Space Gambus Experiment: suatu experiment and experience
Eksperimen adalah ujian atau penyelidikan mengikut kaedah sains untuk mencari penemuan baru, untuk menguji sesuatu hipotesis (sesuatu pendapat yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan lagi) atau untuk membuktikan bahawa sesuatu andaian itu benar.
“Butttt,” kata guru Kimia gua, Mr. Cheah Sau Phang, “curiosity killed the cat, hah boys!”
Hal itu betul apabila pada suatu hari gua dengan gatalnya telah menyalurtakungkan gas dari penunu bunsen ke dalam singki dan meledakkannya dengan pemetik api (dan letupan itu nyaris membunuh kami semeja).
Sejak kejadian ‘Ka-boooom!’ di makmal itu, ketahuilah oleh gua bahawa ciri-ciri seorang anarkis itu memang telah sedia wujud dalam diri sejak gua bersekolah sains lagi.
KOMA
Eksperimen juga adalam percubaan terhadap sesuatu yang baharu dan yang berbeza.
Album muzik New Age pertama yang gua miliki adalah album Andreas Vollenweider: Dancing With The Lion yang gua gunakan sebagai alat penguji bunyi ketika gua memilih-milih hi-fi yang paling tip-top untuk dibeli.
Langkah pertama ini berpanjangan apabila gua juga akhirnya mengumpul beberapa buah lagi album muzik New Age/Ambient/Electronic Music/Psychedelic/Kraotrock/Progressive Rock/World Music dari pemuzik-pemuzik seperti Tangerine Dream, Vangelis, Mike Oldfield, Kitaro, Peter Gabriel, dan Karunesh (gua sengaja tak bubuh nama Pink Floyd sebab lu orang dah biasa dengar nama tu walaupun lu orang tak pernah dengar muzik Pink Floyd pun) (dan entah mengapa, gua tidak pula menggemari Jean Michel Jarre dan Yanni).
Spacemusic adalah cabang muzik New Age dan muzik Ambient yang menggambarkan muzik yang terbangkit dari perasaan yang terpantul hasil daripada bunyi-bunyi yang dicerap dari angkasa lepas.
Space Gambus Experiment (SGE) adalah album muzik New Age Fusion yang pertama di Malaysia. Album muzik yang bercabangkan Spacemusic ini mengandungi lagu-lagu seperti Pengembara Cahaya, Lily Wave Mekanik, Sonik 46 Kosmik, Fizikali Real, Gerhana, Panglima 9, Dari Dalam Kalbu, Semesta Kuanta, 7 Ruang Ksong, dan Pulang Kekanda Bulan.
Ketika menyelusuri kosmos, telinga Kamal Sabran tertancap pada bunyi-bunyi yang tidak pernah didengarnya sebelum ini, lalu curiosity-nya pun terbangkit.
Sampler-sampler tersebut kemudiannya disusun lalu menghasilkan entahkan motif entahkan frasa. Seterusnya diadun dengan muzik akustik elektro dan terhasillah gubahan melodi yang dia suka.
Merasakan seperti ada yang terkurang, Kamal Sabran menyulam melodi separa lengkap ini dengan deting-deting temali gambus dan oud Zulkifli Ramli (Dewangga Sakti). Tidak cukup dengan itu Kamal Sabran telah mengadun beberapa lagi sampler dari teman-teman pemuzik online-nya demi melampias libido artisnya yang tidak pernah puas-puas. [Libido? Jahaneeemmmm lu, Kamal!!!!] Lalu, unsur pun menjadi sebatian!
Gua melihat SGE sebagai sebuah karya seni installasi yang diluar dari kebiasaan. Kamal melihat angkasa lepas sebagai kosmosnya; dengan bijak dia memetik dan menyunting dan mengolah bunyi-bunyi hasil cerapannya sebagai medium - lalu terhasillah album ini sebagai kanvas pernyataan seninya.
