SETEM: Sampul surat hari pertama Kabir Bhatia
Perkerjaan yang paling terancang di dunia adalah pekerjaan sebagai seorang penyangak. Ya, filem ini adalah kisah-kisah sekumpulan penyangak yang merancang untuk memiliki sekeping setem lama-lama (antik) yang bernilai berjuta-juta dollar Amerika.
[Saya pernah mendengar kisah seorang anak raja yang membida setem Black Penny, setem yang termasyhur di dunia itu. Setelah berjaya mendapatkannya, baginda telah mengoyakkan setem tersebut di hadapan pembida-pembida lain. Dalam pada pembida-pembida lain masih tercengang-cegang dengan perlakuan itu, baginda telah mengeluarkan sekeping lagi setem Black Penny dari koceknya. "Yes! This is the one and only!" Betul tidaknya cerita ini - saya tidak tahu, saya dengar ceritanya sahaja.]
Setem, adalah filem pertama bergenre komedi pengembaraan jenayah (crime fiction? caper story?) arahan Kabir Bhatia. Air tangan sulungnya ini membariskan ramai pelakon handalan negara. Pun begitu, filem yang mendapat sentuhan Mohd. Noor Mohd. Kassim sebagai pengarah fotografi, Nazrul Asraff Mahzan sebagai pengarah seni, Faizul Mohd. Noh dan Kabir Bhatia sendiri sebagai penyunting ini jika lihat secara sekali imbas - ia seakan-akan seperti filem-filem arahan Afdlin Shauki (Baik Punya Cilok) atau Hans Issac (Cuci). Persamaannya mungkin kerana tema 'pengembaraan' yang dibawakan oleh ketiga-tiga buah filem (Baik Punya Cilok, Cuci, Setem) ini. Setem adalah garapan Kabir Bhatia tanpa rupa dan bentuk Cinta dan Sepi.
Babak kesukaan saya:
1. Babak dua orang pengunjung tetap warong menyuruh Iskandar (Que Haidar) yang cacat penglihatannya untuk meneka apakah yang terdapat di atas meja di hadapan mereka. Apabila Iskandar berjaya meneka meneka dengan tepat..., "...hari-hari pun makan benda yang sama sahaja (sebab itu Iskandar berjaya menekanya)!", ketawa saya pun pecah berderai!
2. Babak tembak menembak di rumah Marcello (Harun Salim Banchik) di antara Burn (Bront Palarae) dengan polis-polis Malaysia. Saya suka dengan idea Burn menembak dengan menggunakan dua pucuk pistol - macam gangster! Dan, pada saat Burn mencabut pin grenad dan pin grenad itu jatuh berpusing-pusing secara gerak perlahan - saya petik jari, tap, cemerlang! Saya syak perlakuan pin graned jatuh berpusing-pusing itu telah dilakukan dengan teknologi CGI.
3. Babak "Justin Timberlake". HA HA.
4. Babak Iskandar (Que Haidar) yang cacat penglihatan yang teruja nak pandu kereta lagi selepas selesai babak kejar-mengejar huru-hara secara berkereta. HA HA.
Loophole:
1. Babak Misi Alliya (Vanidah Imran) yang terjumpa sekeping setem pada kolar baju adiknya Iskandar (Que Haidar); tanpa usul periksa telah mengambil dan menampal setem tersebut pada sampul surat lalu mengeposnya. Saya kira, sebagai seorang misi yang terpelajar (tahu Menulis, Membaca, dan Mengira), Misi Alliya patut tahu setem yang mempunyai perkataan MALAYSIA sahaja yang layak diperlakukan dengan nilai. Bayangkanlah jika Misi Alliya diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan ubat-ubatan..., "Hah, ubat! Ok, ubat ni untuk enche, ya!" "Saya sakit perut, misi! Yang misi bagi ni ubat sakit mata!" HA HA.
2. Babak Mani (Indi Nadarajah) menge-paw Posman (Aziz M. Osman). Kalau betullah setem lama-lama itu bernilai berjuta-juta ringgit, tentu sahajalah Mani dah menge-paw setem tersebut ketika Posman sedang mengeluarkan surat-surat dari peti surat itu lagi. Tidak perlulah mengekori posman sehingga ke pejabat pos (menjelang waktu malam). HA HA. Atau, lebih baik Mani menge-pow Posman apabila tiba di jalan yang sunyi. (Bukankah di hadapan pejabat pos ada ramai orang, bang? Tak takut ke kalau kena hempuk dek orang banyak?). HA HA.
Apapun, loophole ini bukanlah suatu kecacatan besar dan bukanlah penghalang kepada orang banyak untuk menontonfilem ini. Isma Yussof, (termasuk filem ini) sudah dua kali saya melihatnya membawa watak Mat Indon Padang. Aryanto di tangannya adalah Aryanto Mat Indon Padang tulen. Cemerlang! Dan, saya turut menyukai Chew Kin Wah yang membawa watak Lim Piranha, Si 'Abang Besar' Kongsi Gelap Cina yang bertutur dalam loghat Utara. Cemerlang! Kalau dalam kehidupan sebenar dan jika boleh membuat pilihan - saya ingin menjadi Si 'Abang Besar' Kongsi Gelap Cina Lim Piranha ini. Untuk Vovin - saya akan hadiahkan empat orang perempuan Cina yang cantik-cantik supaya dia tidak perlu untuk mengejar cinta lagi. Pergh!
