel-bebel. Nak pilih Barisan Nasionalkah, nak pilih Pakatan Rakyatkah, terserah! Pokoknya, Jimi Mahmud harus memilih satu di antara dua. Sebabnya, itu tanggungjawab Jimi Mahmud sebagai rakyat, kerana rakyatlah yang berhak untuk memilih para pemimpin mereka. Pokoknya, Jimi Mahmud harus memilih satu di antara dua. Nak pilih Barisan Nasionalkah, nak pilih Pakatan Rakyatkah, terserah! Manisah membebel-bebel.
Jimi Mahmud membetul-betulkan rambut afronya yang penyek ditiup angin. Jimi Mahmud kata, “Memetik kata-kata Adam Kasturi, si penyair kurus melidi tetapi kacak yang digilai oleh perempuan-perempuan banyak itu, Aku rasa dunia ni ada hutang dengan aku!” Jimi Mahmud kata lagi, kalau pilih Barisan Nasional pun gua tak jadi apa, kalau pilih Pakatan Rakyat pun gua tak jadi apa. Gua tetap macam ni sajalah... semakin hilang jatidiri, semakin merempat di negara sendiri. Kemudian, Jimi Mahmud mengosok-gosok perutnya yang sedikit gendut, ‘Tak apa, suatu hari nanti Adam Kasturi pun akan gendut juga, ha ha ha,‘ katanya dalam hati.
“Tetapi, lu kena memilih satu antara dua juga!”
“Tetapi, gua ada pilihan ketiga! Jadi, gua pilihlah pilihan ketiga tu! Tutup kes!”
Jimi Mahmud memilih untuk tidak memilih. Jimi Mahmud sudah fed up!
42 Comments:
hahaha, tapi kalau memilih untuk tidak memilih, nanti jangan dibisng dikemudian hari.
aku setuju, kalau kita pilih sapa pun. kita masih macam nih. cuma mungkin sebab geram hati kita berasa untuk memilih.
Mac 17, 2009 10:33 PG
Pilih pilih pilih!
3 seringgit! 3 seringgit!
Mac 17, 2009 10:42 PG
Tiga burung,
Ok, aku akan senyap!
Khal,
HA HA. Semalam Syuhada beli kerepek yang mak cik tua tu jual - 3 sepuluh ringgit!
“Abang, Syu tak boleh tengoklah benda-benda macam niii [mak cik tua yang terpaksa menyara hidupnya dengan menjual kerepek]... *sob sob*”
Tapi, aku dengar macam mak cik tu kata, “3 seringit! 3 seringit!”
Mac 17, 2009 10:53 PG
Pilehla undi rosak. pasti tidak menyesal.
Mac 17, 2009 11:04 PG
yg penting kau layak dan boleh untuk memilih
Mac 17, 2009 11:20 PG
Baik ko pangkah aje semua, jadi undi rosak. Klu ko pangkah BE END nnt org kata ko bangang (org kata ehh..org kata tau..bkn aku kata)..nnt klu pangkah PEE KIR Rrrr org kata ko...durhaka plak....klu ada BEBAS lagi best..pangkah aje BEBAS...sure ko kena kebas (culik) leh hantu kopek...problem..tuh...jadi aku syor ko pangkah ajelah semua...
Mac 17, 2009 11:59 PG
Yoshz,
Hah, bila masjis pertunangan korang tu? Nak kena tanda dalam planner ni - Uncle nak kena amek cuti. Ni kalau tak amek tugas 'di belakang kamera' ni - mampus kena marah dengan mama dan papa Mimi ni weh!
One more thing, Mimi dah balik ke belum?
Yazid,
Malas aku! He he.
KAM,
Malas aku - buang-buang tenaga je kalau pangkah kedua-duanya. He he.
Mac 17, 2009 12:38 PTG
Lagi selamat memilih untuk tidak memilih. Tiada pihak yang terluka.
Ha ha ha.
Orang bagi duit, beras, kain pelikat kena memilih untuk ambil. Jangan tak ambil. Nanti rugi.
Mac 17, 2009 1:07 PTG
pilihan adalah rahsia! ha ha.
.
Mac 17, 2009 1:21 PTG
salam... bro... tumpang promote tee-shirt ya... =)
T-Shirt Kenangan PERISTIWA PERDANA BULAN MAC
(1) T-SHIRT ANTI PPSMI ( RM30 termasuk biaya pos )
(2) T-SHIRT JANGAN BUNUH BAHASA IBUNDA ( RM25 termasuk biaya pos )
(3) T-SHIRT SIDANG TERGEMPAR DUN PERAK ( RM25 termasuk biaya pos )
(4) T-SHIRT KERANDA 152 ( RM25 termasuk biaya pos )
http://lantera-jiwa.blogspot.com/2009/03/t-shirt-kenangan-peristiwa-perdana.html
Mac 17, 2009 1:25 PTG
Pilihan itu maksudnya yang terbaik (umumnya yg terbaik, terkemuka dll). Kalau semua pilihan itu tak baik maka 'memilih untuk tidak memilih' adalah pilihan.
