Tetapi aku nak jadi designer, Teacher Alice!
Perempuan muda itu mempunyai hobi yang pelik. Dia gemar mengamati gambar-gambar yang tertera pada kotak rokok. Dan, gambar popular yang sedang dia amati pada hari ini adalah gambar sebuah laring yang telah kokak dan bolong.
"Sempat lagi kalau awak nak sambung belajar dan jadi doktor!" kata perempuan muda itu sambil mencicip teh halia yang beransur-ansur menjadi sejuk.
Aku ambil rokok, entah batang yang keberapa, menyalakannya, menyedut asapnya dalam-dalam, dan menghembus asapnya deras-deras. Lalu, asap pun berpuput-puput menghiasi sore kami.
Beberapa tahun dahulu, ketika kami sedang melakukan rat dissection, Miss Alice Tan telah mengetuk kepala aku dengan buku makmal, "Lukis outline sahaja! Tak mahu lukis shading-shading! Ini bukan art class hah, boy!"
Aida (kini Dr Aida) ketawakan aku, "Kalau nak lukis shading-shading... pergi masuk sekolah Cap Kunci-lah, Bro!" katanya sambil membetul-betulkan tali BeeDees, entahkan kerana ketat, entahkan kerana gatal. Ceh! Aku rasa macam nak kloroformkan sahaja si Aida ni.
"Sempat lagi kalau awak nak sambung belajar dan jadi doktor!" kata perempuan muda itu sambil mencicip teh halia yang beransur-ansur menjadi sejuk, "Semmmpattt!!!"
Dia tersenyum. Dan, senyumannya bagai kloroform. Cair dan mengewap.
24 Comments:
First!
M
[ha ha]
Oktober 01, 2009 10:46 PG
huh..mana aci.
second?
dan selamat hari raya, pakcik!
Oktober 01, 2009 11:17 PG
Third!!!
Oktober 01, 2009 11:49 PG
sempat sebelum mati kerana bahana rokok?
Oktober 01, 2009 11:55 PG
teh halia.
menarik.
Oktober 01, 2009 1:16 PTG
better late than never
Oktober 01, 2009 1:39 PTG
teh halia... campur telur puyuh ge... :P
Oktober 01, 2009 4:21 PTG
skola cap kunci yang lahirkan banyak artis tu ke. hoho.
Oktober 01, 2009 7:29 PTG
Pit,
Aci? Aci mana pula ni?
MK,
:)
Dewa,
?
Nabil,
:)
Manik,
Malaslah nak belajar2 lagi ni. :)
Chik,
Tak. Dia minum teh halia alatalat. :)
Chem,
HA HA. Berikan contoh beberapa nama ya! :)
Oktober 01, 2009 9:42 PTG
sempat gak klorofomkan arnab. biologi uppersix.
Oktober 01, 2009 10:46 PTG
mesti tak gosok gigi nih.. heheh
Oktober 01, 2009 11:16 PTG
haha.sekolah cap kunci cheras.
bang naga, SMSS batch tahun berapa?
ayah saya SPM 82.:)
Oktober 02, 2009 6:57 PG
Ada hati tu...nak kloroformkan orang..muahahahahaha.Tak boleh handle punya statement
Oktober 02, 2009 8:38 PG
Zz,
Aku masuk form six - 2 minggu 'ja, he he. Alasan? Aaaa... buku Micro Biology terlalu tebal!!!!
Ida,
Gigi? Yang jadi doktor gigi - Dr Tuti Nengseh. :) Yang lain2 - kalau tak jadi doktor "ya, apa sakit?" mereka jadi doktor patah tulang dan doktor mata.
Oh, Usin Landak (Yang pernah keluar ceritanya di TV3) sebenarnya doktor haiwan. :)
Abel,
Wehhhh, siapa nama abah kau weh? Abah kau satu batch dengan TKP DBP (Encik Kamarulzaman) ni weh!
Kori,
Zaman kami dulu - makmal kami punya - setakat penuhkan singki dengan gas penunu bansen dan kami kabooom tu biasakkkkk, dek!
Weh, budak2 sekolah la ni - tak ada peluang buat ujikaji wo. Tatau apsal.
Oktober 02, 2009 8:53 PG
ayah nama jefrry ghazally. rugby. kelas maju kalau tak silap.haha.
bang naga tahun bila?junior
Oktober 03, 2009 1:44 PG
bang, tolong design cover buku aku bang.
bila abang ada senanglah...
Oktober 03, 2009 10:30 PG
Abel,
Cakapa abah - aku batch Jegang! :)
Dug,
Boleh.
Oktober 03, 2009 12:18 PTG
Contoh terdekat = momok. eh, silap. tomok. huhu.
Oktober 03, 2009 11:19 PTG
orait bang naga,
nanti saya bagitau dia.
dia pernah cakap dulu,dia satu batch dengan sham kasio.kan?
bang naga rugby?
Oktober 04, 2009 6:12 PG
Dulu laporan sains selalu dapat A...sebab sketch cantik.heh. tp sy bukan skolah cap kunci tau.
Oktober 04, 2009 5:10 PTG
Chem,
Tomok budak sekolah Cap Kunci? Wow!
Abel,
Kalau tengok muka kenallah kot. Rasa2nya ada gak abah kau buli aku masa sekolah dulu - suruh amek tray ke hape entah. Ha ha.
Neem,
Sekolah Cap Kunci masih ada lagi. Tempat orang belajar kereta petang-petang kat depan sekolah Cap Kunci dan Koboi Town dah lama tak ada dah. Hospital Lady Templer pun masih ada lagi. :)
Ops sori, kau bukan budak sekolah Cap Kunci ek! He he.
Oktober 04, 2009 9:07 PTG
haha.nanti saya bagi gambar dia, yang terbaru dan gambar time sekolah.
adeh,kebetulan pula ya.
Oktober 05, 2009 2:15 PG
Semua bahan ujikaji kena catu la bang naga...asid2 & alkali2 mahal.Nak bedah bedah binatang pun takut binatang semua pupus...hik hik hik
Oktober 05, 2009 2:47 PTG
cikgu Alice Tan...ayat ugutannya...''I hang you on the fan!''
Oktober 07, 2009 7:04 PTG
Catat Ulasan
<< Home