"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 Jun 2009

Malam tahi bintang jatuh - pasangan berkasih pun menanam harap cepat-cepat

Apabila gua kata gua nak tubuh satu kugiran - Meor picing mata, dia sedut asap rokok tu dalam-dalam, menghelanya seketika, dan menghembusnya pelan-pelan, kemudian. Apabila Meor sedang berkira-kira hendak memotong percakapan gua itu dengan topik yang lebih lain - Sufian Abas kata dia boleh main biola satu tali dengan gigi. Dan gua tambah kata, gua boleh main gitar dengan major chords C, G, ... E dengan A gua selalu keliru!

KOMA

Hah! Gua dah fikir dalam-dalam. Kalau gua boleh adjust Jigo untuk main deram (Jigo pernah main deram untuk kugiran Sek. Men. Alam Shah) dan kalau gua boleh adjust Azman Dewangga Sakti untuk main gitar bes (Azman Dewangga Sakti pernah main gitar bes putus tali di Hari Pelancaran Buku 'Kacip') dan kalau gua boleh adjust Pipiyapong untuk main gitar bes kedua (Wah! Kugiran ini akan punya dua orang pemain gitar bes! Hulala!) - gua dah boleh tubuh satu kugiran rok progresif dah.

Sufian Abas kata, kalau bubuh nama kugiran tu 'Kangkang Untuk Rok' ok! Gua kata, kalau bubuh nama kugiran tu 'Perfect Fifth' atau 'The Peni5' ok juga!

Tap!

Gua lupa.

Kugiran ni belum ada penyanyi undangan lagi.

Gua angkat telefon. Gua SMS Derrick Jaramillo. Malam-malam macam ni selalunya Derrick Jaramillo tak ada kelas. Makanya, senanglah untuk kami berSMS-SMS.

"Alaaaa bang! Sori! Bukan gua takmoh perform... Hujung minggu ni gua kena pegi Bentong! Member gua kawen! Gua kena jadik pengapet!" balas Derrick Jaramillo.

Ceh! Apa kejadahnya mamat rok kapak Panama ni tukar kerjaya jadi pengapit pula ni! Dan, mana ada orang buat - pengapit lebih 'jambu' daripada pengantin! Tetamu datang nak tengok pengantin; bukan nak tengok pengapit, dude!!!!

KOMA

Semasa Nik tiba dengan gitar bersarung vinyl hitam yang tersandang di bahunya - Meor dah lama koma dan tak dapat diselamatkan lagi (Meor melangkah ke arah cahaya itu dengan tenang! Begitu tenang, sehinggakan kita tidak akan merasakannya!). Gua dan Sufian Abas, dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, minta diri untuk menonton 3venus, kemudian.

Image Hosted by ImageShack.us

Wani Ardy sedang menggoreng somethin'

29 Comments:

Blogger Perempuan cerdas said...

First!!!!!!!!!!


M

Jun 02, 2009 2:10 PG

 
Blogger Qibran said...

2nd!!!!!! percapaian semakin baik!

Jun 02, 2009 2:23 PG

 
Blogger landaklaut said...

3rd!! saya nk nyanyi! tapi nanti ribut jgn salahkan saya! ha ha ha!

Jun 02, 2009 2:32 PG

 
Blogger Sufian said...

The Peni5: Kangkang Untuk Rock.

Jun 02, 2009 3:00 PG

 
Blogger Corey said...

Bersama mamajukan dan memartabatkan imej muzik tempatan...salute to 3venus...Melodi Wani ardy..Ana raffali makin menhentam gegendang halwa telinga...Err...nak apply jadi backup vokal ada kosong tak bang naga???...haha..

Jun 02, 2009 3:42 PG

 
Blogger Darkkadabra said...

"Nak Sign"

Sambil menolak dada ke depan dan hati bersedia untuk dicacahkan dengan pena naga.

Jun 02, 2009 4:07 PG

 
Blogger pye:rudz said...

gua boleh main kestenet!

Jun 02, 2009 8:13 PG

 
Blogger sinaganaga said...

M,
Ok, nanti saya bagi awak hadiah. :)

Qib,
Ha ha.

Chemp,
Ha ha.

Sufian,
Ok. Gua suka nama tu.

Corey,
Kalau lu nyanyi sumbang mumbang - ok, gua amek lu jadi penyanyi latar. :)

Dark,
Ok, gua cacah dada lu dengan api rokok. :)

Rud,
Ha ha.

Jun 02, 2009 8:20 PG

 
Blogger asuhara sue said...

kau boh je la nama Kugiran gitar rancak bang, kalau x de penyanyi pun matlamat dah sampai!

Jun 02, 2009 8:22 PG

 
Blogger Taf Teh said...

ooo dasyatnya...

dan gua nak angkat Alina jadi cikgu gitar sebab Alina tu semakin chomel... (ayat-ayat lesbirian!!!)

Jun 02, 2009 10:26 PG

 
Blogger Shaira Amira said...

Barisan pemain kugiran The Peni5: Kangkang Untuk Rock (sila ambil nama ini) macam dreamteam!

Jun 02, 2009 10:40 PG

 
Blogger Unknown said...

hahahaha, jadi pengapit la best..

