"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Januari 2010

Sol-Dagar Kereta Terpakai

Psst psst, Nordeen kata.

Hoh, apa hal, aku tanya.

Tak dapat gaji lagi ni, tak ada duit nak makan, Nordeen kata. Gua rasa gua terpaksa 'tolak' kereta gua ni... masih berkeadaan baik lagi ni, mau, Nordeen sambung kata.

Berapa nak 'tolak', aku tanya.

Lima dahlah, Nordeen kata.

Aku. Keluarkan duit kertas. Lima ringgit. Dan. Hulurkan kepada Nordeen.

Nordeen. Keluarkan Jaded 'Hot Wheels'. Masih di dalam kotak lagi. Dan. Hulurkan kepada aku.

Kunci kereta, aku tanya.

Eh eh, lupe lupe, Nordeen kata, aaa... tak mau tukar nama kat JPJ sekali ke Jimmy?

24 Comments:

Blogger sinaganaga said...

First! HA HA.

Januari 28, 2010 11:29 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

Second! HA HA.

Januari 28, 2010 11:39 PG

 
Blogger KiLaT said...

mangkuk pinggan betoi... hang buat gua tak tahan nak tungging buyung.

Januari 28, 2010 11:39 PG

 
Blogger Water Lily said...

Benci...benci..

:D

Aku nak first!

Januari 28, 2010 11:41 PG

 
Blogger Water Lily said...

Bang kau ada simpan lagi tak buku Fumiko Emchi tu..kasi la aku pinjam.

Merata aku cari,tak jumpa weh!

Januari 28, 2010 11:43 PG

 
Blogger Corey said...

Hahaha....Hot wheels tuuuuuu

Januari 28, 2010 12:21 PTG

 
Blogger KeMatZ said...

hilang mengantuk aku bro... HA HA.. :P

Januari 28, 2010 2:09 PTG

 
Blogger Anoneemus™ said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Januari 28, 2010 2:34 PTG

 
Blogger Anoneemus™ said...

Klu hang sengkak nanti jual kat kita tau kereta tu..

Januari 28, 2010 2:35 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
Second hand? :) HA HA.

Lat,
Hang pi tunggin buyun sekarang! Pi! HA HA.

Water,
Aku manalah rajin baca buku... HA HA.

Kori,
Ya. :)

Kem,
HA HA.

Januari 28, 2010 2:36 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Anoni,
Sengkak = hok jenis sakit2 perut tu ek?

Januari 28, 2010 2:38 PTG

 
Blogger wahyun said...

cit...apa punya taktik turrr...

Januari 28, 2010 4:48 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

ko ni! memang hawau! dasar lintah darat.

agak agak lah..

kesian member tu. sikit sangat lima tu. kawan tu nak buat makan brader...


tolak kat aku, tiga nak?

Januari 28, 2010 4:56 PTG

 
Blogger papillon putih said...

heheh. lawak :D

Januari 28, 2010 5:47 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Wahyun,
Tektik jual kereta tak pakai lawyer. :)

Sep,
Dah dia minta 'lima'...

Pap,
Ini cerita sedih wo! Kepincangan masyarakat. Kesengsaraan kaum pekerja. Ho!

Januari 28, 2010 5:58 PTG

 
Blogger papillon putih said...

walaupun sedih, unsur humor tetap ada. :)

samalah kita bonus takde. saya prihatin!

Januari 28, 2010 6:33 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

aku ada ferrari. haha

Januari 28, 2010 8:36 PTG

 
Blogger patungcendana said...

colour apa?

Januari 28, 2010 10:22 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pap,
Siap buku teks ni - dapat RM180++ juta wo. Takkan tak ada bonus juga, babe? He he.

Dug,
Warna merah? Ke warna pink?

Cen,
Body hitam. Make up biru putih.

Januari 29, 2010 8:43 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Dia boleh tukar kaler tak kalau musim sejuk?

Januari 29, 2010 9:20 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

RM5. Ori ke tu?

Januari 29, 2010 3:02 PTG

 
Blogger Anoneemus™ said...

Tu sengkak perut..ni sengkak poket.

Januari 29, 2010 3:43 PTG

 
Blogger Anoneemus™ said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Januari 29, 2010 3:44 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Khal,
Hok ni tak boleh. :)

Purp,
Ori.

Anoni,
HAK HAK HAK.

Januari 30, 2010 10:23 PG

 

Catat Ulasan

<< Home