"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

27 Julai 2009

"Bukan masanya dia meninggalkan kita..."

Yasmin Ahmad tidak pernah mengenali saya, agaknya.

Saya menonton preview/tayangan amal filem Rabun (2003) di DBP dan itulah kali pertama saya mengenali beliau. Sebelum memberikan ucapan, beliau telah merakam gambar-gambar kami, "Ini [gambar penonton] sebagai bukti kepada Mak Inom yang saya dah bikin filem!" dan penonton pun tertawa kecil. "Wah! Pembikin filem indie mana pula ni!!!" getus hati kecil saya.

Hari-hari seterusnya adalah kehidupan malam di Jabatan Seni; Yasmin di Leo Burnett dan saya di Syarikat D. Untuk meredakan tekanan bekerja, adakalanya kami ber-'online'.

"Tak buat filem lagi ke?"

"Ada buat jugak."

"Bila nak buat 'blue' pulak? He he."

"Kalau I buat 'blue' - you jadi pelakonnya ek!"

"I kena pegang watak apa?"

"You jadi katil!" HA HA."

"HA HA HA. Siot 'ja!"

KOMA

Pada suatu hari, saya bengang sangat apabila Yasmin kata, "Lelaki Melayu tak okey! Itu sebab ramai perempuan Melayu cari... bla bla bla!". Dan, saya percaya, Yasmin pun bengang sangat apabila saya balas kata-kata beliau, "Perempuan Melayu pun ada yang tak okey! Jadi pengkid hapeee... bla bla bla!" Sejak hari itu kami tak ber-'online' lagi. Tetapi, pertelingkahan itu tidak pula sampai menyekat saya daripada menonton filem-filem beliau [kendatipun saya tidak berapa menggemari filem-filemnya yang lain sebenarnya].

KOMA

Saya SMS Ahmad Izham Omar, "Yasmin Ahmad meninggal?"

Izham menelefon saya dan-dan itu juga, "Helo Bro! Yasmin bla bla bla... Stop breathing bla bla bla... Damansara Specialist bla bla bla... koma!"

Yasmin Ahmad tidak pernah mengenali saya, agaknya [tetapi, filem Rabun tetap terkesan dan bertakhta di hati saya sampai bila-bila].

al=Fatihah!

16 Comments:

Blogger ymn said...

al fatihah : )
R I P utk Yasmin

Julai 27, 2009 10:12 PG

 
Blogger AieSha said...

kehilangannya begitu terasa.

Julai 27, 2009 10:19 PG

 
Blogger Corey said...

Al Fatihah... :(
Tuhan lebih sayang dia..

Julai 27, 2009 10:45 PG

 
Blogger dulu aku Nora said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Julai 27, 2009 11:17 PG

 
Blogger tasekM said...

alfatihah.

pertama kali tgk rabun dlm tv. terus jatuh cinta.


.

Julai 27, 2009 11:21 PG

 
Blogger dulu aku Nora said...

al-fatihah. best man die young.

Julai 27, 2009 11:22 PG

 
Blogger fadz said...

:.....(

Julai 27, 2009 11:32 PG

 
Blogger MakLang said...

Al-fatihah, gone too soon

Julai 27, 2009 1:54 PTG

 
Blogger Anonymous said...

Iklan-iklan Petronas bikinan Allahyarham sangat-sangat menusuk.

Bayangkan, dalam masa hanya beberapa minit yang singkat dan hanya memaparkan wajah dan ekspressi..dia berjaya merakamkan kehidupan.

There cannot be another Yasmin Ahmad but the faces of life will go on.

Forever.

Julai 27, 2009 2:50 PTG

 
Blogger MisterZyl said...

sudah tiba masa Allahyarhamah.. semoga rohnya dirahmati

Julai 27, 2009 5:49 PTG

 
Blogger Unknown said...

tadi she was suppose to bagi speech kat AD ASIA function di Club dah bertukar jadi program jadi "tribute to Yasmin" pulak.kesian kelam kabut oraganizer nak kena tukar program last minute....Al fatihah....

Julai 27, 2009 8:25 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

bro,
tQ muah-muah utk entri nih.. sekurang-kurangnya gua ketawa seketika..

gua ting-tong bro! TING-TONGGG!!!

Julai 27, 2009 11:17 PTG

 
Blogger wahyun said...

mungkin najib razak dapat idea 1Malaysia dari alm. yasmin...

alm. yasmin juga tidak keterlaluan utk kita kalungkan beliau selaku ikon 1Malaysia...bukan ahlil politikus yg sekadar melaung2kan slogan tanpa mengerti isinya.

cis...gua sendiri masuk air dgn konsep 1Malaysia nih....

Julai 27, 2009 11:36 PTG

 
Blogger tuan tanah said...

Saya pun tidaklah minat sangat dengan filem-filem Allahyarham tapi iklan-iklan raya dan merdeka Allahyarham best-best belaka.

Al-Fatihah, semoga rohnya dirahmati Allah.

Julai 28, 2009 3:04 PG

 
Blogger zizie ali said...

al-fatihah

Julai 28, 2009 3:39 PG

 
Blogger As said...

Saya budget mesti sudah ada iklan petronas untuk raya tahun ini. Mungkin lah!

Ogos 26, 2009 1:15 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home