Mac 17, 2009 1:37 PTG
tak memilih itu satu pilihan terpilih jimi!
Mac 17, 2009 2:24 PTG
Aku memilih untuk memilih pilihan Jimi :)
Mac 17, 2009 2:42 PTG
harap gendut sekali agak optimistik tu, macam harapkan stalin malaya datang tiba-tiba. oh ini, salah satu black swans juga :)
Mac 17, 2009 5:20 PTG
pilih lah akuuuuuu...
jadi teman muuuuu...
akan bahgiaaaa...
selaluuuu....
-latipbraim-
Mac 17, 2009 5:37 PTG
lu pilih mana-mana pun, hidup lu tak berubah juga.
gua cadangkan kita buat revolusi. apa macam?
lu berani tak?
Mac 17, 2009 5:46 PTG
i love jimi mahmud! i do!
Mac 17, 2009 5:55 PTG
haish..
baik minum kopi..
smbil tgk citer keliwon..
pening kepala tgk pilihan raye nih..
haish..
Mac 17, 2009 10:50 PTG
Jimi Mahmud yang berambut afro itu, altered ego kepada Sinaganaga-kah?
Mac 17, 2009 10:59 PTG
T. Selam,
Kalau kita tak memerlukannya - jangan ambil. :) Barangkali mungkin ada lebih ramai lagi orang yang amat memerlukan.
Tasek,
:) Pilihan Jimi Mahmud bukan lagi rahsia.
Pherry,
He he.
Art,
Thank, Art (kerana memahami).
Water,
Copycat!!!!! Ha ha.
Adam
HA HA HA. Eh, lu ada lighter?
Chik,
Pernah dengar lagu yang sama, tapi Ibnor Reza yang nyanyi?
Awang,
Gua Aries! Apa lak tak beraninya. :)
Nurul Hangit/Liza Burung Hantu,
Jimi Mahmud lurveeeee you too! *ahaks*
Sya,
"Mai secawannnnnnn!"
Indra,
Tak. Sebab Jimi Mahmud tak handsome. Aku handsome. (Aku percaya sebab Sufian Abas kalau telefon aku selalu kata, "Hello handsome!" HA HA.
Mac 17, 2009 11:24 PTG
jika tidak memerlukan sekalipun. Lebih baik kita ambil. Dan, beri kepada yang memerlukan.
Selalunyalah, parti-parti politik ini akan 'memberi' kepada yang boleh mengundi sahaja.
yang memerlukan selalunya, ramai yang tak boleh mengundi.
so, kita yang 'diberi' ini patut bagi kat depa2 ni. ;)
Mac 17, 2009 11:44 PTG
"Jimi Mahmud memilih untuk tidak memilih. Jimi Mahmud sudah fed up!"
jimi mahmud telah muak dengan politaik..
Mac 18, 2009 1:32 PG
zaman pentarama mana wa ikut laa... kikiki...
Mac 18, 2009 9:25 PG
memilih untuk tidak memilih juga satu pilihan yang perlu kita pilih!
Mac 18, 2009 10:53 PG
uncle L,
nih mimi jawab bagi pihak yoshz. tunang 11 april. sila tanda dalam planner yah! mmg harus amik cuti, u r the guest of honor. guest yg merangkap video man hhaaha....abih mama papa ngamuk nnt if uncle L tak datang...
mimi balik 6 april. huhu baju tunang pun takda lagi nih! bbbrrrr (menggeletar kepala lutut penuh ngan rasa cuak!)
Mac 18, 2009 1:13 PTG
jimi,
kadang-kadang kita memangkah bukan kerana kita suka kepada pihak yang kita pangkah. hanya sekadar untuk mempastikan pihak yang satu lagi tidak menang.
Mac 18, 2009 2:36 PTG
Tok Selam,
Sori, gua mcm tak berapa setuju dengan pandangan Tok Selam. Kalau mengambil sesuatu yang bukan hak - jatuh 'zalim' dah tu, Tok! Bha ha ha.
Azrin,
Ha ha.
Chik,
Zaman OTD ikut? Ha ha.
Adi,
:)
Mimi Loma,
Uncle akan berusaha bersungguh ya. For ya info: Video Pak Andak pun uncle tak edit lagi ni weh, ha ha. Sibuk sungguh ni. Masa tu Pesta Buku KL dah nak start!!!
