"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

16 November 2009

Tabung Amirul Fakir

'Gua dah sound kat Panjang, Antu, dan Nizam Hamid. Gua suruh dia orang angkut lu mari Ipoh!' Kamal Sabran kata.

'Gua tak dapat datang, yeop!' Gua kata. 'Gua ada meeting dengan menteri!'

Selanjutnya adalah cerita-cerita tentang Kamal Sabran pernah sekatil dengan Panjang, Antu, Nizam Hamid, dan Muthu pada suatu masa dahulu.

KOMA

Gua ambil CD tu. Gua bubuh dalam sampul surat. Gua tulis, 'To Kamal Sabran Xperimental Lab, bla bla bla... Ipoh.'. Lalu gua suruh mamat Malam Boleh Jalan tu pergi hantar ke Kamal Sabran. Gua hulur not sepuluh ringgit. Dia hulur semula not satu ringgit kepada gua. "InsyaAllah, sebelum tengah hari esok sampai."

Keesokan harinya, dengan tidak semena-mena, gua terima satu panggilan telefon.

"Hello enche!" Mamat Malam Boleh Jalan tu kata. "Saya tak jumpalah Kamal Serban ni, enche!"

"Bukan Kamal Serbannnnnn!" Gua kata. "Kamal Sabrannnnnn!"

"Dan lagi satu, enche..." Mamat Malam Boleh Jalan tu kata lagi. "Kat sini semua rumah orang... saya tak jumpa makmal [memproses dadah?] pun, enche!"

Tap! Gua tepuk dahi.

13 Comments:

Blogger landaklaut said...

First!

November 17, 2009 12:28 PG

 
Blogger Mohafiz MH, M.D. said...

Second!!

November 17, 2009 3:14 PG

 
Blogger Anonymous said...

do i have to type 'THIRD'?

November 17, 2009 9:02 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

4th

November 17, 2009 9:04 PG

 
Blogger kamal sabran said...

nota:
1) mamat pengirim surat itu juga mengenali jiran sebelah rumah dan berborak panjang sambil besandar dipagar rumah.

2) pembetulan..bukan sahaja sekatil dg mereka, tetapi sebantal sepinggan sebulu dan juga sejiwa!

kah kah

November 17, 2009 10:10 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Chem,
Bravo!

13,
Bravo!

Onani,
Bravo!

Dug,
Cuba lagi lain kali.

Kamal,
Hoh, lu gay ke, yeop? HA HA.

November 17, 2009 1:45 PTG

 
Blogger payed said...

kalau betul si Mamat tu tak jumpa so what???? ha....nak tepuk apa plak??!!

November 17, 2009 2:20 PTG

 
Blogger cincau and other drugs said...

tak ada inisiatif langsung posmen tuh, tapi mungkin dia telefon ko sebab dah berkenan kat ko kot..

November 17, 2009 5:04 PTG

 
Blogger Unknown said...

ha..ha. i like the story..

November 17, 2009 7:15 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Geng Metahingar ada ajak aku, tapi aku tak dapat pi sebab ada kenduri kat kampung.

harap depa sumbangkan sesuatu bagi pihak aku.

November 17, 2009 7:25 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

jenaka berbaur serius dari mamat malam boleh jalan ni.

November 19, 2009 8:39 PG

 
Blogger Uena said...

Last si mamat malam boleh jalan jupe gak kamal sabran rupanya,,
hahaha~ seb bek lah kannn jupe...

November 19, 2009 1:21 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

terhibur :D

November 19, 2009 4:07 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home