I am always this blue
Kadang-kadang, kita terasa rindu. Dan, kadang-kadang, kita rasa rindu itu tak mungkin terungkap (atas pelbagai sebab).
KOMA
Makanya, aku (tergatal) hantar youtube 'Blues Berani Mati' tu kepada kawan-kawan di Jepun.
Ayako Maki kata (minah ni boleh berbahasa Melayu, dulu),
hahaha!!! I love it!!!! you are definitely a good singer!!!! look forward to your next new song!!!?? have a good day!
p/s: abang, saya sudah forward the URL to Nami Komeda san. hahaha
Ayako.
Nami Komeda kata (minah ni masih boleh berbahasa Melayu),
Abang!!!
Memang saya ingat abang le. Apa khabar?? Nampaknya sihat dan sangat sama dgn abang yg saya ingat. menyani pun pandainya--- :)
Saya sudah kahwin le.. he.. he.. malu..
Nami.
('Menyani' tu apa barang, dek? Ha ha.)
Bos aku di ACCU (UNESCO) Tokyo, (Director of Culture Division) Misako Ohnuki kata,
Wow!! You voice is so sweeeeeeeet. Many flash! A new Malaysian Star born! Oh yah! I CC-ed to my friends. Send me another one? When??
It's tooooooooo hot and humid here in Tokyo. HELP~!
Love
Misako.
(Inilah satu-satunya bos yang 'cinta'kan staf bawahannya, hak hak hak! Wo, bertuah wo dapat bos cantik macam minah ni, wo! "I love you too, Boss!" Ha ha.)
Noriko Takemae kata (minah ni suka Sila Majid - penyanyi baharu ni),
Hi Ryuu-san,
Saya telah check youtube! SAAAAAANGAT Seronoknya.
Kenapa Ryuu-san di-pilih sebagai penyani?? Saya agak mungkin Ryuu-san tidak boleh bermain alat-alat muzik, bukan? Atau mungkin ada TALENT nyanian!!! Saya suka Sila Majid!
Ryuu-san dan kawan-kawan yang tidak baik, menyorokkan diri-sendiri. Saya betul-betul senang hati bahawa Ryuu-san ENJOY kehidupan anda. Harap berjumpa lagi.
Noriko.
23 Comments:
English bos aku sama teruk dengan English aku, wakakakaka...
Julai 28, 2009 6:21 PTG
kira ok jugaklah tu...
Julai 28, 2009 8:07 PTG
Nasib baik Ayako Maki kata, bukan Ayako Kata maki.
Julai 28, 2009 8:20 PTG
Keh keh keh...tergatal tangan ye?Apapehal pun....Blues still rulesss..
Julai 28, 2009 9:16 PTG
ya lar. so many flash. haha.
Julai 28, 2009 9:38 PTG
erk...many flash tu apa?
aku suka tengok cerita the blues brothers...hehehe
Julai 28, 2009 11:17 PTG
menyani...hahaha!
lawak2...jepun mmg cool. rase2nye atok kepada salah satu dari jepun2 yg berbahasa melayu tu pernah dtg malaya.
mungkin juga atok tu adalah watak pegawai jepun yg sgt cool berbahasa melayu serta bleh meng'ayat' shawty malaya 1940an dalam filem embun lakonan aqasha.
Julai 28, 2009 11:57 PTG
dan si jepun itu jugak yang tau menghargai seni kita bukan??haha
Julai 29, 2009 12:12 PG
Ahahhahahhha.
Comel.
M
Julai 29, 2009 12:38 PG
Catina Cati kata (minah ni pun masih boleh berbahasa Melayu)
Wah, sungguh merdu suara Abang... Aku sudah jatuh cinta. Haha!
Julai 29, 2009 8:24 PG
Nadine,
:)
Indra,
Maki tu sirname dia. :) Kasai pula sirname aku dulu. Dulu la! :)
Kori,
Oyeah! Hidup bluessssss!
Chem,
Ya la, baru perasan, so many flash dasuneh! :)
Patung,
Dia kata aku flasher kot, entah. HA HA.
Kua,
Ayako pernah mengikuti program pertukaran pelajar di UKM. Nami pernah mengikuti program pertukaran pelajar di UM. Noriko pernah tinggal lama di Sabah dan Kuala Lumpur. :)
Sonik,
Blues bukan seni budaya kita. :)
M,
Ya, Nami dan Ayako sangat comel. Lebih comel lagi apabila mereka pakai swimsuit polka dot. Kawaiiiiiiiii!
