"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 November 2009

SPM era 80-an

Mr Leong Lay Leh kata, kalau tulis formula pun boleh dapat markah.

KOMA

Malam tu. Aku. Ramli. Shuib. Pergi ke dewan besar. Kami catat semua formula. Hisab Tambahan. Pada pintu dewan besar. Dan, kami pulang ke dorm dengan senang hati, kemudian.

Shuib kata, kalau satu formula boleh dapat lima markah... kalau 'kena' lapan formula... wow, dah boleh lulus dah tu.

KOMA

Pagi tu. Aku. Ramli. Shuib. Belek kertas soalan. Hisab Tambahan. Pergi mari, pergi mari, pergi mari... dok belek kertas soalan.

Satu minit pertama. Ramli dah hantar kertas jawapan. Dua minit pertama. Shuib dah hantar kertas jawapan. Tiga minit pertama. Aku dah hantar kertas jawapan.

Shuib tanya, amacam... ada yang 'kena' ke? Ramli jawab, hapahhhhhhhhhhhh!

KOMA

Ramli, kini seorang guru muzik di sebuah sekolah kebangsaan.

Shuib, setelah memperoleh MA-nya di UPSI, kini seorang guru besar di sebuah sekolah kebangsaan.

Aku? Iya, aku masih berusaha untuk menyelesaikan soalan Hisab Tambahan, "dy dz persamaan dengan kosongggggg... apabila y adalah lima, z adalah...." di bawah catatan masa tiga minit.

42 Comments:

Anonymous Tanpa Nama said...

tulis formula pun dapat markah. lol. memang hisab tambahan tu susah sangat. huhu

November 19, 2009 9:25 PTG

 
Blogger Admin said...

warghhh... best cerita nih.
gua daftar spm 3 kali. dua kali tak hadir. gua naik setapak-setapak. dari dip. sampai master. tapi gua still macam ni... melepak tak der kojer..

November 19, 2009 9:25 PTG

 
Blogger patungcendana said...

ini era aku ni....patutla aku fail...tak tulis formula rupanya...huhu

November 19, 2009 9:31 PTG

 
Blogger ashraf sahdan said...

hisab tambah mmmg king of susah time spm dulu..formula bersepah nk kena hafal hahaha..tapi time gua spm bahasa melayu pun dah ada formula mengarut2..mcm2 kementerian ni..

November 19, 2009 9:41 PTG

 
Blogger ymn said...

"dy dz persamaan dengan kosongggggg... apabila y adalah lima, z adalah.... zZzZzZzZ .. tido lah jawabnaya ..hahahaha

November 20, 2009 7:32 PG

 
Blogger Unknown said...

HA HA HA. happy friday :-D

p/s: sy hy tau kira jari jari saja :P

November 20, 2009 8:42 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Zwan,
Gua dapat F9. :)

Kil,
Kutu memang macam tu, bro. HA HA.

Cen,
Tulis formula pun failllll! Ha ha.

Mel,
Ya ya. Siapa masih simpan buku teks Hisab Tambahan hok lelame, hok tebal macam batu bata tu, hok guna 1 buku ja untuk 2 tahun tu - sedekah kat gua, beb! Gua nak simpan; buat kenang-kenangan.

Ym,
Banyak-banyak bab dalan Hisab Tambahan - gua cuma boleh buat bab Statistik sajalah. (Untuk rujukan: Bab ni ada kat belakanggggg sekali).

Me Amor,
Wo, kalau kira-kira guna jari - bukan Hisab Tambahan - tu KIRA-KIRA. (Subjek Mathamatik pada tahun 70-an dikenali sebagai KIRA-KIRA. Wakakakakakaaa...

"Ok murid-murid sekaliannnn, sila bokak buku Latihan Kira-Kiraaaaa!"

November 20, 2009 9:22 PG

 
Blogger Kuwe said...

adakah rupanya seperti ini?

d(5)/dz=0

dz=5d

z=5d/d

z=5

woh?ntah apa aku mrepek.mcm cilake.

November 20, 2009 9:23 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Ramli, kini seorang guru muzik di sebuah sekolah kebangsaan.

Shuib, setelah memperoleh MA-nya di UPSI, kini seorang guru besar di sebuah sekolah kebangsaan.

Tuan Tanah. Saya teka. Emm. kini kembali semula ke sekolah kebangsaan.

Tukang kebun agaknya...
yang cool lah maksud saya.

November 20, 2009 9:28 PG

 
Blogger Loyer Lelaki said...

antara banyak-banyak hisap, hisablah yang paling gua tak berahi.

November 20, 2009 9:53 PG

 
Blogger kdee said...

skang add maths la..hisab2 org xpkai dah.hehehe

November 20, 2009 10:01 PG

 
Blogger cincau and other drugs said...

kalau tak dah tentu ko jadi cikgu kat sekolah kebangsaan jugakkan/.

November 20, 2009 10:12 PG

 
Blogger Shaira Amira said...

dah tahu tak macam mana?

November 20, 2009 10:18 PG

 
Blogger et-chan said...

add math mmg sgt susah...tapi lega jugak dapat credit

November 20, 2009 10:34 PG

 
Blogger alhena said...

eh? tkleh kira guna calculator ke?

sib sy lulus dengan jayanya (7) math masa spm. kalo tak, mesti jd mcm abg naga.. sampai sekarang masih berformula. huhuhu

November 20, 2009 11:51 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Kuwe,
Mmmm... nanti aku check dengan Mr Leong Lay Leh.

Sep,
Ha ha.

