"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

01 Januari 2010

Sesungguhnya, mereka inilah orang-orang yang sesat!

Setelah siap mengemas-ngemas The Happy Blue Sky Lucky Star Number 888 dan mengendap kucing belakang rumah berasmara, perut terasa lapar, Abdullah Jones ajak gua pergi makan di Syed Bistro Melawati.

Gua SMS Pyanhabib, otw, kata gua.

KOMA

Sampai di susur keluar Ampang, kerana leka berbual, Abdullah Jones sudah belok kiri, menghala ke Ampang Waterfront.

Gua SMS Pyanhabib, kejap, Dollah dah sesat, kata gua.

Pyanhabib SMS gua, oh Tuhan, tunjukkanlah jalan yang benar agar kedua-dua makhluk[Mu] itu tidak terus kesesatan, kata Pyanhabib.

Gua suruh Abdullah Jones berpatah balik.

Gua SMS Pyanhabib, don't worry bang, gua dah bawa Dollah keluar dari kesesatan, kami sedang menuju ke Ampang Point sekarang, kata gua.

Pyanhabib SMS gua, oh Tuhan, mereka terus kesesatan, kata Pyanhabib.

KOMA

Lama kemudian, kami bertiga di Syed Bistro, makan nasi beriani kari kambing dan satay ayam daging dan berbual-bual tentang 'the next big thing!' Pergh!

11 Comments:

Blogger Mr feckry said...

kalau sesat pulanglah ke pangkal jalan

Januari 01, 2010 12:53 PTG

 
Blogger Pyanhabib said...

oh tuhan, malam tadi mereka kesesatan lagi apabila tercungap-cungap mendaki bukit ampang hanya untuk melihat bunga api tahun masihi!

Januari 01, 2010 1:00 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

GPS kan ada. 3G lagi. Buleh la google maps sekejap.

Januari 01, 2010 1:10 PTG

 
Blogger Unknown said...

i just love your postings....brightened up my gloomy day..

Januari 01, 2010 4:49 PTG

 
Blogger rajawali art studio said...

kalau tak sesat mana boleh pulang ke pangkal. hah!

Januari 01, 2010 6:48 PTG

 
Blogger Amiene Rev said...

Kerana ada kegelapan, barulah ada cahaya.

Januari 01, 2010 8:15 PTG

 
Blogger Corey said...

Gua suka doa Bro Pyan & 'the next big thing'...Amin

Januari 01, 2010 9:58 PTG

 
Blogger Pyanhabib said...

amiene rev,
(juga naga, untuk makluman)
lagu `nyanyian cinta' gubahan & nyanyian ramli sarip ada lirik yang gua tulis, berbunyi: `di mana ada kegelapan, Dia pemberi cahaya'.
sekian.

Januari 02, 2010 12:39 PG

 
Blogger Airmas sz said...

kalau tak sesat mana boleh pulang ke pangkal -- Ayah Pin

Januari 02, 2010 1:37 PTG

 
Blogger payed said...

Lepas sesat dpt pekena nasi beriyani kambing...itu cool, beb!Senarai tambahan Tukar Tiub...

Januari 03, 2010 10:14 PTG

 
Blogger papillon putih said...

Saya suka isi kandungan sms abang Pyanhabib :)

Januari 07, 2010 4:01 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home