Kat,
Gua tabik lu! Tinggal di US, kahwin di US - tapi masih boleh berbahasa Melayu. Kawan aku, hok belajar law di UK, dan jadi banker di Malaysia tu, ahaks, cakap Melayu pun tergagap-gagap, haiyah!!!! :)
Julai 29, 2009 9:06 PG
semuanya comel.
Saya juga rindu pada abang. Rindu nak tumpang kench di Syarikat D. Rindu nak minum-minum di Kancil dan Bucu.
Saya rindu semuanya walaupun saya masih berbahasa melayu dan tinggal di Malaysia
Julai 29, 2009 12:11 PTG
hehehehe..ini direct translation ker?
Julai 29, 2009 12:48 PTG
Madu,
Meh le sini. :)
Men,
Tak terjemah apa2 langsung!
Julai 29, 2009 1:40 PTG
kerna kau crite pasal blues, sukacita dimaklumkan bahawa aku baru nonton ghani blues gang bikin persembahan di taman tamadun islam trg. malam kelmarin. beliau memblueskan 'munajat nabi adam' dan 'munajat rabiatul adawiyah'. petikan gitar dan suaranya menusuk kalbu. dimana ito?
Julai 29, 2009 2:53 PTG
mereka di jepun semua nye pelat pelat belaka. youtube tu apa address...share la sama kitaorg dude...kami pun mau tgk menyani hehe
Julai 29, 2009 3:59 PTG
Zz,
Dengar cerita, Itoh perform kat Alang Sdayu ke hape entah tempat tu, dengar ceritalah...
Amora,
Ada kat entri hok lama2 blog ni. Gi la cari! :)
Julai 29, 2009 4:49 PTG
penyani ke encik Si Naga-Naga.. hehehehe?
Julai 29, 2009 7:00 PTG
en naga
pasni ble rr terbitkan album indie...sure gegak-gempita...amoi2 jepun tu mesti x sabar2 nk beli...suara ade rupa pun ade...x gitu? :)
Julai 29, 2009 10:14 PTG
Faisal,
Mmm... macam bunyi 'onani' pulak ek!?
Hani,
HA HA HA. 20 years to late-lah kalau nak buat album pun, weh!
Julai 30, 2009 8:21 PG
ini betol-betol ke chobaan nih?
Julai 31, 2009 8:28 PG
insyallah
moga kita saling contact :]
Ogos 07, 2009 5:13 PTG
salam..
pertama sekali, saya ingin memohon maaf andai komen yang saya kirimkan
kepada tuan ini adalah kepada orang yang salah.
maaf juga kerana saya tidak arif menulis.
saya tidak tahu mana untuk memulakan kisah saya ini.
sebelum itu, biarlah saya kenalkan diri saya sebagai atiq. sudah
berumur 20 tahun. seorang perempuan.
begini, mungkin sudah ditakdirkan, pada malam tadi, saya terfikir
untuk mencari kenalan yang sudah lama terpisah.
nama kenalan tersebut adalah Nami Komeda.
lalu, setelah mencari, nama kenalan tersebut tertera di blog tuan.
iaitu blog Hikayat Sinaganaga Origami III.
alangkah gembiranya hati saya apabila dapat mengetahui perkembangan
kenalan yang saya rindui itu telahpun berumah tangga.
untuk pengetahuan tuan, Nami Komeda pernah menjadi keluarga angkat
kami sekitar tahun 1998 (ketika saya berusia 8 tahun)
namun begitu, kami terputus hubungan. kali terakhir kami menghubungi
beliau adalah pada tahun 2002 atau 2003 (jika tidak silap saya)
puas mencari sekian melalui Facebook, namun, pencarian tidak membuahkan hasil.
surat yang dikirimkan juga, sepi tanpa jawapan.
sudah buntu untuk mencari, saya ingin meminta jasa baik dari pihak tuan,
agar dapat memberikan saya alamat untuk saya mengubungi semula Nami Komeda.
sekian, jutaan terima kasih saya ucapkan.
salam Ramadan.
Ogos 27, 2010 12:52 PG
Catat Ulasan
<< Home