Fiksyen cinta tak kesampaian gua dengan akak baju kurung biru (pegawas)
Gambar: Akak baju kurung biru semasa hari sukan.
Makmal Fizik Tingkatan Lima itu terletak bertentangan dengan Makmal Sains Paduan Tingkatan Tiga. Jarak di antara kedua-duanya lebih kurang 10 meter. Dan, ia hanya dipisahkan dengan satu kawasan berumput yang tidak berapa nak berumput.
Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu panas. Dan menggetarkan. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.
Gua sedang menulis sepucuk surat:
Kehadapan akak baju kurung biru,
Apa khabar akak? Saya harapkan akak sihat sejahtera walaupun sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
Tujuan saya menulis surat... *padam* ...warkah ini adalah untuk berkenal-kenalan dengan akak dengan lebih dekat lagi. Saya berharap agar hasrat saya yang suci murni ini diluluskan... *padam* ...dapat akak pertimbangkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
*nama gua*
Kemudian, ada seorang kutu kelas gua sudah tambah ayat di bawahnya:
Putus tali boleh disambung, putus kasih dot dot dot.
[Mmm, macam gampang juga bunyinya 'status' surat gua ni!]
Gua lipat surat gua jadi jet pejuang. Gua hulur tangan gua yang sedang memegang jet pejuang ke luar tingkap nako Makmal Sains Paduan. Bila akak baju kurung biru beratur nak masuk Makmal Fizik itu nanti - gua nak lancarkan jet pejuang ni, getus gua dalam hati.
Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu mengetarkan. Dan panas. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.
Beberapa ketika, kelihatan akak baju kurung biru dan teman-teman sekuliahnya [Sekuliah? HA HA] yang berbaju kurung putih berjalan ke Makmal Fizik sambil menekup dada dengan lab book. Dengan cepat-cepat gua melancarkan jet pejuang di tangan. [Well, apalah sangat yang ada pada daya berpotensi 'sendi tangan cuma boleh gerak kurang daripada 45 darjah sahaja' yang dikenakan kepada jisim 0.1 kg untuk memecut dari Makmal Sains Paduan ke Makmal Fizik!]
Jet pejuang meluncur. Kemudian dengan perlahan-lahan membelok dan berpusing ke arah di mana asal ia datang. Kemudian ia jatuh di kawasan berumput yang tidak berapa nak berumput.
Akak baju kurung biru sudah nampak. Akak baju kurung biru sudah panggil-panggil gua dengan jari telunjuknya.
"Hah adik rambut afro! Jangan buang sampah merata-rata ya! Mmm... akak 'ambil nama' nanti baru taoooo!!!" Akak baju kurung biru sudah cakap. Tangan gua masih terkulai di luar tingkap nako Makmal Sains Paduan. Pegun dan membatu. Seperti tugu.
Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu panas. Dan menggetarkan. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.
Tetapi yang peliknya, tiba-tiba pula gua rasa dingin. Dingin macam sedang mengemam gula-gula Hacks.
31 Comments:
perghh .. superb .. masih dikenang
1st love ker bro??
sy bkn dgn akak senor tp ngan adik junior ..kekhkehekek
Februari 26, 2010 5:44 PTG
Gua? Gua syak dengan cikgu tak berapa senior.
Gua syak!
Februari 26, 2010 7:22 PTG
peh !
dapat perhatian dari mata ke mata pun dah cukup baeeekkan ?
Februari 26, 2010 7:24 PTG
not bad bro naga...tu dah brp tahun punya cerita.i agreed dgn yaman..superb!
Februari 26, 2010 9:05 PTG
Ymn,
Bukan 1st love. He he.
Water,
Lu syak ke lu syok?
Tera,
HA HA.
Nad,
Ya, akak baju kurung biru tu memang superb. Ha ha.
Februari 26, 2010 9:11 PTG
aku musykil..yg mana lebih jelas dalam ingatan??jet pejuang yang gagal berjuang kah atau bee dees (yg kau guna sebagai modal imaginasi dlm bilik mandi lepas balik sekolah hari itu ketika shower)..hahahaha
Februari 26, 2010 11:53 PTG
Fiksyen ke tak ni...bang?Gua pun pernah try juga buat mende alah ni.Gua try bagi kaset 'rampage' search.Ingat nak bagi dia dengar lagu 'asli dan tulus'.Dia bagi gua balik cd tu selepas 2 hari.Sekali dia tulis note selit dalam kaset tu suruh gua dengar 'bertopeng cinta'.Gua masih tak faham apa motif dia sampai sekarang.
