Jimi ada hati, tetapi hati tu tidak ada dengannya
Jimi Mahmud dan Teh Junaidah melangut ke langit.
"Cinta...," kata Jimi Mahmud, dia koma setakat itu dahulu, dia rapatkan putung rokok ke bibirnya yang lebam, menyedutnya dalam-dalam, dan menghebus asapnya pelan-pelan, "...bila kita cari, ia tak datang... tapi, bila kita dah malas nak mengharap, ia datang dan datang dan datang...," matanya memicing, pedih, terkena asap, "...menderu-deru, sehinggakan kita tak tahu nak bagi hati kita kepada yang mana satu!"
"Aaa... kita sedang tengok apa sebenarnya ni, Jimi?" tanya Teh Junaidah, di tangannya masih ada kole terbikar berisi malt panas yang sudah separuh kosong.
"Hati gua!" jawab Jimi Mahmud.
"Mana?" tanya Teh Junaidah.
"Tu!" jawab Jimi Mahmud. "Masih tersangkut di awan gemawan!"
Teh Junaidah mengekek. Semilir berpuput. Pepohon willow bergemalai. Norman Soo menggesek biola; melagukan allegro.
Jimi Mahmud dan Teh Junaidah masih melangut ke langit. Menantikan sekeping hati yang tak menjatuh.
Alina? Mmm... selepas usai menyiang cinta, dia ke rumah beruang-beruang polar; menyusun atur perabot jiwa lara.
"Takde maknenyeeeeee!" kata Alina. HA HA.
Label: certot
22 Comments:
First!
April 29, 2009 12:57 PG
Jimi, Lu ada Lighter?
April 29, 2009 1:07 PG
Kesiannya,tak abis lagi cerita ini.Ni kalau dengar lagu "knife-rockwell" mesti parah...You touch my life with the softness in the night......huh...huh...
April 29, 2009 5:59 PG
Abang Naga,
Orang putus cinta biasanya menyepikan diri - makan tak kenyang, minum haus minum lagi haus lagi, tido? tido ayam leeee. Itu orang Malaysia putus cinta.
Orang kat USA? Dia orang main tembak-tembak - mengamuk. Masuk kolej, tembak membabi buta... Masuk immigresen opis, tembak lagi... Masuk shopping mall - TEMBAAAK.. Then, tembak diri sendiri... "Kong" terus. Itu orang kat USA. Big difference eh..?? Ha ha!
April 29, 2009 7:00 PG
Beruang polar pakai perabot ais.
Larat ke Alina nak tolak-susun?...
Kesian dia bro, lu tolong le sekali... . Lu tolong tolakkan dia... hahaha
April 29, 2009 8:17 PG
Sufian,
HA HA. Cilalak lu, kata Pipiyapong.
Dark,
Tak ada. :)
Nadine,
HA HA HA HA HA. Tu lagu zaman New Wave tu, bebeh.
Kat,
HA HA.
Nizam,
Malaslah gua. Ha ha.
April 29, 2009 8:21 PG
Kau memang penggemar pokok willow eh...
Hehehe!
April 29, 2009 8:40 PG
abstrak sungguh. terutama frasa-frasa ini:
.......
...bila kita dah malas nak mengharap, ia datang dan datang dan datang...,"
.....
.."Takde maknenyeeeeee!"
April 29, 2009 9:21 PG
kejap. jimi tu hensem tak bang?
:p
April 29, 2009 10:08 PG
eh?
April 29, 2009 10:15 PG
"Hati gua!" jawab Jimi Mahmud.
"Mana?" tanya Teh Junaidah.
"Tu!" jawab Jimi Mahmud. "Masih tersangkut di awan gemawan!"
(bak kata org tu, "amek la galah!")hehe
April 29, 2009 10:19 PG
Chi*ta,
Seperti menunggu teksi. Jika ditunggu tak mao muncul. Ketika kita tak mao, berduyun-duyun pula yang muncul...
Alina kata, "Takde maknenyeeeeee!".
April 29, 2009 11:14 PG
oh, payah nak curi hati Jimi tuh, nak kena naik air asia..
April 29, 2009 12:10 PTG
kalau kita cakap takde maknanyeeeeeeeee...
tapi yapong tetap cakap, cilakak!
April 29, 2009 12:49 PTG
fifteenth!!!
April 29, 2009 1:13 PTG
Teh,
Ya, betul! :)
Art,
Kini, siapa-siapa pun boleh terbang!
Alina,
Hari tu Yapong kata, "Masa kejadian... gua tak ada kat sana, Jen! Aaaa... gua ada alibi!" HA HA HA HA HA.
Uncle,
HA HA.
April 29, 2009 5:13 PTG
siapakah alibi si yapong tu?
budak2 the gunners tuh? walcot? denilson?
(yapong: ah aok! berpaling tadah eh)
April 29, 2009 5:42 PTG
Alina,
Anep Scoin! HA HA.
April 29, 2009 7:33 PTG
Sekeping hati dibawa berjogging....
April 30, 2009 4:14 PTG
campak saja hati kudus itu..
siapa yang sambut..
itulah empunyanya.
konon.
Mei 01, 2009 4:15 PTG
Neem, Famia,
:)
Mei 02, 2009 11:26 PG
rasenye gua blum lambat nk comment kn brader?
hikayat cinta lu mmg uniq..
Mei 19, 2009 4:13 PG
Catat Ulasan
<< Home