"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Jun 2009

Panduan menulis surat kepada sahabat pena

Kehadapan sahabatku MatJan yang berada di New Zealand.

Apa khabar saudara? Diharapkan saudara bahagia selalu di samping biri-biri peliharaan. Untuk pengetahuan saudara, saya kini telah berada di Kampala, Uganda.

Terletak bersempadan dengan Kenya, Sudan, Republik Demokrasi Rakyat Kongo, Rwanda, dan Tanzania, negara dari Afrika Timur ini kaya dengan galian tembaga dan kuprum.

Berkeluasan 236,040 km persegi, terletak pada ketinggian 1100 meter dari aras laut, dan berkongsi tasik Victoria (68,800 km persegi) dengan negara jirannya Kenya dan Tanzania, negara yang pernah diperintah oleh bekas Presiden Idi Amin ini menjadikan bidang pertanian dan asas tani sebagai sumber utama ekonominya. Oleh kerana itu, saya kini pun sedang mencuba-cuba untuk menanam lalang di bahagian belakang rumah saya. Manalah tahu kot-kot saya boleh untung rib-rib hasil daripada penanaman lalang ini.

Dengan populasi penduduk sekitar 30,900,000 orang, majoriti masyarakat negara ini beragama Kristian (84%), Islam Syiah (14%), dan lain-lain agama (4%). Apapun, jiran sebelah rumah saya beragama Hindu. Ya ya, selain daripada agama Yahudi - agama Hindu adalah salah satu agama yang 'hip' dewasa ini.

Selepas beroleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1962, Uganda telah mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya, di samping bahasa Swahili yang ditutur oleh kebanyakkan penduduk negara-negara di Afrika sebagai bahasa kedua, diikuti dengan bahasa Luganda, Lasoga, dan Runyankore. Seperti mana nasib bahasa Melayu, keempat-empat bahasa kodi ini juga semakin kurang dituturkan oleh anak-anak muda Uganda dari etnik Baganda, Banyankole, Basoga, Bafumbira, Batoro, Bakiga, Alur, Banyoro, Iteso, dan Acholi.

Saya rasa ini sahaja dahulu yang dapat saya ceritakan tentang Uganda. Semoga kita dapat saling berutus-utus surat; bertanyakan khabar dari semasa ke semasa jika keadaan mengizinkan.

Pecah kaca
Pecah gelas
Lepas baca
Harap balas.


Yang benar,

SINAGANAGA
Kampala, Uganda.

Image Hosted by ImageShack.us

32 Comments:

Blogger Mat Jan said...

First!

Yang benar,
Mat Jan.

Jun 09, 2009 5:00 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Baru beberapa hari di Uganda kulit kaki kau dah sama warna la dengan dorang. Hahaha!

Jun 09, 2009 5:34 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

gambar tak boleh blah.
makanan apa yang best kat sana?

Jun 09, 2009 5:48 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

eh lupa.

Yang ikhlas,
azwanbakhtiar

Jun 09, 2009 5:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

MatJan,
Ha ha

Purp,
Ha ha

Azwan,
Aku makan daging gajah' minum susuh campur darah lembu. :)

Yang benar
SINAGANAGA
Kampala, Uganda.

Jun 09, 2009 5:55 PTG

 
Blogger famia said...

ukuran leher ada sikit mismatch tu bro. hihihi

Jun 09, 2009 6:02 PTG

 
Blogger terrarosa said...

Jen,
panas kat sana yer, saya faham sangat , sebab kucing saya pun kerap juga ternganga sebegitu ....
Sekian, terima kasih.

Cemerlang , Gemilang , Terbilang
- Terrarosa

Jun 09, 2009 7:06 PTG

 
Blogger Shaira Amira said...

Klasik 2009.

Jun 09, 2009 7:30 PTG

 
Blogger Qibran said...

tanam lalang??? waaaakahkahkah..
tanam lalang??? waaaakahkahkah..

Jun 09, 2009 7:32 PTG

 
Blogger Qibran said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Jun 09, 2009 7:32 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

Nasib Baek gua tak percaya lu buleh bergambar dengan minah salleh cun tu.

tapi dengan orang-orang pribumi yang len. gua percaya.

Jun 09, 2009 7:47 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ces, Purp dah komen dulu pasal kaki hang yang terbakar tu.

Jun 09, 2009 8:48 PTG

 
Blogger Unknown said...

nasib muka masih sempat di selamatkan,pakai sunblock ke foundation?? kah kah...