Setem adalah sebuah filem komedi ringan yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Makanya, jangan lepaskan peluang untuk pergi menonton Setem. Wajib Tayang - masih 2 minggu? (Walaupun filem masih mendapat sambutan).
...
Estet? Hah, Abang Mamat don't worry! Kalau perlu, saya akan pecahkan tabung ayam untuk pergi tengok Estet! Ngeh ngeh ngeh!
26 Comments:
First!
M
.
.
.
He he.
Ogos 13, 2009 12:24 PG
kedua! kekekekek!
Ogos 13, 2009 12:27 PG
Ajami,
Apa barang orang dah nak tidur - lu masih bekerja lagi, dude! HA HA.
Ogos 13, 2009 12:30 PG
Ketigaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!
Dan pertama.
Hehehhe.
M
Ogos 13, 2009 12:49 PG
belum sempat pergi menontonnya.
harap2 masih ada lagi minggu depan.
oh, keempat! hihi!
Ogos 13, 2009 12:57 PG
hahahhaa...
justin timberlake...
hahahah....
Ogos 13, 2009 1:30 PG
baling cat kat moto lah best
Ogos 13, 2009 3:45 PG
Setuju! :-p
Ogos 13, 2009 5:18 PG
naga ,
tahniah ..
2nd tahniah update dikala embun jantan mencari betina
3nd tahniah good review .
Ogos 13, 2009 7:48 PG
Hua~
Mau tengok juga!!
Bront!!
Ogos 13, 2009 8:12 PG
Serius betul Ence'Naga punya preview. Hati terpanggil-panggil untuk tengok ni!
Khabir Bhatia patut ambil Ence'Naga berlakon filemnya yang akan datang.
Ogos 13, 2009 8:21 PG
M,
Tak tidur lagi? Masih mengulangkaji pelajaran? Atau tengah bedah mayat? :)
Chem,
Kena pergi! Kena sokong industri perfileman tempatan (asal saja bukan filem2 Prof R dan Datuk YH). :)
Kem,
HA HA HA HA HA. Siapa yang dah tengok saja yang faham. :)
Lola,
Ya, babak tu pun best juga. Yang jadi lebih best - sebab cat tu warna kuning!
Danial,
:)
Ym,
Terpaksa. Sibuk. Tak ada masa. Tu yang update blog dah tengah2 malam tu. :)
Zara,
Kena pergi tengok, dek!
MK,
Dah ada dah pengarah panggil aku berlakon. Eeeeeiiiuuuu, tak beranilah! Tak reti berlakon. Kalau kayu tu keras - keras lagi kalau aku berlakon. Ngeh ngeh ngeh!
Ogos 13, 2009 8:51 PG
menarik ni.
Ogos 13, 2009 9:05 PG
macam nih baru ada mood nak pergi tengok..
Ogos 13, 2009 10:32 PG
aku baru lps pegi maskara mlm tuh..
soknye tgk setem..
pastu tgk muke mat rempit kool yg bengang yakni sofi jikan..
kah3..
lg satu part plg best waktu dia lompat atas kete kuning dlm misi membalas dendam akibat tumpahan cat tuh..
efek dia sgt setail~
Ogos 13, 2009 11:44 PG
Gua baru habiskan RM buat borong model Transformers kat stesen minyak petronas...Lepas ni gua nak jual balik harga berkali kali ganda....Baru gua beli vcd setem...huh?
Ogos 13, 2009 12:21 PTG
hari tu ada terjeling poster ni kat tgv .. hati berkata.. nanti lah..
Ogos 13, 2009 12:34 PTG
Dug,
:)
Pelan,
Ya. Kena pergi.
Bijen,
Ya. Ok.
Kori,
Gi panggunglah weh!
Amora,
:)
Ogos 13, 2009 1:06 PTG
Buka gua tanak masuk panggung la ni bang naga...gua risau H1N1 (Alasan paling hip di kala ini)...kekeke
Ogos 13, 2009 2:53 PTG
kahkah
aku paling suka part ini lah.
misi: mak ckp,org jahat tak bole percaya
mani: HaHa (gelak setan),betul jugak(buat muka serius)
*lbh kurg camtu kot
dan mungkin 1 lg loophole
- bila adlin diikat mani dlm but kereta.kan satu jarinya sudah terkluar dr ikatan tu. dgn jari tu,aku agak boleh la bukak plaster mulut utk jwb fone tuh.
cis takle blah
Ogos 13, 2009 4:39 PTG
aku nak tgk gak..tp x berkesempatan dan tiada teman..xbes gelak sorang2..gelak ramai2 la syok...huuuuuuuuuuu
Ogos 13, 2009 7:30 PTG
Kori,
:)
Kuwe,
Aku setuju juga dengan loophole kau tu. :)
Corn,
:)
Ogos 14, 2009 8:22 PG
lupakan loophole!
alur cerita ini memang kemas!
nafas baru untuk filem kita!
hahaha.
Ogos 15, 2009 11:13 PG
aku belum tengok...sebab aku tak suka cerita cinta dan sepi...
tapi aku akan tengok cerita ni sebab ber genre comedi...aku suka
Ogos 15, 2009 2:40 PTG
suka babak
are u american?
are u american?
haha.
Ogos 16, 2009 8:27 PTG
"buah paku buah keras...aiyoyo..mau paku dia punya buah kaa"
lawak lawak..gelak secara berterusan :P
Ogos 26, 2009 12:38 PTG
Catat Ulasan
<< Home