"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 April 2009

Menjelang PRU13: O mega mendung di angkasa

Nasi pun dah masak. Paceri nenas dah siap masak. Ikan sepat masin pun dah siap goreng. Telur asin, acar buah, papadum, kentang putar, kuih cik mek molek... semua dah siap tersedia dah. Tinggal tunggu menteri nak datang saja lagi.

Nenek Munah Leper capai cili merah, dia belah empat, dia kelepet-kelepet, dia buat cili merah tu macam bunga, dan dia selit-selit kat dalam hidangan paceri nenas tu. Cantik! Macam taman botani.

Sarjan Kassim ketuk-ketuk kotak Dunhil dua puluh batang ke atas tapak tangan supaya tembakaunya padat, dia siat plastik pembungkusnya, dia tarik setengah keluar beberapa batang rokoknya, dan dia sua kepada yang lain-lain, "Rokok rewang!", katanya, sambil tersengih-sengih, macam dubuk baru dapat gigit tengkuk seekor gazel.

Mamang Sulan ambil sebatang, Pak Akop ambil sebatang, Mat Trompet ambil sebatang, Mat Nangka ambil sebatang, Karim Driving School ambil dua batang, "Sebatang lagi aku nak buat bekal pergi kerja ya!", Wak Merah-merah Taman Kok Doh ambil sebatang, Mat Sanggul ambil sebatang, Hassan Kedai Runcit ambil sebatang, Usop Ludin Tanah Lot ambil sebatang, mula-mula Mail Ketapang nak ambil juga sebatang, tetapi apabila dikenangkan yang menyua rokok rewang itu Sarjan Kassim, abah Si Ila, bakal bapa mertuanya, maka dibatalkan hasrat murninya itu, dan dia kata, "Saya sekolah lagi, bah... eh..., pak cik!". Selebihnya, Sarjan Kassim [ambil] masuk poket.

"Pelik juga ya, Sim!" Mat Trompet memulakan bual bicara, sambil asap rokok berkepul-kepul menerobos keluar dari sela-sela giginya, "Kalau nikotina dia orang boleh kurangkan atau tambahkan kandungannya, tar pun dia orang boleh kurangkan atau tambahkan kandungannya..." sebentar dia mem-pause-kan hujah-hujahnya dan memicingkan mata; memberikan sepenuh tumpuan kepada asap yang menari inang lenggang Mak Limah pada hujung rokoknya, dia menyambung hujah-hujahnya kemudian, "...takkanlah dia orang tak boleh nak tambahkan Omega 3 kat dalam rokok, kan?"

Orang kampung Setingarden itu mengekek-ngekek, tetapi jauh di sudut hati mereka, "Ya tak ya juga ya... mmm..., brilliant sungguh pemikiran Mat Trompet ni! Ya, takkanlah tak boleh!!!?"

Label:

34 Comments:

Blogger sinaganaga said...

First!

April 15, 2009 11:14 PTG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

second..

April 15, 2009 11:41 PTG

 
Blogger Nizam.Ariff said...

Letak serbuk tongkat ali+ginseng, bagus untuk kesihatan lelaki...err.. kelakian.

April 15, 2009 11:49 PTG

 
Blogger A t i Q a h said...

Omega 3 tu dari ikan kan. Letak ikan je la senang. He.

April 16, 2009 1:06 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

omega 3?

KAH KAH KAH KAH KAH...

April 16, 2009 3:00 PG

 
Blogger Pa'chik said...

wah... Ila... watak baru nih....

April 16, 2009 5:30 PG

 
Blogger aizawa said...

kentang putar pun ada.

April 16, 2009 7:26 PG

 
Blogger siew said...

tambahkan DHA..yg ada dlm susu tepung budak2 tu...
untuk menyambungkan sel-sel otak...supaya perokok bertambah cerdik

April 16, 2009 8:22 PG

 
Blogger MKriza said...

Masukkan Tongkat Ali, Ubi Jaga, Kacip Fatimah, Pokok Tunjuk Langit, Peria dan lain-lain herba yang berfaedah.

Pastu kat kotak tu tulis "DUNHILL 8dalam 1" - menguatkan kelakian dan kewanitaan anda.

April 16, 2009 8:34 PG

 
Blogger Nikotin said...

wah, kalau tambah omega 3, habislah berebut-rebut orang perempuan membeli dan mula hisap rokok.

April 16, 2009 9:42 PG

 
Blogger Water Lily said...

Aku belum sarapan bang. woih..sedapnya lauk pauk kat perenggan di atas tu,

Laparrrrrrrrrrr!

April 16, 2009 10:06 PG

 
Blogger artisticklytouch said...

wak lu, nak letak omega 3!!! tak membunuh ar macam tuh...rokok sepatutnya membunuh!!

April 16, 2009 10:34 PG

 
Blogger madulebah said...

