Inkues
Malam itu adalah malam yang macam selalu-selalu di Bandar Baru S. Malam yang kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Malam yang mungkin Imran dan Ajie sudah lama masuk tidur. Malam yang mungkin Azmie baru sahaja pulang dari studio. Malam yang mungkin Sultan Muzaffar baru sahaja hendak turun pergi makan. Malam yang mungkin Faisal T sedang menganyam ketupat cinta. Malam yang mungkin Azwan Ismail sedang mencelup hujung jari-jari kakinya ke dalam kolam renang sambil menulis puisi. Puisi-puisi tentang anjing, tentang kucing, tentang tikus, dan tentang sisa roti anak Cina jiran sebelah rumah antara yang dia paling suka tulis. "Kehidupan adalah seperti suatu rantaian makanan. Mmm, sungguh lazat!" Mungkin itu yang akan tertulis pada status Facebook-nya esok hari. Entah!
Malam itu aku dan Kak Saripah Hasnor sedang melangut. Malam itu tiada orang menjual durian, manggis, rambutan, atau mata kucing. Makanya, malam itu kami makan jagung rebus sahajalah. Dan, jagung rebus itu sudah lama tinggal tongkol.
"Chua!"
"Oit!"
"Ni akak nak tanya sikit ni... kau jangan marah ek!"
"Tanyalah!"
"Kau rasa-rasalah kan... dia terjatuh ke bawah atau ada orang campak dia ke bawah?"
"Saya rasa-rasalah kan, kan, kan... angin tiup dan bawa dia terbang lalu jatuh ke bawahlah, kak!"
"Iya ke, Chua?"
"Iyaaaa!"
Malam itu aku dan Kak Saripah Hasnor sedang melangut. Malam itu, pada pucuk pokok di hadapan Menara O telah tersangkut sehelai T-back jarang berwarna merah teluki yang sedang berkibar megah.
"Chua!"
"Oit!"
"Akak ingat, akak nak beli sehelailah! Abang kau mesti suka ek!"
"Ada saiz ke, kak oiiiii?"
"Choiiiiii!"
17 Comments:
First!
M
.
.
.
Ha ha ha ha ha!!!
Julai 31, 2009 12:28 PG
Sekunder!
Julai 31, 2009 12:42 PG
ted!!!
Julai 31, 2009 12:43 PG
Fourth lagi!
Aww sweetnya.
Meow.
:D
M
Julai 31, 2009 1:10 PG
aisah 5 puluh sen kahkah...
naga,kirim salam sama kak saripah,esok gua dtg mkn nasik lemak dia :)
Julai 31, 2009 2:51 PG
ape busuknya sendiri masuk entri sendiri komen first? taktik kotor nih. hahaha.
Julai 31, 2009 8:31 PG
Apis,
:)
Chem,
:)
M,
Usaha lagi ya sayang! Hak hak hak!
Fred,
Pagi esok Kak Saripah off-day. Ok, kau pusing pasar baharu yang belum dilancarkan lagi tu, ada seorang mak cik jual nasi lemak kat situ - nasi lemak dia boleh tahan sedap.
Pye,
Aku komen first bagi pihak M tu weh! Sweetkan, kan, kan? He he.
Julai 31, 2009 8:47 PG
Oooo, dah lama tak makan nasi lemak... Aduh, seksa-nya...
Julai 31, 2009 10:12 PG
besok off... takpe, malam ni boleh ronda pasar malam ape... macam2 ada...
Julai 31, 2009 10:44 PG
hahahah. auw..seksi you..
Julai 31, 2009 11:06 PG
Kat,
Buat sendiri la nasi lemak tu weh! :)
Hy,
Pasar malam? Tak sempatlah. Malam ni ada meeting kat Bangsar.
Pel,
:) Seksiiiiii!
Julai 31, 2009 2:34 PTG
???
Julai 31, 2009 3:45 PTG
intro yg puitis amat...
Ogos 01, 2009 12:53 PG
assalamualaikum,
abang nage, dengarnye ngkau ke masjid negare tadi, berjoin.
tahniah. mak bapak aku pun ade bang. aku je takde.
Ogos 01, 2009 11:42 PTG
Nasi lemak...sambal ikan bilis...nyum nyum...Malam tu gua tengah menikmati kopi dengan kerang bakar agaknya bang naga...keh keh keh
Ogos 02, 2009 1:10 PG
x der liputan .. pasai lori kaler merah kat tgh kolompo .. ??
Ogos 02, 2009 4:04 PTG
Mami,
Hah?
Zz,
Lu lagi puitis, bang! :)
Alif,
Gua tak pergi Masjid Negara. :)
Kori,
Pak Yahya Sulong dah tak buka gerai kuetiaw kerang lagi dah, aiseyman!
Ym,
Ade. Tunggu.
Ogos 02, 2009 9:19 PTG
Catat Ulasan
<< Home