Jun 09, 2009 10:54 PTG

 
Blogger Layla Haq said...

Patutlah sunyi di sini. Hmmm...Sunyi.

Jun 09, 2009 10:55 PTG

 
Blogger zizie ali said...

Dalam peperiksaan SPU (Sijil Pelajaran Uganda), BS (Bahasa Swahili)wajib lulus atau tidak?

Jun 09, 2009 11:14 PTG

 
Blogger Corey said...

Ulasan bahagian Uganda...perfect...ulasan bahagian tanam lalang...wow...ulasan bahagian bahasa...canteeek...part image.....hak hak hak...tak boleh blah.

Yang benar,
Corey
(Menteri di Jabatan Pengawalan Populasi)

Jun 10, 2009 12:39 PG

 
Blogger S.YanaZ said...

Yg ber'shawl' biru putih star tuh hebat mcm model.
Model Uganda,kah?



Yang Ikhlas Bertanya,
Che gu.

:=)

Jun 10, 2009 4:18 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

ajami: belajar kat U mana?

naga: Uganda!

ajami: oic..

Jun 10, 2009 4:38 PG

 
Blogger Cat Cat said...

Orang Uganda semuanya tinggi-tinggi. Abang Naga lah yang paling pendek (oppps, sorry - paling rendah)... Haha.

Love,
Cat

Jun 10, 2009 5:13 PG

 
Blogger Tok Rimau said...

Pepatah Swahili:
Aninyimaye mbazi kanipunguzia mashuzi.

He who denies me beans rids me of farts.

Dia yang menafikan aku kacang panggang, tidak memberi aku kentut.

Jun 10, 2009 5:50 PG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Wah ni betul2 pos dari Uganda ni kekanda haha!

adinda yang inesen,
Water

Jun 10, 2009 8:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Famia,
Ya ka? Ha ha.

Tera,
Panas banget!

Shaira,
:)

Qib,
Lelalang. :)

Dark,
:)

Khal,
:) Kaki hitam sebab banyak main pasir.

Nadin,
Ha ha.

Bayan,
Saya lagi sunyi. Sunyiiiii...

Zz,
Tak wajib lulus. Ha ha.

Corey,
Ha ha.

Yanaz,
Ha ha.

Ajami,
HA HA HA HA HA.

Kat,
I love you too! Ha ha.

Mau,
Senang-senang melanconglah ke sini. :)

Water,
Ha ha.

Jun 10, 2009 8:26 PG

 
Blogger ~langsirkalerbiru~ said...

Sengal..

Jun 10, 2009 10:11 PG

 
Blogger pye:rudz said...

ini pukau photoshop ni, jangan percaya. ini pukau nih.

Jun 10, 2009 10:57 PG

 
Blogger ::.. a t i q a h ..:: said...

Pakai krim pencerah muka je ke bang. Krim pencerah kaki tak pakai ek?

Jun 10, 2009 11:19 PG

 
Blogger wahyun said...

lepas ni wak naga tntu layak jd model "OLAY" ataupun "SK-II" utk wajah cerah berseri di celah2 benua afrika, haha!

Jun 10, 2009 12:24 PTG

 
Blogger DeeN said...

Apsal muka bro nampak kecik? Hmm.. mungkin aku tgk dari jarak jauh kot. Er...apsal kaki lu sangat gelap dari muka lu, bro? Ooo...mungkin aku tak bukak lampu agaknya. Hahahahaha...!

Jun 10, 2009 12:24 PTG

 
Blogger NeemoNeemoâ„¢ said...

Nak mirim keychain satu. eh, dua!

Jun 10, 2009 1:03 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

cepat pulang,sayangggggggg....

Jun 10, 2009 1:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hafiz,
Sengal kat mana?

Pye,
Mana ada pukau! :)

Tiqah,
Ngeh ngeh!

Wak Yun,
HA HA HA HA HA!

Deen,
:)

Neem,
Keychain voodoo? HA HA.

Teh,
Aaa... masak apa malam ni? HA HA.

Jun 10, 2009 1:59 PTG

 
Blogger Unknown said...

Hahahahaha...
ketin kecik yang tak tahan tu..
ya ampun bro....

Jun 10, 2009 8:49 PTG

 
Blogger hani_san said...

hahahaha....gambar en naga yg paling comel utk abad ini! hahaha

Jun 11, 2009 3:18 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home