"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Mac 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 5

Dulu dulu mana ada Facebook (yang membolehkan orang kemaskini status mereka selang 10 minit sekali).

Dulu dulu mana ada Transformer, Gaban, Power Rangers, dan Blocker Corps Machine Blaster... kalau ada pun - aaa, Giant Robot! Ini pun kena beli di kedai permainan di tepi taxi stand Kuantan.

"Permainan tu Nuar buek sendiri," kata mak Nuar, "Ni permainan budak-budak kampung, yoh... budak-budak banda tak main permainan daripado batang pisang, dohhh!" (Cuba perhatikan - kendatipun emak Nuar bercakap dalam loghat Negeri Sembilan tetapi tatabahasanya betul. Ha ha.)

Aku amati setiap rinci kereta lumba daripada batang pisang yang Nuar buat. Kemas sungguh hasil kerjatangannya. Kemudian, aku pandang Nuar. Nuar angkat-angkat kening. Aku pun angkat-angkat kening. Nuar jempul ibu jari kanannya yang halimunan (ibu jari kanan Nuar kudung terkena sabit). Kami mengekek-ngekek macam pontianak tercabut paku di tengkuk.

"Jom!" kata aku, "Kita buat Giant Robot!"

KOMA

Petang itu, aku dan Nuar kena sesah dengan rotan sebab..., "Ompek batang pokok pisang den tumbang, Tok Sarip! Budak-budak duo ekor ni kobakan... nak buek Jayan Robot apo kobondo ontah!" lapor ayah Nuar kepada Pak Long Sharif.

"Golo de eh!"

Label:

15 Comments:

Blogger dugongsenyum said...

batang pisang ni aku karate2 je selalunya. lepas tu bapak aku (arwah) karate aku pulak

hahaha

Mac 26, 2010 11:31 PG

 
Blogger aliff muhammad said...

Yo bona Bang nago! Sampai ompek batang pisang ditumbangkan. Golo boto! Ha!ha!ha!ha! Jongkeh den golak dopan pc baco cerito bang Nago ni.

Mac 26, 2010 11:37 PG

 
Blogger .:HalogAmora:. said...

idea tu bagus, adventure n challenging tapi dah tau nk buat projek knp x mintak approval dulu. so kawan2..hati2 dgn idea sinaganaga. ha ha ha ha! *lariiii*

Mac 26, 2010 11:53 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Dug,
He he.

Lip,
Den pun jongkeh golak maso menaip entri ni. HA HA HA HA HA.

Amora,
Pisang banyakkkkk! Tobang ompek bukannyo luak doh! Hari ni tanam, esok dah mencanakkkkkkkkk yo tumbuh! HA HA.

Mac 26, 2010 12:03 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Aku faham keadaan tu.
Sedihnya..

Tumpang simpati.

(pada pisang tu.)

Kalau aku jadi pisang tu pun, konpom aku menyumpah seranah bebudak cam ko ni! Tak guno punyo budak! Ado ko batang den dibueknyo robot? Apo, dah abih ko gasing cino tu?

Tak berati porut boto!

Mac 26, 2010 12:26 PTG

 
Blogger Baby Tiger said...

woohoo gigih nak wat JAYAN, sampai 4 batang pisang!

Mac 26, 2010 12:27 PTG

 
Blogger Melissa With Poetry said...

:) senyum je.

Mac 26, 2010 3:39 PTG

 
Blogger chegu izwan said...

nasib takdo transformers lagi time tu.kalu tak,jenoh!hahaha!

Mac 26, 2010 3:43 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sep,
Kat Pasir Besar - gasing Cino pun takdo! HA HA. Ulu! Bak kato orang Pasir Bosa - "Palong!" HA HA.

Baby,
Nak buat jayan memang kena guna 4 batang pokok pisang. Tu pun kira jayan bersaiz kecil tu! HA HA.

Mel,
Amboi mak, manis sungguh senyuman Milah Batu Kikir ni! Hi hi.

Wan,
Kalu transformer - mau cecah 40 batang pokok pisang. Jam tu - rotan je tak poi doh - mau kono balun dengan pelepah sawit, weh! HA HA.

Mac 26, 2010 3:59 PTG

 
Blogger Nadine said...

adventurous sungguh bang naga ooi...

Mac 26, 2010 8:31 PTG

 
Blogger Pa'chik said...

sayang takdo kamera maso tu... tidak boleh la nengok jayan robot tuh...

rugi jugak maso tu takdo potandingan robotik peringkat kobangsaan doh... tidak dah boleh monang dah ekau jang...

Mac 27, 2010 9:56 PG

 
Blogger Rajuna said...

kalau dapat kat aku..ha meh sini..batang pisang giant tu sekali dengan parang..bukak suar!(khatan secara live)

Mac 27, 2010 9:58 PG

 
Blogger k0m4nd3r said...

Golo memang golo.. ingat maso kocik dulu kono ghembat pasa taghah kobun kelapo orang utk buek gazebo maso kemping pengakap zaman sekolah ghondah maghin.. Dokek padang sekolah Pasir Bosar.. :D

April 09, 2010 12:08 PTG

 
Blogger Amir Yusoff said...

teringat eden tumbangkan batang pisang nenek den sobab tak tahan marah eden kena pakso masuk skolah asrama 10 tahun lopeh:)

April 14, 2010 3:02 PG

 
Blogger ironangel said...

seronok baca entri ni.berdekah gelak sambil minum teh tarik mamak kaw kaw punya

April 16, 2010 11:55 PG

 

Catat Ulasan

<< Home