P.s: Mende ape dalam tong hitam tu bang? Busur panah?
Februari 27, 2010 1:24 PG
hehe.. zaman sekolah dulu sibuk ngan adik angkat, kakak angkat...
Februari 27, 2010 8:19 PG
caya lah. aku suka n3 ni
Februari 27, 2010 1:38 PTG
macam lagu kharil johari johar je... separang kurung biru... kikiki...
Februari 27, 2010 2:09 PTG
laaa aku kan blh jadi posmen, mcm posmen en mli utk nita ahmad dulu...
taklah akak baju kurung biru panggil kau adik rambut afro... hehhehe
nak sms akak yg tak pakai baju kurung biru dah lagi utk baca entri ni lah... hahahaha
Februari 27, 2010 2:32 PTG
Tatsu,
BeeDees! He he.
Cor,
Gua pun tatau apa ada dalam tong hitam tu.
Kemat,
Gua tak main tu semua.
Bru,
Ha ha.
Chik,
SePASANG la weh!
Den,
Next time gua tulis fiksyen pasal Christina Cheng, Chung Wai Ling, dan Lim Bee San pula. Ha ha.
Februari 27, 2010 6:41 PTG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Februari 28, 2010 1:41 PTG
comel akak tu
Februari 28, 2010 1:41 PTG
superb!...
Februari 28, 2010 9:22 PTG
Lab book akak tu mesti menawan, kan?
Mac 01, 2010 12:19 PG
roket ek? aku penah buat gak, tapi cantekkkk jek landing dpn lecturer kat depan tgh besarah!
Mac 01, 2010 8:18 PG
Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu panas. Dan menggetarkan....tiba2 aku ketawa sedirian...leha kebaya jarang?...tak tahan!!!!!
Mac 01, 2010 9:23 PG
Dug,
Ofkos!
Lon,
Ofkos!
Niz,
Ada gambar Duran-Duran kalau tak salah aku.
Asu,
HA HA. Kena piat telinga tak?
Cend,
HA HA HA!
Mac 01, 2010 9:55 PG
afro?wow..i like.
Mac 01, 2010 11:12 PG
O, kau memang suka yang lebih senior sedikit dari kau la ni ek...
Mac 01, 2010 11:46 PG
"Saya suka kalau you... *padam* ...akak dapat jadi kakak angkat saya. Nanti bolehlah dating... *padam* ...makan roti krim sambal ikan bilis di kantin sama-sama."
Heheh.
Mac 01, 2010 1:12 PTG
Zam,
He he.
Purp,
Cuba kau tgk muka akak baju kurung biru tu - macam muka Siti Nurhaniza tak weh?
Pap,
Roti Krim Sambal Ikan Bilih? Wakakakakakakaaa.... Zaman tu, itu sahaja yang kami mampu beli. Oh, kalu nak beli roti canai - kena Q!
Mac 01, 2010 4:19 PTG
oh cinta...
Mac 01, 2010 10:52 PTG
peeewwwiiittttttt!!
Mac 02, 2010 9:52 PG
Terbaik!
Ko ni buat aku flash back ajalah.
Ya. Aku pun dulu ada crush kat pangkat kakak, sama naik bas sekolah ni dulu. Tapi 'fail'.
Ko kira best la jugak ada gambo.
Jeles aku.
p/s: dah brapa anak akak tu nijam?
Mac 02, 2010 3:42 PTG
wau!
entri taman bunga! i suka nih. bleh hilang rasa seram selepas membaca 'kekah'!
Mac 03, 2010 12:51 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mac 03, 2010 5:08 PTG
anak ikan tua....bro hahaha... aku ingat lagi kawasan kawasan berumput tu...
Mac 03, 2010 5:10 PTG
Amin,
Ini cuma fiksyen.
Yob,
Weh, ada mana? Melaka?
Sep,
HA HA.
Wahyun,
H ehe.
Bai,Taman Bio tu masih wujud lagi. Dalam kolam Bio tu masih ada kura-kura dan ikan. HA HA.
Mac 04, 2010 9:44 PG
bang naga
mane lagi. melake ler..mane lagi?.
Mac 05, 2010 12:26 PTG
Catat Ulasan
<< Home