Seperti mana-mana ujikaji pun - ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kendati pun, langkah pertama perlu diambil. Dan, langkah pertama Kamal Sabran ini adalah betul dan tepat. SGE adalah experiment and experience (xnx) Kamal Sabran dan Zulkifli Ramli dalam menghasilkan album New Age Fusion pertama di Malaysia. Perjalanan menghasilkan SGE itu bagaikan gula-gula buat mereka. Kadang manis, kadang masam, kadang pedas dan berangin sifatnya. Album ini mungkin biasa-biasa sahaja bagi sesetengah orang – tetapi, pengalaman yang dialami dalam perjalanan menghasilkannyalah yang begitu manis bergula.
Gua paling menyukai lagu Pulang Kekanda Pulang. Bagi gua, pemilihan tajuknya sahaja sudah terasa seperti memanggil-manggil.
Album Space Gambus Experiment ini harus dimiliki oleh semua orang, tak kiralah siapa-siapa.
Untuk membeli album Space Gambus Experiment ini – hubungi: kamalsabran@gmail.com
"Dr Faridah! You patut beli!"
Label: ulasan
23 Comments:
Curiosity killed the cat!
Kalau aku beli album ni, adakah ia akan membunuh'jiwa' aku?
ada jual kat Maskara 19 tak. Seperti biasa, aku suka kaedah konvensional dalam hal membeli dan BLAH
Januari 22, 2010 10:50 PG
Curiousity really killed the cat? Rasanya dia dapat Saba shio dari dapur tu bang.Tanpa dikesan oleh tuan rumah. Dan ada masa gua rasa goodbye to romance Randy Rhoads lebih manis dari nescafe tarik kaw-kaw restoran mamak.Juga ada masa gua boleh luka & cedera parah bila mamat Hideto Matsumoto petik-petik Tears secara unplugged.
Januari 22, 2010 11:33 PG
bos naga
ini entry terbaik semenjak gua berkecimpung dgn blog sinaganaga :)
>>shoegazing juga adalah cabang cabang lagu dari angakasa lepas he he
Januari 22, 2010 12:00 PTG
Sejujurnya, ntah apa, yg ko tulih ni jargon benarlah buat aku. Yang aku paham benar. Ka-boom. heh heh. (Aku dapat cangkul masa kimia dulu)
New Age? Kosmos? Kut Ultraman Kosmos tu, tau ler aku...
SGE tu, kira berapa sekilo?
Januari 22, 2010 12:02 PTG
Water,
Itu kena tanya Zul DS le weh!
Kori,
Lu pernah dengar 'goodbye to romance' Dweezil Zappa & Lisa Loeb? Mantul gak weh!
Eh, selain XJapan - lu pernah dengar EZO tak? Pernah? Tak pernah?
Januari 22, 2010 12:06 PTG
Fredi,
Hoh - hok tu gua tak pernah dengar lagi tu. Bagi contoh albumnya! Gua gi cari.
SGE tu RM20 sekilo. :)
Januari 22, 2010 12:15 PTG
Terima kasih di atas ulasan,YM Sinaganaga. Kamal tidak dpt menjawab panggilan atau online kerana bertapa di Pulau Mutiara utk sesi pecah & basuh otak.
Oh ya! Lagu Pulang Kekanda Bulan itu dibikin satu dua take shj(sama dgn lagu2 lain) di dalam keadaan separa tidur (kerana terlalu letih pergi ke Ipoh dan rekod dlm masa dua hari,). haha
Water lily,
InsyaAllah,agen kami akan menjual Cd ini di Maskara.Harga RM20.Boleh rujuk http://kamalsabran.blogspot.com
Januari 22, 2010 12:23 PTG
bos naga..
tanya pipiyapong kalau2 dia ada kaset the verve..kalu xder,kasi penyepak satu kali kat dada dia he he
err ni contoh lagu shoegazing dari the verve
the verve - slide away
Januari 22, 2010 10:00 PTG
Lisa mana boleh gua abaikan bang...bakal bini gua tuKena dengar dia dodoi gua tiap malam :) EZO tak pernah dengar pulak.Loudness ada lah.Luna Sea ke, Oblivion Dust pun layan jugak.
