Dengan Burnley (team FELDA) pun boleh sayur ke?
Jimi Mahmud belum sempat duduk. Karipap sardin 'first bite' di dalam mulut dia pun masih belum hadam. Ada satu mamat sudah sepak bola. Kemudian, orang banyak pun bersorak, "GOLLLLLLLLLLLL!"
Entah tangan siapa sudah langgar karipap pada tangan Jimi Mahmud; jatuh. "Dah bukan rezeki gua!" kata Jimi Mahmud. *Bobby tengokkan sahaja karipap yang jatuh bergolek tu. Bobby antara nak rembat ke dengan tak mahu rembat ke karipap tu. Jimi Mahmud kata, "Herppppp!"
Mata Bobby kelihatan sungguh sayu. Kalau Bobby boleh bercakap, Bobby akan cakap, "Alaa, karipap dah jatuh pun nak berkira ke, bang?"
Orang banyak sedang menonton TV. Tetapi, orang banyak bukanlah sedang menonton perlawanan bolasepak Burnley membenam Manchester United, 1-0 (sebab perlawanan ni tak ditayangkan di TV pun). Sebaliknya, orang banyak sedang menonton TV (yang dipasang di luar Stor DBP kerana Stor DBP dah penuh sesak dengan orang banyak) untuk menyaksikan Teater-teater 10 Minit malam semalam.
Yang duduk di atas helaian suratkhabar lama - Ladin Nuawi. Yang duduk bersila di atas kerusi - Sani Sudin. Yang nampak kaki 'ja, pakai kasut tak pakai stoking - SM Zakir. Yang duduk bersilang kaki, pakai baju putih seluar putih, jauh nunnnnnn - Faisal Mustafa. Yang duduk belakang dan tidak ada di dalam gambar - Nurul Hangit.
"Abang neves la!" kata Mamat Khalid.
"Neves nak buat hapenye... he he... bukan abang yang kena berlakon pun!" kata aku.
"Neves la jugak! He he. Lagi neves daripada mengarah filem, wo!" kata Mamat Khalid.
Aku minta diri dahulu. Abang Mamat Khalid kata, "Ok!" Khir Rahman sempat angkat tangan dan kata, "Enjoy the show, brotherrr!!!"
Stor DBP dah penuh!
.
.
.
*Bobby pernah muncul dalam certot berjudul K-Nine hasil tulisan Sinaganaga.
22 Comments:
first!
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Ogos 20, 2009 4:46 PTG
kehkehkeh... setan merah takut kot... dekat nak masuk ramadhan ni... duk risau kena rantai... ekekeke...
Ogos 20, 2009 4:55 PTG
felda united bangkit membenam myteam yeahhhh...
Ogos 20, 2009 5:34 PTG
Tak kenal Bobby. Sila ulang cetak K-Nine, Romlah, dan lain-lain lagi.
Sila. Ya. Sila.
Ogos 20, 2009 6:02 PTG
Hena,
:)
Chik,
Lepas raya ok semula kot, entah. HA HA.
Javid,
Bolton pun kalah juga. Tapi, team FELDA-FELDA ni kalau kalah tak le malu sangat, aok weh. HA HA.
Ogos 20, 2009 6:02 PTG
Robert,
Sorilah. Kami memang jenis cilake tak cetak dua kali. HA HA. Tapi, jika ada terlalu banyak permintaan - mungkin kita akan terbitkan certot2 The Best Of, amacam?
Ogos 20, 2009 6:03 PTG
Ah. gua terguna id robert dwag lak.
Elok jugak cadangan lu. Gua sokong.
Sila, ya. Sila buat. :)
Ogos 20, 2009 6:08 PTG
Wahh...title yang menyayat hati...photo yang merobek jiwa
Ogos 20, 2009 9:10 PTG
UPB MY TEAM FOREVER
Ogos 20, 2009 9:33 PTG
nak jugak romlah. plisss...
Ogos 21, 2009 7:38 PG
Dark,
Ok, nanti kmi fikirkan. :)
Kori,
HA HA HA.
Fi,
FELDA UNITED tak ok ke? :)
Ma,
Datanglah ke Maskara - mungkin ada lagi acara lelong buku - manalah nak tahukan, ye dak?
Ogos 21, 2009 8:39 PG
tak dapat berita pasal teater-teater 10 minit pun?
sampai bila show tu?
Ogos 21, 2009 10:21 PG
Kalau Bolton lawan Burnley, kau agak siapa menang? Hehehe!
Ogos 21, 2009 12:44 PTG
Manik,
Ketinggalan zaman sungguhlah mamak ni. :)
Jig,
Bolton le menang! Ngeh ngeh ngeh!
Ogos 21, 2009 3:12 PTG
pada hemat saya, bobby ialah seekor kucing.
betulkah en. naga?
Ogos 21, 2009 3:34 PTG
isk isk..gaban pun tak khyusuk mcm en. ludin tu..
Ogos 21, 2009 5:07 PTG
Salam,
Bang Nage,
Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H. :)
Ogos 21, 2009 8:27 PTG
Happy Fasting Abg Naga... Time berbuka sesi makan2 tu, ingat2 sama Kat ya... Hehe!
Ogos 21, 2009 10:46 PTG
heh. entri ini jujur. suka!
Ogos 23, 2009 12:58 PTG
Pye,
:)
Asu,
:)
Fusa,
Ok.
Kat,
Oleh kerana kau satu-satunya Cina yang baca blog ini - makan aku dah link blog kau dah!
Teh wo,
:)
Ogos 23, 2009 4:23 PTG
daaahh... dah ingat dah. bobby the dog. bobby ialah seekor anjing.
Ogos 24, 2009 8:38 PG
wahh cip, hebatlah... hebatlah!
oh ya, baru dapat tahu stingarden melalui blog ulas buku, tahniah!
Ogos 25, 2009 9:06 PG
Catat Ulasan
<< Home