"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

09 Julai 2009

Funny Things Happen!

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

“Cantik! Saya sukakannya!” kata penyunting dalam emelnya kepada penyelia aku, “Nasib baik kaver ni bukan Sinaganaga yang design. Kalau Sinaganaga yang design... entah apa-apalah jadinya (buruk, hodoh, macam palat?)!" [Lebih kurang begitulah isi kandungan emelnya].

"Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga visual kaver ini Sinaganaga yang design! Sekian, terima kasih!" kata penyelia aku dalam emelnya kepada penyunting.

Aku tak berapa suka kaver yang aku design ni, maka sebab itulah aku lambat letak visualnya di blog CowGum Rubber. Dan agaknyalah, kalau penyunting tahu awal kaver ni aku yang design - pasti dia tak akan kata, "Cantik! Saya sukakannya!"

Ha ha, ok ok, sekian, terima kasih!

35 Comments:

Blogger Unknown said...

kira cantik apa... majestic...

Julai 09, 2009 4:47 PTG

 
Blogger Unknown said...

alamak, ter1st la pulak... sorry.

Julai 09, 2009 4:48 PTG

 
Blogger Corey said...

3rd??? Cover mana satu yang confirm????....bombastic..

Julai 09, 2009 5:01 PTG

 
Blogger Perempuan cerdas said...

[ Taknak komen sebab bukan first ]

M

Julai 09, 2009 5:16 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

cantik, saya sukakanya!!

Julai 09, 2009 5:16 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Hy,
Ter-first ek? HA HA.

Kori,
Mula-mula penyunting dah kompom visual nombor 3. Tapi, bila dia dah tahu aku yang design ni - ada harapan dia tak kompomkan ketiga-tiganya. HA HA.

M,
Tapi, luh kan tetap nomer satu di hati gue!!!! :)

HA HA HA HA HA.

Art,
Hok biasa-biasa sajalah! :)

Julai 09, 2009 5:22 PTG

 
Blogger Unknown said...

dude lu mmg ada seni. tangan seni. misai je x brape nak seni haha!

Julai 09, 2009 5:34 PTG

 
Blogger . said...

kurang pop.

Julai 09, 2009 5:57 PTG

 
Blogger Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Cheh..kalau kaver macam ni, memang gua tak beli laa buku ni.

Julai 09, 2009 6:24 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

ni peraduan teka perbezaan gambar kan?

err.. logo DBP tu ajer yg cun!

Julai 09, 2009 6:51 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
HA HA. Pandai la luuuu!

Nizam,
Aku pun fikir macam tu. :)

Pp,
Aku pun tak akan beli. Ha ha. Tapi, penyunting tu suka. :)

Well, ini semua masalah house style dan taste0lah agaknya. :)

Julai 09, 2009 7:40 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Ajami,
(((((Ajamiiiiii!))))))))))))) Welcome homeeeee! Weh, lama tak mari, mana pergi? Maskara nanti datang eh - Kacip untuk lu masih ada kat gua. Kacip untuk awek Tayangan Unggul tu pun masih ada kat gua (lupa dah gua namanya sapa - Elly? Ella? Ila?)

Julai 09, 2009 7:42 PTG

 
Blogger Unknown said...

apasal penyunting tu bengang sgt dgn u,kesian.... anyway i must admit cantik ketiga-tiganya and i like the 2nd.

Julai 09, 2009 10:01 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

I like the 1st one... Very creative - love the kaler too. Good job Abang Naga.

Julai 09, 2009 10:03 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

vote yg 2nd!

Julai 09, 2009 10:35 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

bosan je cover tu. kalau ade gambor awek mungkin pandang je kot.

Julai 10, 2009 1:08 PG

 
Blogger asuhara sue said...

sentimentel sungguh kaver itu!

Julai 10, 2009 8:16 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nadine,
SEbab aku komen penyunting tu secara terbuka - "taste lu teruk, beb!" agaknya. :)

Kat,
She love the 1st one too. Tapi, sekarang ni dia dah tahu kaver tu aku design - mungkin dia dah tak suka dah kot. HA HA.

Moralnya, kau boleh tak suka kaver tu bukan sebab kaver tu tak cantik, tapi sebab kaver tu Sinaganaga yang buat! :)

Azwan,
:)

Dark,
Buku ni cerita pasal pengembaraan pesakit distonia (distort).

Julai 10, 2009 8:19 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Asu,
Sentimentel part mana tu?

Julai 10, 2009 8:19 PG

 
Blogger MKriza said...

Prejudis betul penyunting tu.

Apa-apapun saya rasa ketiga-tiga cover tu tak cantik la. Nampak sangat DBPnya.

(he he sorry abang naga sebab tak memuji)

Julai 10, 2009 8:35 PG

 
Blogger tapai said...

Dulu cover buku-buku Penguin pun teruk-teruk juga.