Baju tunang? Mimi pakai je t shirt and jeans tu - orang tunang2 duduk dalam bilik je, tak duduk atas pelamin. And, duduk kat bilik bawah je - jangan gatal2 nak duduk kat bilik atas - penat le naik turun naik turun bawak kamera.
Or, pakai baju masa Kak Emi tunang je wehhhh! He he.
Zz,
Masalahnya, puak yang lagi satu tu pun bukannya ok sangat pun. Kalau puak lagi satu tu memang ok tip top - taklah sampai rasa tak mahu nak pangkah dua-dua.
Mac 18, 2009 2:50 PTG
x yah pilih apape...x sakit kepala...x sakit ati...yg dipilih aje yg berubah...yg memilih plak x berubah hapa pun...hukhukhuk!
Mac 18, 2009 2:57 PTG
pilih la secara bijak....gua pilih sinaganaga! haha...bro, sihat?
Mac 18, 2009 4:37 PTG
Oh, I just died in your arms tonight
It must've been something you said,
I just died in your arms tonight
Oh, I just died in your arms tonight
It must've been some kind of kiss
I should've walked away, I should've walked away
~ Cutting Crew
(semasa Rock mati sekejap)
Mac 18, 2009 4:50 PTG
Memilih untuk tidak memilih itu juga satu pilihan bang oi!
bak kata adam kasturi lagi, minimal itu juga satu kompleksiti..
kalau begitu, masuk parti zulhabri. parti golput. golongan putih yang memboikot pilihan beraya.
:P
Mac 18, 2009 7:05 PTG
product placement utk adam kasturi ekkk?
Mac 19, 2009 12:28 PG
pilih yang ori kekekee...tapi genuine bukan authentic kekeke...yg xmau kasi runtuh bukit2..kekee
Mac 19, 2009 12:43 PG
Uncle L,
ya ya sila berusaha bersungguh2. we are counting on you! huhu. hai video Pak Andak pun tak edit lagi? apa daa? apa kaitan Pesta Buku ngan commitment sbg video man nih? haiya lei mo kau cho ah...
mau mati kaa pakai tshirt ngan jeans je masa tunang? mampuss kene sembelih ngan Mak Minah haha. dahlah mimi punya jeans suma "kantat" (bak kata mama haha)
mimi tunang lain. ada pelamin ngan tabir suma. proses sarung cincin je dah 2 round what? en yoshz pun kene sarung cincin ngan en ekhwan jani haha. manyak grand whoo..
bilik atas duduk time makeup je. Uncle L kene gak turun naik haha. apa curlass pakai baju Kakmi masa tunang nih? sooo old fashion, tak fashion forward lah mimi if pakai second hand camtuh muahhahahhah...
eh eh bleh plak borak keluarga kat comment box nih apa daa....meluat org baca...uhuk uhuk...
Mac 19, 2009 4:18 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mac 19, 2009 7:57 PG
suruhlah Jimi Mahmud memilih ... pangkah semua sekali .
sekurang kurangnya dpt tambang free air free or may b dpt $$$...
Mac 19, 2009 8:00 PG
Hani,
La la la kerja. La la la sakit kapla.
Amora,
Apsal blog tu hanya utk pembaca yang telah dijemput sahaja? Grrr...
Po,
Bukan lagu Journey 'Just Died In Your Arms Tonight' ke ni?
Alina,
He he. Lu 'kawan' dengan Zulhabri sekarang ek? (Gossip liar?)
Ajami,
HAHAHAHAHAHAAAA... Agaknyalah!
Key,
Ngeh ngeh ngeh.
Mimi,
InsyaAllah, Uncle akan usahakan. Diakan sahaja ke-free-an masa Uncle (Yu kena berdoa siang dan malam untuk itu tau!)
And, suruh mamat Ekhwan Jani tu bawa balik curut dari Ireland untuk kami lipur2 ya. Thanks bebeh.
Aku,
Macam gores dan menang. Ha ha.
Mac 19, 2009 10:08 PG
naga, ada no tel jimi x?hiks..
Mac 20, 2009 9:19 PG
Sdr Sinaganaga: Bagus dan cantik cara kaumenulis. Tidak nampak terlalu mengada-ngada macam sesetengah penulis atau sebahagian yang lain itu, yang sehingga sanggup permain dan kencingkan bahasa emak bonda mereka konon hendak dapat kelainan dan perakuan.
Aku selalu perhati apa yang kautulis dan diam-diam "menilai".
Satira + Kacau
Mac 20, 2009 10:31 PG
Aku tidak terlalu memilih.
Mac 20, 2009 8:07 PTG
samalah!!!!
Mac 21, 2009 9:14 PG
Murnie,
Ada. Mau? He he.
Mac 21, 2009 1:29 PTG
Catat Ulasan
<< Home