"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Mac 2009

Dari kamakamaleon ke hati kama

[Menjelang private party Aku Pernah Jadi Rockers]

Masa tu. Rock sedang mati.

Di dalam banyak-banyak dorm, kat dorm Yip Poh Meng saja yang ada double deck cassette player, kat dorm lain tak ada.

Pada suatu hari, gua ada tape kosong, gua cadang nak suruh Yip Poh Meng dubbing apa-apa lagu yang best ke dalam tape tu. Yip Poh Meng kata, ok. Gua kata, gua nak pergi basuh baju dulu. Yip Poh Meng kata, lepas lu habis basuh baju - siap! Gua tanya, lu ada sabun basuh dengan berus sabut ke? Yip kata, cuba lu raba kat bawah locker! Semasa gua raba di bawah locker - Yip Poh Meng sudah pun memasukkan tape dia dengan tape kosong gua ke dalam double deck cassette player dia, tinggal nak tekan butang record saja lagi.

KOMA

Malam tu, semasa gua turun nak pergi prep, gua dan Yip Poh Meng asyik dok kamakamaleon kamakamaleon kamakamaleon sajalah.

Karma karma karma karma karma chameleon
You come and go
You come and go
Loving would be easy if your colors were like my dream
Red, gold and green
Red, gold and green


Ceh! 'Apa barang' gua dengan Yip Poh Meng ternyanyi kamakamaleon kamakamaleon kamakamaleon pula ni?

Rock sedang mati. Masa tu.

13 Comments:

Blogger Lily Abdullah said...

Aku rasa aku membesar di zaman rock tengah hidup.

"Becoz of rock no time for love"

Yay!

Dan sekarang aku rasa slogan tu makin tak releven dgn situasi semasa.

Mac 07, 2009 11:35 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

Rock tak mati brother... rock terussssss!!!



yang mati kita.

Mac 07, 2009 11:37 PG

 
Blogger tasekM said...

bang, post sikit gambau kau zaman tu... teringin la nk tgk. he he.


.

Mac 07, 2009 11:46 PG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Hmm... masa tu, jalan mesti terhenjut-henjut, kan? Aku membesar zaman Sweet Charity dah nak suram dan battle of the bands baru nak mula... dan masa tu aku kat pekan Taiping!... aku teringat filim abang kita tu. Hahahaa ... mmg camtu la.... sebijik.

Mac 07, 2009 12:20 PTG

 
Blogger ymn said...

aku kesekolah ngan album double touble dan root sepultura ..
rock tak mati yg mati cuma radio ..

Mac 07, 2009 4:14 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

god geiv rokenrol tu yu
geiv rokenrol tu yu
pudit in de sol of evriwan....
- cium -

Mac 07, 2009 5:07 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Oh, yea!

Mac 07, 2009 7:23 PTG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

Bukan lu dapat offer jadi mat rempit otai dalam filem Rock ke? oppsss! :-p

Mac 07, 2009 8:06 PTG

 
Blogger mira zin said...

wah.karma kameleon.terasa utube lagu itu sekarang.haha!

Mac 07, 2009 11:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
:)

Dug,
Lu lupa sejarah, rock pernah mati kejap masa new waves bermaharajalela. :)

Tasek,
Nanti. :)

Nizam,
:)

Aku,
:)

Chik,
HA HA.

Amin,
:)

Danial,
Aku dah tolak. Abang Mamat nak bagi Mak Mah sebagai partner aku. :)

"Ni cerita rock ke cerita hantu ni, bang?"

Mira,
He he.

Mac 08, 2009 2:21 PG

 
Blogger Anonymous said...

Meminjam Sweet Charity.

Batu sayang kau tak boleh berkata,
semuanya kau lihat walau kau tak bermata,
Dari mula dunia engkau tercipta, hingga akhir dunia engkau kekal jua

Bang, masa lagu Kamakamileon...Search belum buat album Cinta buatan Malaysia pun lagi bang...

Mac 08, 2009 3:01 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Po,
Miss meeeee... miss me blindddd, aaaaa... HA HA.

Mac 14, 2009 12:31 PTG

 
Blogger Unknown said...

hahaha, lagu ini adalag lagu gay kerana aku pernah disola oleh cikgu aku time aku nyanyi lagu nih bersama rakan di sekolah

Mac 15, 2009 1:04 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home