Loy,
HA HA.

Kd,
Ya, itu tandanya bahasa Melayu sangat dinamik. :)

Kej,
Aku memang tak ada bakat untuk jadi guru. :)

Shaira My Little Bird,
Masih belum tahu lagi! :)

Chan,
Siapa luluh add maths - dia tak hip! KAH KAH KAH.

Hena,
P7? Ha ha ha. Kau pun tak hip!

November 20, 2009 1:00 PTG

 
Blogger Unknown said...

seronk juga bab ni...

November 20, 2009 6:24 PTG

 
Blogger Unknown said...

seronk juga bab ni...

November 20, 2009 6:24 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

biol otak wow main dy dx ni.. :D hahahahaha

November 20, 2009 8:53 PTG

 
Blogger Corey said...

Gua drop subjek tu...gua try prinsip akaun sebab gua ingat jadi akauntan tu hip.Gua sampai la ni masih bersepah jaga dompet sendiri..hehe

November 20, 2009 9:48 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nad,
:)

Bau,
Ya, memang boleh jadi biol wo. :)

Kori,
Lu memang hip!

November 20, 2009 10:57 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

dz= datuk zek = istana

November 21, 2009 3:25 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

hang memang suka ilmu hisap, eh hisab.

November 21, 2009 3:42 PTG

 
Blogger Firol said...

err dapat 8 je..biasa 9

November 21, 2009 11:20 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

Aku budak sastera manalah tahu pasal add math ni. Dapat habiskan baca buku2 teks sastera (kalau disusun setebal batu bata gak) pun dah cukup baeeeeekkk

Tapi pasal tulis formula dapat markah tu masa SRP pun dah ada cikgu pesan dah. Aku hafal formula had laju je, laju=jarak/masa

laju=km/j

HAHA

November 21, 2009 11:52 PTG

 
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

apa rahsia nage boleh ingat semua memori time sekolah?

tak makan semut eh? haha!

November 22, 2009 1:18 PG

 
Blogger zizie ali said...

n3 ni betul-betul buat aku sayu sesayu-sayunya. kita senasib. huhuhu

November 22, 2009 10:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
Eh, ada orang dulu2 bercerita, Datuk Asri pernah gadai Kelantan kepada Singapura - betul ke?

Khal,
Ha ha. I don't kiss and tell! *LOL*

Fir,
P8 pun kira hip weh!!!!

Dug,
Lu sekolah mana ni? Lu sekolah agama ke weh?

Anak Bumi,
Jaga makan minum. Jaga mata. :)

Zz,
Bang, lu ada simpan lagi buku tebal macam batu bata warna hijau tahi lembu tu lagi?

November 22, 2009 1:02 PTG

 
Blogger payed said...

Aku paling suka hisab tambahan nih sbb jawapannya selalu sama dgn soalannya. Buktikan ***** = *****, jalan punya panjang last2 jawapan sama dgn asal...pekehe??

November 22, 2009 8:04 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

orang tulis formula kat meja exam bro hahaha

November 23, 2009 10:25 PG

 
Blogger Pa'chik said...

ha? tak tau la pulak...

yang aku besa dengar... soltan bet besut ngan soltan ganung... sabung ayam... :P
kalah... tu yang dapat kat ganung tu... tu yang orang besut tak makang ikang... :P

November 23, 2009 10:36 PG

 
Blogger Pa'chik said...

buku hisab tambah aku dulu kaler merah dunhill dude... tu yang lagi ramai pandai 'hisab' dunhill la kot... kikiki...

November 23, 2009 10:38 PG

 
Blogger K.H said...

Cikgu Matematik Tambahan dulu sangat hip, masih Cik, hanya kerana itu sahaja pun sudah bonus, dapat 4, walaupun buat janjang dah panjang berkajang-kajang pun tak selesai. Menyayangi cikgu itu besar berkatnya.

November 23, 2009 12:40 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

sekolah agama petang.


hampeh punya bang naga. haha

November 23, 2009 2:17 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

tulis formula pada lengan baju sekolah sebelah dalam. pastu lipat besar2 bg cikgu x nampak. pas exam balik basuh baju ngan chlorox bg keluar sume dakwat pen..

zaman skolah yg panjang...

November 23, 2009 4:06 PTG

 
Blogger Rajuna said...

kalau tanya cikgu besar tu pun belum tentu dia boleh jawab. cih!

haha

November 24, 2009 12:52 PG

 
Blogger tasuke said...

dy dz = 0 positif bila senyum..dy dz = 0 negatif bila climax.sbb tu aku pun NYARIS fail.hahaha

November 24, 2009 1:40 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Payed,
HA HA HA.

Pye,
Tak cukup luas permukaan meja tu, bro. :)

Chik,
Makanya, orang Besut makang ape?

Khai,
C4? Lu tak hip. :)

Manny,
Ya, zaman yang panjang. :)

Raj,
HA HA HA.

Tasuke,
:)

November 24, 2009 8:51 PG

 
Blogger Pa'chik said...

orang besut make ike... tak macam orang ganung yang makang ikang... :P

November 24, 2009 3:22 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

era aku tulis nama dapat markah heheheh tp ada pula yang tulis pujian2 dan rayuan2 belas kasihan pada tukang semak hehehe

November 24, 2009 3:41 PTG

 
Blogger abgdin0003 said...

hi......bg ajar skt...

November 24, 2009 10:54 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Payah-payah salin balik soalan. Janji tak hantar kertas kosong. hehe.

November 25, 2009 1:48 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home