Tambah habatus-sauda' lah. Kan katanya itu adalah penawar bagi segala penyakit kecuali mati.

April 16, 2009 10:35 PG

 
Blogger SuRi said...

lauk pauk kampung leh ada plak kentang putar..hehe

April 16, 2009 1:04 PTG

 
Blogger Perempuan cerdas said...

Omega 3.

*berfikir*

M

April 16, 2009 1:08 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sinaganaga,
Wow! First?

Gar,
2nd hand?

Nizam,
Ya. :)

Tiqah,
Kat dalam telur pun dia orang bubuh. :)

Dug,
BAHAKHAKHAKHAKHAK!

Chik,
Watak lama juga. Minah yang angkat pinggan; tersentuh tangan Mail Ketapang tu. :)

Aizawa,
Ada. :)

Siew,
Ya, betul! :)

Riza,
Dunhill Herbs? Ha ha.

Niko,
Ok lah tu - dah nak sangat hak kesamarataan. :)

Water,
Wo, dah berapa hari kau tak makan?

Art,
Ya tak ya juga ya. :)

Madu,
Bubuh kismis tak boleh ke? :)

Suri,
Speciality kat Stingarden tu. :)

Mimi,
Wani Ardy kata Dunhill 14 dah naik seposen. [Berfikir!] Mmmm... Ha ha.

April 16, 2009 2:05 PTG

 
Blogger tasikmerah said...

ketang putar nk makan dgn papadum ni aku takut tergeliat tekak ni bang.

hahaha....




.

April 16, 2009 2:05 PTG

 
Blogger mamma mia! said...

kah3!! lawak2! tp betol gaks kn?? hmmmm

April 16, 2009 2:42 PTG

 
Blogger joE said...

berkhasiat benar la rokok tersebut...hahaha....nanti ada org mintak tambah vitamin pulak...

April 16, 2009 3:14 PTG

 
Blogger MNor said...

betul..betul....

April 16, 2009 3:31 PTG

 
Blogger Sufian said...

Dude, lu kena bendung budaya first! ni.

Dah melampau-lampau. Ban je budak sinaga-naga tu. Ingat ni blog nenek dia ke?

April 16, 2009 4:15 PTG

 
Blogger gerbera said...

Gua cadangkan buangkan bau asap tu. Tukar bau asap tu wangi cam bau minyak wangi Kate Moss.
Tak payah gua beli minyak wangi.

April 16, 2009 4:31 PTG

 
Blogger hegira said...

ha. eloklah tu buat kenduri.

pilihanraya ada lagi satu nih.

April 16, 2009 5:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Tasek,
Ketang tu apa benda? Mencarut ek? Con: Ketang hang la MatJan! Macam tu ek?

Mia,
:) Ekekekekekeee...

Joe,
Ok, kita tambah vitamin. Mau?

MN,
:)

Sufian,
Ok dude, gua akan cuba bendung perbuatan tidak bermoral Sinaganaga tu. :)

Bera,
Ok juga tu. :)

Alina,
Berapa banyak pilihanraya mau daaaa? :)

April 16, 2009 9:26 PTG

 
Blogger Perempuan cerdas said...

Hehe di sini Dunhill murah.

Satu kotak 20 tak sampai Rm 3?

Ayo.
Tergiur?

M

April 17, 2009 12:00 PG

 
Blogger dex said...

kotak kebuwasap.stoples lohong mendidih suhu didih untuk asap rawak liar.
(setiap pagi sedut kabus dipergunungan)

April 17, 2009 1:44 PG

 
Blogger tasikmerah said...

mencarut tu kutang la bang... muahahahaha..

pantang silap! bencilah! muahahaha...



.

April 17, 2009 11:15 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Mimi,
Masakan ngak tergiur? - Kau kan itu! Ha ha.

Dex,
:)

Tasek,
HA HA.

April 17, 2009 11:30 PG

 
Blogger InMind said...

Hahahaha!

Sabo jelah...

April 17, 2009 5:49 PTG

 
Blogger corey said...

Dunhill + Omega3 = Dunhill berkhasiat.Mungkin mampu mengurangkan perokok,coz nanti rokok jadi limited edition (cepat rosak cam ikan..haha).Penjual rokok lak kene simpan rokok dlm peti ais..huha.

April 20, 2009 9:16 PG

 
Blogger Op said...

lepas tu bolehlah orang order kat kedai masa sarapan - 'bang. kasi rokok omega 3 setengah masak ya'

April 20, 2009 1:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

In,
:)

Corey,
HA HA HA HA HA.

Op,
Ha ha. Cilalak!

April 20, 2009 1:39 PTG

 
Blogger S.YanaZ said...

Mat Trompet dulu skolah manaaa...



:P

April 20, 2009 10:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yanaz,
Sek. Keb. Segambut. HA HA.

April 21, 2009 9:30 PG

 

Catat Ulasan

<< Home