Julai 10, 2009 8:57 PG

 
Blogger Pa'chik said...

agaknya pasal ko tak suka dia kata cantik... kalau yang ko suka... mesti tak cantik bagi dia... :P

penyunting tu mesti dengki dan busuk ati nih... kikiki...

Julai 10, 2009 9:42 PG

 
Blogger tasekM said...

ada gak pompuan gaduh dgn ko ye bang...? he he.



.

Julai 10, 2009 10:48 PG

 
Blogger ~langsirkalerbiru~ said...

Brader Naga,

Ko nampak hitam dimata penyunting tu.

Malang.

Julai 10, 2009 10:53 PG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

Soooo sweeeeeeeet! Cheh!

Julai 10, 2009 12:46 PTG

 
Blogger noorafzan.blogspot.com said...

mmg biasa la..
sume tu psikologi jer..
dengar yang buat sinaganaga, apepun x cantik..
padahal canti ksebenarnya~
adeh la..

Julai 10, 2009 1:27 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

haha

Julai 10, 2009 2:17 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

di blurb belakang ada tulis 'sayembara menulis novel remaja bla bla...'

kalau ini novel remaja, bukan begini covernya. judulnya sudah best, tapi cover tak remaja langsung...

Julai 10, 2009 4:52 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

MK,
Ya, sangat DBP. Memang di-design sebegitu rupa. Aku pun tak suka design ni. Tapi, penyunting suka. Makanya, sekarang kita sudah tahu selera rata-rata penyunting di DBP. :) Dan, lebih malang - kalau penyunting tak tahu design ni aku yang buat - dia suka, kalau penyunting tahu design ni aku yang buat - kompom, dia tak suka.

Tapai,
Dulu ada penerbit nama Pustaka Antara. Pustaka Antara dah berkubur. Amat malang sekali. :)

Chik,
Agaknya sebab dia ada MA, PhD segala bagai. Aku tak ada.

Tasik,
Penyunting di DBP - rata-ratanya perempuan. :)

Hafiz,
HA HA.

Azzam,
Ceh! :)

Afsan,
Prajudis!

Dug,
HA HA.

MatJan,
Aku tak berapa setuju.

Pada aku, kita tak sepatutnya kelaskan - oh, kaver remaja mesti macam ni bentuknya, kaver dewasa mesti macam tu kavernya, etc etc.

Sebabnya begini, nanti orang dewasa tak akan beli buku untuk remaja dewasa dan remaja dewasa tak akan beli buku untuk orang dewasa, etc etc. Rugi kita! Bukankah buku itu, tak kiralah untuk kanak-kanak, remaja, remaja dewasa, dewasa - untuk semua golongang baca!!!???

Ingat lagi tak, di Laman Seni, ada remaja dewasa beli buku Ayah Kita Bos?!!! HA HA. Apabila budak perempuan tu dewasa kelak - dia akan terus menerus buku2 terbitan Sindiket Sol-Jah. Percayalah! HA HA.

Dan, seperkara lagi, kita usah menetapkan - oh, remaja suka kaver macam ni, oleh kerana itu kita kena design kaver buku remaja mesti cenggini cenggini... Harus diingat, julat usia remaja tu sangat besat (julat ke angkali? lupa dah aku) - tu sebab kalau buku2 English - mereka ada 'teen, young adult, etc' - malangnya, kita cuma ada 'remaja' sahaja. Makanya, adalah malang kalau buku remaja kita nanti tidak mahu dibaca oleh orang dewasa sedangkan buku tersebut boleh juga dibaca oleh orang dewasa atau buku tersebut sesuai dibaca semua golongan.

Manikam Kalbu (Faisal T) adalah buku untuk remaja. Tetapi, buku tersebut sesuai juga dibaca oleh orang dewasa juga. Itu maksud aku.

Cuma, design buku Kembara Distonia' ni aku tak suka. Mungkin, masa design ni, perut aku sakit nak berak. Mungkinlah.

Julai 11, 2009 8:04 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kaver ni tak 'sampai'lah! Itu maksud aku. Mmm.

Julai 11, 2009 8:15 PG

 
Blogger landaklaut said...

takpe. saya masih remaja di hati. kalau best saya baca je walaupun kaver biasa2 aje. haha.

Julai 11, 2009 3:58 PTG

 
Blogger rimanilzah said...

mmg ada penyunting yg belum disunting di penerbitan d yg pelik-pelik. dlm hal buku - mereka suka memilih apa yg kebanyakan org tak suka - tentulah dg sebab2 mereka yg tersendiri

Julai 12, 2009 7:07 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

hahahahahaha mesti menyosal mamat tu!

Julai 13, 2009 10:36 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Riman,
Syarikat D bukan 'penerbit' Harap maklum!

Julai 13, 2009 1:12 PTG

 
Blogger Mat Jan said...

fuh! panjangnya jawapan lu pada komen gua... macam forum perdana!

Julai 13, 2009 3:06 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home