Frank Zappa ngan Dweezil tu adik beradik sepusat sepusing ke bang ?Heheh
Januari 23, 2010 12:26 PG
Fred,
Pipiyapong la ni dah layan shufle - mmm, hairan betul gua.
Kori,
Anak beranaklah.
Januari 23, 2010 9:38 PG
i suka giler cara you promote....macam-macam ada.btw i suka kitaro...
Januari 24, 2010 4:21 PTG
kalau ada CD edisi terhad yg ada tandatangan penumpang angkasa pertama negara - dr. sheikh - adalah lebih 'cooool' kalu.
ataupun kalau ada 'gambus angkasa' (merujuk kepada 'space gambus') yg ori - gua yakin akan beli kedua-duanya skaligus.
fuh, maskara 19...aku menanti dgn sabaaaaarrr....temu janji dgn ana raffali lebih mengasyikkan.
yyyyyeeessss!
Januari 25, 2010 5:39 PTG
wohoo! trima kasih sinaga naga dgn review yang meletop sekuat letupan di makmal ! kaboom!
sory gua lambat baca, kerna baru pulang dari pertapaan. (nasib baik article ini belum basi, kalu tidak sakit perut gua)
jauh disudut hati gua, terharu dgn sokongan rakan rakan!
Januari 26, 2010 10:24 PG
apa yang penting ia DIY.
tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam. ewah. lebih2 pulak aku nih.
Januari 26, 2010 12:32 PTG
Mana mau dapat?
Januari 27, 2010 9:12 PG
Nadine,
I pun suke giler! HA HA HA.
Wahyun,
Jadi ke projek kolebrasi kita bertiga - gua, Raof, lu - Genderang Cengkerang Experiment tu, Jake? :)
Kamal,
Eh, macamana lu kasi kaboom lu punya lab tadi tu weh? Lu guna gas dari penunu bunsen tu juge ke, Joshua? [Wakakaka, Joshua!!!!!]
Raj,
Lu bila nak habis belajar kat lubuk UPSI tu, weh???
Khal,
Order onlien sama Kamal la. Weh, lagu depa tu lu buleh bikin lagu backgrounggg teater lu, wo!
Januari 27, 2010 12:38 PTG
Guys,
Bermula hari ni - selagi komen tak cecah lebih 20 - gua tak update blog! HA HA.
Januari 27, 2010 12:49 PTG
18)update la blog bro
Januari 27, 2010 2:45 PTG
19) update la blog bro
Januari 27, 2010 2:45 PTG
20) hehe dah cukup syarat. kau kena update sekarang jugak. kalo tidak kami semua pakat cucuh hang dgn penunu bunsen!
Januari 27, 2010 2:46 PTG
laporan kolaborasi FULLSTOP boleh jadi jika ada sindiket atau juak kali dua (baca: juak2) yang menaja FULLSTOP bola suka gaya kamal sabran buat ulasan blog FULLSTOP cukup syarat rakit masuk entri baru FULLSTOP terima dulu GANTI
Januari 27, 2010 2:49 PTG
Bro Naga, kalau u tak update hilanglah penghibur lara.....ha..ha.ha..ha..
Januari 27, 2010 11:02 PTG
|Baru nak berjinak-jinak dengan sinaganaga...baru...tapi dah terpikat...dengan penulisan bukan dengan insan...
pee/es: Aku tak berapa layan sangat musick new age dengan jiwa penuh liberal wahai |Yincik Naga pasal hatiku telah tertewas tanpa sengaja dengan lizard convention.
Februari 05, 2010 10:36 PTG
Catat Ulasan
<< Home