Kemeja T 'Perawan'
"Bibir siapa ni?" Pyanhabib tanya. "Bibir Ana Raffalilah, banggg!!!" Gua tipu Pyanhabib. HE HE. Gua tengok Pyanhabib macam percaya saja dengan percakapan gua.
Hari tu, Pyanhabib ajar gua cetak kemeja T. Pyanhabib suruh buat macam tu macam ni macam tu macam ni. Gua kata, "Ok, bang!". Setiap satu reka bentuk kemeja T tu unik. Ada yang cetakannya sememeh, ada yang cetakannya berbelang-belang, ada yang cetakannya tak berapa nak melekat elok, et cetera. Al-maklumlah perusahaan kecil dan sederhana! HA HA.
Selepas tu Pyanhabib keluarkan tiga empat bungkus makanan yang dia bawa dari rumah. Ada nasi goreng dan ada spaghetti. "Bini gua masak", Pyanhabib kata, "untuk lu kasi perabehhh!" Gua kata, "Ok 'ja".
KOMA
Hari ni, Danielle Corleone suruh gua ajar dia cetak kemeja T. Tetapi, gua suruh dia belajar dengan Pyanhabib sahajalah, "Lu pergi belajar dengan abang Pyanhabib, weh! Kalau lu belajar dengan dia... ada makan-makan percuma!"
HA HA.
Iklan: Dapatkan kemeja T 'Perawan' anda sekarang! SMS ke 013-3635725 (SMS sahaja tau!)
11 Comments:
nice t shirt
Mac 08, 2010 12:02 PTG
ok jg idea perusahaan kecil ni haha!
Mac 08, 2010 12:18 PTG
Punggah!
dedulu, asal musim ular sawa, sana sini org tangkap ular sawa.
asal musim buang anak, sana sini keluor berita bayi dijumpai.
la ni, musim tshirt ler pulak.
Pyan, tok rimau, ni lu pulak...
berjangkit rupanya benda ni!
Mac 08, 2010 2:01 PTG
Lis,
Eh, tak teringin ke nak perform baca sajak kat Maskara?
Amora,
Ha ha.
Sep,
Eh, gua tak buat t shirt ni. Gua belajar cetak t shirt 'ja. Kalau lu nak beli kat gua - gua memang tak jual! Kalau nak beli - SMS itu nombor.
Mac 08, 2010 2:07 PTG
berapa harga?
Mac 08, 2010 2:55 PTG
Abang Pyan dah set nak ajar gua!
Mac 08, 2010 3:01 PTG
aku nak belajar gak, bengkel hari apa?
Mac 09, 2010 2:16 PG
Itu pun kira 'rare item' jugalah kan....
Mac 09, 2010 9:03 PG
dh mcm IKS pulak skg ni...
silap2 nnt jd SDSI - satu daerah satu industri...yg T-shirt ni wakil dr daerah mana ek tuan?
hahaha!
Mac 09, 2010 10:39 PG
alamatnya danielle akan buat baju hari-hari kerana malas nak memutar mesin basuh hahaha
Mac 09, 2010 11:24 PG
time MASKARA 20 agak2 ada lagi ke tshirt ni?
Mac 16, 2010 3:41 PTG
Catat Ulasan
<< Home