"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 Mei 2009

Malam Air Tumpah dan St Jimi

Hari itu, teh 'o' ais Alina tumpah. Dia kata, "Soriiiiii!"

Hari ini, musim dingin yang terakhir, salji mencair, aprikot mengorak kelopak, beburung berkicau, anak-anak rerubah keluar dari lubang hibernat; menguit-nguit kekumbang yang merdeka. Lalu kekumbang itu berkata, "Demokrasi adalah - semua orang boleh dapat first!"

"Jika berkawan, boleh jadi berkasih...," kata Jimi Mahmud, sambil dia membetul-betulkan sepasang kepak putih yang merebeh di belakang badannya, "...jika berkasih, kemudian putus... payah jika mahu berkawan semula! Mmmm, kalau berkawan semula pun... macam tak berapa nak jadi 'ja!" kata Jimi Mahmud lagi, sambil mengangkat bahu; bibirnya mencemek. Sebatang rokok memang tidak pernah lepas dari bibirnya yang lebam.

"Ha ha... See! Lu macam malaikat, Jimi!" kata Teh Junaidah, sambil mengekek-ngekek. Di belakang badannya juga ada sepasang kepak putih.

Jimi Mahmud ajak Teh Junaidah pergi menakut-nakutkan anak-anak rerubah dengan kisah-kisah cinta tak kesampaian. Teh Junaidah kata, "Jom!" Mereka berjalan kaki dengan kepak yang menggodek-godek di belakang badan.

"Why walk when you can fly?" tanya Sinterklas.

"Ini kepak mainan pemberianmu pada Hari Natal yang baru lalu kerana kami berkelakuan baik sepanjang tahun! Mana mungkin kami bisa terbang, Pak!" jawab Jimi Mahmud.

Hari itu lagi, teh 'o' ais Alina tumpah [untuk kedua kalinya]. Dia kata, "Soriiiiii!" Jimi Mahmud kata, dalam hati, "Apsal tangan lu lembek semacam je hari ni, bebeh? Berdebor lagi ke? He he."

Kerana ingin berhati-hati agar tidak tumpah lagi, atau dia rasa malu, atau dia berasa bersalah, atau dia rasa berdebar, lalu Alina tidak mem-finish-kan teh 'o' aisnya lagi.

Makanya, lu teka, siapa yang mem-finish-kan teh 'o' ais Alina? Cempelai? Kucing? Anak-anak rubah? Kumbang yang merdeka? Sinterklas?

"Mem-finish-kan teh 'o' ais kekasih/bekas kekasih adalah satu lambang percintaan!" kata Jimi Mahmud.

"Cilalak lu, Jimiiiii!", kata Alina, "Choooooooooooi!"

KOMA

Patung Kertas Musim 2 masih berlangsung di Matic sehingga 3 Mei 2009. Lakonan Ku Mohd Yusry @ Adek Sutun (adik Wan), Ashraf Muslim (adik Chu) Dato' Jalaluddin Hassan (abang Long/kak K), Rosnan Abdul Rahman @ Penolong Pengarah Produksi di Istana Budaya (primadona makyong), Adik Faiz (adik Chu semasa kecil), dan lain-lain sangat best. Tapi, mak nyah Vivianna sebagai pengacara Mala Gala Patung Kertas paling mencuit hati dan bikin gua ketawa tak kering gusi, keluar panggong sehingga kena minum 2 gelas air.

"Kalau selepas lima tahun, selepas lu balik dari oversea, dia dah bertukar jadi mak nyah under constructions - gua tatau hah, itu dah di luar bidang kuasa Sindiket Sol-Jah!" bisik gua ke cuping telinga gadis genit yang duduk di sebelah.

Dia ketawa, lagi besar daripada ketawa gua.

Label:

17 Comments:

Blogger Sufian said...

First! Sekarang aku tak baca dah pos naga. Nak first aje!

Mei 02, 2009 12:26 PTG

 
Blogger Qibran said...

second!

Mei 02, 2009 12:28 PTG

 
Blogger DeanSham said...

love this entry bro!

Mei 02, 2009 12:28 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sufian,
HA HA. Dalam hati gua, lu memang first, nyahhhhh! HA HA.

Qib,
Ha ha.

Dean,
HA HA. Lu ni macam-macamlah, nyahhhh!

Mei 02, 2009 12:30 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Ha ha..aku baru tengok cerita angel A aka angela kat tv.

Sungguh! Jimi besayap macam angel. atau macam burung?

Mei 02, 2009 6:23 PTG

 
Blogger Shaira Amira said...

Kalau Jen berlakon Patung Kertas mesti gempak. He he.

Mei 02, 2009 6:43 PTG

 
Blogger hegira said...

First!

kata Sufian, siapa siapa pun boleh jadi first. Ini laman demokrasi.

Tapi kata aku, satu hari nanti fiksi imaginari naganaga ini pasti akan berakhir.


Choi!!!!!, kata DikWan.

Cilakak, kata Yapong pula.

:P

Mei 02, 2009 7:55 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Macam angellah! Ha ha. Weh, kim salam aku kat Razakmu, dengan ucapan, "Bawok muto tu jangan merempit lak!" Ha ha.

Shaira,
Tunggu gua cukur misai! Ha ha.

Alina,
Ya, lu tetap first di hati gua, dek Na! Ha ha ha ha ha.

Psssst! Sempat salin mantera guna-guna yang Perimadona Makyong tu bagi tu tak weh? HA HA HA HA HA.

"Choiiiii!" Kata Dik Wan, "I love Momokkkkk.... eh, i mean, Tomok!"

Mei 02, 2009 8:27 PTG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

Patut lar familiar jejaka hensem berkemeja kuning membeli tiket semalam.. awek tu sapa yek?

Mei 02, 2009 10:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ceri,
Lu salah orang! Gua pakai baju kelabu. Ha ha.

Mei 03, 2009 7:03 PTG

 
Blogger bluecherry @ fai said...

Bebetul lar.. bikin konfius jer.. bila masa plak kelabu? ke bro tertukar baju lepas kuar pangung.. ha ha..

Mei 03, 2009 9:33 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ceri,
Kelabulah!

Hello Cik Alibi, minta tolong sahkan bahawa baju tu warna kelabu!

Mei 04, 2009 8:51 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

No more coklat panas ka?

Mei 04, 2009 10:14 PG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Masa tu teh dalam gelas gua dah habis. Ada juga gua pasang niat nak tuang sikit teh o ais dalam gelas gua. Nasib baik tak jadi. Kalau tak masam muka pula budak rumah baru gua.

Mei 04, 2009 12:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
:)

Yapong,
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAAA! Ya ya, kalau kemek muka budak rumah lu nanti - payah gak kita weh! :)

Mei 04, 2009 2:27 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

Anak rerubah putus cinta akan meng-downgrade diri jadi mak nyah under construction? Ohh Tuhan...

Tapi, bukankah dia HERO KEBAL PUTUS CINTA dude?

Mei 04, 2009 4:59 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Teh,
Dia kata dia sibuk, tak ada masa untuk bercinta lagi. HA HA.

Mei 04, 2009 6:40 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home