Jun 02, 2009 11:19 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Agak-agak apa lirik yang sesuai untuk group Peni5? Bukan apa, aku nak cuba2 tulis lirik pulak.

haha!

pst..jemput la Derick perform sekali lagi kat Maskara

Jun 02, 2009 12:27 PTG

 
Blogger Corey said...

Dari falsetto ke vibrato semua gua boleh belasah sumbang bang naga...dari serak basah ke sengau pun sumbang juga...so,boleh apply online tak? Haha...

Jun 02, 2009 1:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Asu,
Kugiran = KUmpulan GItar RANcak! :)

Teh,
Lu pun dah jadi lesbirian juga ke? HA HA.

Shaira,
Mestilah! :)

Mie,
:)

Water,
Lu pertama - tajuk - Jimi.

Lirik macam ni lebih kurang:

Jimi
Masihkah [kau] ingat lagi?
Bla bla bla...

Corey,
Berpa octave lu boleh pergi? HA HA.

Jun 02, 2009 2:06 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

okay lirik versi gua


Oh! Jimi
Aku mahu pause segera
bingit telinga, pedih terpulas tangkai rasa
bangga merebut cintamu,bahagia saat memelukmu
megah yang ada, sedikit seketika cuma

Oh! Jimi
Hadirnya aku di sisimu, sebagai orang kedua
walau di hatimu, aku permaisuri di tahta
ratu yang menguasai cinta
dipuja kamu, namun sekeliling mencerca
tanpa mereka tahu, aku pun mangsa.
atau aku memilih untuk dipermangsa
dan kita adalah mangsa cinta
sekarang sudahnya apa?.

haha! Lepas tak bang?

Nota kaki: lirik hanya sesuai untuk vokalis yang bersuara macam perempuan hahah!

Cis! hahaha..ada orang sebelah gua cakap macam harammm...

Jun 02, 2009 2:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Water,
Lu tak boleh tulis lirik yang pendekpendek sikit ke weh? Kalu panjangpanjang - susah gua nak ingat!

Jun 02, 2009 4:21 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

"Apsal?" Gua tanya PP. "Lu ada hati kat Wani ke?"

"Ada tu ada la sikit, Jend!" Jawab PP.

Gua gelak HA HA HA HA HA depan komputer jam-jam tu gak.

Lepas tu PP kata, "Cilakak lu, Jend!"

...

Habih, Beeha aok nak letak mane? HA HA.

Jun 02, 2009 5:13 PTG

 
Blogger Corey said...

Paling tinggi 3 octave...masuk seken octave....terus sumbang..haha

Jun 02, 2009 5:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Asal ceritanya, mula2 PP bukan entri gua - takde gambar Wani - bukak lagi sekali baru ada gambar Wani.

Gua kata ke PP, masa mula-mula lu bukak entri gua tu - hati lu tak suci, hati lu hitam, gelap, guguk - tu sebab tak nampak gambar Wani tu.

HA HA.

Pastu le yang gua tanya soalan peribadi tu. :)

Jun 02, 2009 5:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Corey,
3 octave? Wo! Do Re Mi Fa So La Ti Do Re Mi Fa So La Ti Do Re Mi Fa So La Ti Do....

Wo, dah sama level dengan Joan Baez tu weh. :)

Jun 02, 2009 5:18 PTG

 
Blogger hegira said...

Teh.

teh.. teh..

;)

Oh The Peni5 ini selepas lima tahun akan berkubur kerana tenggelam dalam populariti. Ataupun salah seorang anggota kawin lari ke Siam.

Dengan anggota band yang sama.

Ouch!
8|

Jun 02, 2009 6:46 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

aku ingin melihat bintang
jatuh di konsert-konsert
menggegarkan jantung hiburan

Jun 02, 2009 11:36 PTG

 
Blogger Rajuna said...

kehadapan bang naga
gua tak pernah nengok wani ardy main lagu. tapi berdasarkan foto gua dapat menganalisis jenis lagunya-berdistosi, berat, pantas dan mempunyai vokal parau dan jeritan bersilih ganti.

Jun 03, 2009 12:43 PG

 
Blogger Rayza MukMin™ said...

3venus..
idaman tu!!
THEM!!!

Jun 03, 2009 1:54 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Alina,
5 tahun? Lama sangat tu, sayang! HA HA HA HA HA.

Amin,
:)

Rajuna,
Lagu-lagunya mendamaikan. Deting-deting temali gitarnya bikin hati kau bertanya, "tali brand apa dia guna?". Hatta, jika Wani Ardy inilah orangnya yang akan berbisik berlagu di birai telinga capangmu itu, nescaya jantung bisa berhenti berdenyut, hati bisa kerunyut, perasan bisa keruyup, aduhai!

Hah! Tu baru Wani Ardy. Lu belum dengar Ana Raffali lagi tu!

Fynn Jamal? Dia komedian. HA HA.

P/s: I love ya, Fynnnn! Hu hu. (Bini orang tu, weh!)

Jun 03, 2009 9:15 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ray,
:)

Jun 03, 2009 9:15 PG

 
Blogger Dhani said...

kalau letak nama The Dammit cukup rok kangkang tak?

Jun 03, 2009 12:17 PTG

 
Blogger WNRD said...

Go Peni5!

Jun 11, 2009 6:01 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home