"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Januari 2010

Bukan sakit pun kena cucuk... macam kena gigit semut api 'ja, kata Dr Faridah

Hari ini hari penganut-pemganut Hindu meraikan Thaipusam. Hari di mana penganut-penganut Hindu menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini.

Kak Saripah Hasnor? Kak Saripah masih macam tu macam tu juga. Masih berjualan nasi lemak panas-panas di hadapan Menara O di Bandar Baru S.

Menara O? Menara O masih macam tu macam tu juga. Lif kadang ok kadang tak. Air kadang karat kadang tak. Tikus besar-besar kucing. Pagi tadi ada mat diskang mana entah sudah pasang lagu Techno tum tam tum tam dia punya bunyi; habis bergegar-gegar lantai rumah orang lain.

"Ni John, akak nak tanya sikit ni," Kak Saripah Hasnor kata, "kau jangan marah hah!"

Aku? Aku macam selalu-selalu, buat-buat muka meluat, sambil merokok pung pang pung pang dia punya asap.

"Dengar cerita, orang Bandar Baru Kulim suruh ustaz Zul letak jawatan!" Kak Saripah Hasnor kata, "Dengar cerita, ustaz Zul pun jarang jengok kawasan!"

"Hah! Orang Bandar Baru S tak mahu suruh Cina Chua letak jawatan ke, kak?" aku kata, "Cina Chua pun jarang jengok kawasan, hapeeee!"

"Hish kau ni...," Kak Saripah Hasnor kata, "Aaa... nak bubuh lauk ayam kunyit ke ayam sambal ni, John?"

"Ayam sambal!" aku kata, "Sambal kasi lebih sikit!"

"Nasi lemak lauk ayam sambal, sambal kasi lebih sikit, pedas-pedasss...," Kak Saripah Hasnor kata, "Siapppp!!!"

17 Comments:

Blogger Unknown said...

bandar baru O ke, menara O ke, bandar baru S? sudah psuing...

Februari 01, 2010 12:12 PG

 
Blogger Unknown said...

2nd...tapi i pun sama pusing.

Februari 01, 2010 8:02 PG

 
Blogger Ellie said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 01, 2010 9:44 PG

 
Blogger Ellie said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Februari 01, 2010 9:45 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

perghh...

lip lap lip lap mata aku duk baca.

punyalah pedas, ini sinaganaga punya kerepek ubi. Rup rap rup rap bunyi dia. memang sedap. memang pedas! Kalau cari kat bandar baru kulim atau bandar baru S memang takde jual! Kalau ada pun, bukan Ustaz Zul ngan Cina Chua tau.

Nak tau lagu mana? Depa pun jarang eh ada sana.

(sambung: rup rap rup rap abih sebungkuih)

Februari 01, 2010 5:08 PTG

 
Blogger papillon putih said...

klinik dr faridah kat menara o jugak ke john? :D

Februari 01, 2010 5:48 PTG

 
Blogger Corey said...

Dulu.Gua pun selalu lepak kat warung MO bang.Paling tidak pun lepak main games kat plaza(ke pasaraya???) OTK.Hahaha....Duluuuuu.

P.s: Buah kelapa tu semua boleh pungut.Parut.Bisnes santan buat modal buat buku. Hehehe....

Februari 01, 2010 7:37 PTG

 
Blogger kingbinjai said...

O? S? aaaa OS ke?

Februari 01, 2010 10:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Lizz,
Panadol lai laaa!

Nad,
I beli 1 papan Panadol. You boleh kongsi dengan Lizz.

Sep,
HU HA HU HA gua punya ketawa.

Pap,
Tak.

Kori,
OTK? Ha ha. Semalam gua lalu situ. :)

Jai,
OSX? HA HA.

Februari 02, 2010 9:08 PG

 
Blogger payed said...

bercakap dengan melaksana memang tak same kan chua? kan ustaz zul? kan naga?

Februari 02, 2010 2:44 PTG

 
Blogger wahyun said...

apa khabar menteri yang gedebuk gedebak beraksi di pentas program di hulu S?

Februari 02, 2010 3:16 PTG

 
Blogger Lelaki Autumn said...

heheheheh..

Februari 02, 2010 3:44 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

menara o tu air karat? kat negeri k yang naik minyak ke... dulu situ je tempat air karat... kat tempat lain... suci murni pemeringkatan dua kali...

Februari 02, 2010 4:57 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Payed,
Entah! HA HA.

Wahyun,
Kat mana tu?

Aut,
HA HA HA.

Chik,
Kat negeri yang tak moh terima wang insentif tu air karat tak kat rumah? HA HA.

Februari 02, 2010 5:26 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

wa tak pakai air kaja'an... air umah wa... suci murni pemeringkatan lima kali...

Februari 02, 2010 7:42 PTG

 
Blogger wahyun said...

alah...program kejuaraan yg baru2 ni dilancarkan di hulu S...ada menteri pungpangpungpang turun padang berduyun-duyun...ada mat teropong siap...dusyum dusyum rakyat bertolak-tolakan sbb nak salam menteri...hahahaa

pasni depa nak buat kejuaraan di kampung tanah tumpah darah radhi mat din ngan azraai khor pulak.
ajak tim sokernet pun OK gak tu...

Februari 02, 2010 10:26 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Chik,
HA HA. Air telaga rupa2nya!

Wahyun,
Rakyat bertolak-tolak sebab nak salam menteri? Wah, kalau macam tu - aku nak jadi menteri. :)

Februari 03, 2010 9:20 PG

 

Catat Ulasan

<< Home