"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

31 Mac 2010

HOW TO TRAIN YOUR DRAGON

The First Great Movie 2010!



Pembuka selera
Saya pernah memberitahu DeanSham bahawa jika adalah anugerah untuk kategori cerita terbaik pada anugerah Oscar yang baru lalu – saya memilih Up (Pixar) patut menang!

Dan, jika adalah anugerah Oscar untuk kategori yang sama pada tahun hadapan – ya, saya memilih How To Train Your Dragon (DreamWorks) patut menang!

How To Train Your Dragon (HTTYD) adalah sebuah filem fantasi-animasi berkomputer berdasarkan adaptasi ‘longgar’ dari sebuah novel untuk kanak-kanak karya Cressida Cowell.


Sinopsis
Pada suatu masa dahulu, di sebuah petempatan kecil di pinggir laut bernama Berk, tinggal sekumpulan Viking. Tiada lainlah pekerjaan mereka itu selain daripada berhias diri (menocang misai, janggut, dan rambut sama seperti Viking-Viking di petempatan lain jugalah adanya), memakai baju besi ke hulu ke hilir, memakai topi keledar bertanduk seladang, menjadi pelayar agung ke seantero benua, menternak biri-biri untuk sumber protein, dan bergaduh dengan sekumpulan naga.

Ada pun kumpulan Viking itu diketuai oleh seorang pahlawan yang old-school dan yang juga merupakan seorang duda bernama Stoick the Vast. Si duda Stoick mempunyai seorang anak lelaki bernama Hiccup. Tidak seperti remaja Viking lain seusianya, Hiccup adalah seperti apa yang pernah dikatakan oleh Encik Jackie Chan, “"When Bruce Lee kick high, I kick low. Where he goes 'arrgh', I go 'whoosh!'"

Ketika remaja lain beria-ria membantu orang tua mereka mempertahankan Berk daripada serangan sekumpulan naga, Hiccup lebih gemar melepak di bengkel Seni Perusahaan; mencipta pelbagai jenis instrumen. Di bawah pengawasan seorang Pengarah Bahagian Latihan Viking bernama Gobber the Belch (yang kudung sebelah tangan dan sebelah kaki), si kelembai Hiccup meneruskan cita-citanya menjadi seorang pereka bentuk industri dan hal ini sedikit sebanyak telah menjadi liabiliti kepada si bapa, Stoick the Vant, yang mahukan anak lelakinya menjadi pahlawan perang sepertinya.

Si duda Stoick akhirnya mengambil keputusan untuk menghantar Hiccup menjalani latihan ‘bergaduh dengan naga’ di sebuah institut pengajian tinggi awam, di mana tenaga pengajarnya adalah si kudung Gobber itu jugalah orangnya. Antara pelajar-pelajar yang turut menimba ilmu di situ adalah si gadis pengkid Astrid, si berlagak Snotlout (sepupu Hiccup), si nerda Fishlegs, dan si dua beradik kembar lelaki perempuan Ruffnut dan Tuffnut.

Ketika pelajar lain sibuk berlatih taktik dan teknik bergaduh dengan naga, Hiccup lebih selesa duduk membaca manual prosedur Dragonlogy yang diberikan kepadanya oleh si kudung Gobber. Di halaman akhir buku tersebut, tercatat nama sejenis naga, Night Fury. Malangnya tidak tercatat apa-apa maklumat tentangnya kerana Night Fury adalah sejenis naga yang paling pantas pergerakannya di dunia. Kehadirannya dalam sesi-sesi pertempuran di antara manusia dan naga bagaikan makhluk halimunan yang tidak tertancap dek mata. Jadi, manakan bisa manusia merakamkannya di helaian manual prosedur tentang naga!

Dipendekkan cerita, pada suatu hari, Hiccup telah terserempak dengan seekor Night Fury yang terperangkap di dalam jaring di dalam sebuah lembah. Dan, pada satu ketika, Hiccup mendapati Night Fury yang diberi nama Toothless ni mengalami kecacatan kekal pada bahagian tail rotor sebelah kirinya.

Sebagai King of Kaver… aaa… maksud saya, sebagai seorang pereka bentuk industri, Hiccup telah mencipta anggota palsu mekanikal bagi menggantikan tail rotor Toothless. Dan, advensers pun bermula.

Di akhir cerita, Ajami Hashim ‘tangkap leleh’ di dalam panggong. Di akhir cerita juga amoi yang duduk di sebelah saya sudah tidak lagi menyandar pegun di kerusinya dan dok la cakap, “Common! Common! Fasterrr, Johnnnn! Haiyak! Eeeeeeiiiiuuuuuu… Oooo, so sad maaa!” Ya, dan ada ketikanya saya rasa macam nak terajang sahaja si amoi yang asyik teruja pada setiap saat ini. Mmm…

Apapun, How To Train Your Dragon adalah sebuah filem yang best dan wajib di tonton! Saya bagi lima bintang (Dan, Nazim Masnawi akan kata, “Fuck ya, John!” HA HA) (Dan, Fadz al-Akiti akan kata, "Hang pi tengok Tooth Fairy!!!!?" HA HA).


Yang saya suka paling suka

- Babak pengenalan kepada watak-watak Astrid, Snotlout, Fishlegs, Ruffnut dan Tuffnut yang berlatarbelakangkan api letupan. Cat strut si Astrid sangat menggoda. Dan cara Shorlout, Fishlegs, Ruffnut, dan Tuffnut enter frame sangatlah macam cilake!

- Babak si duda Stoick menghadiahkan topi keledar bertanduk seladang yang diperbuat daripada sebelah ‘cup’ sarung tetek isterinya kepada Hiccup. Sepatah kata si duda Stoick, “Topi abah ni pun diperbuat daripada sebelah ‘cup’ sarung tetek mak kau dan abah selalu memakainya kerana abah ingin sentiasa merasa dekat dengannya!” Oh, sungguh manis dan sungguh bersifat kebapaan sekali si duda Stoick ini.

- Babak Viking sedang bersiap sedia dengan bala tentera untuk pergi bergaduh dengan naga di sarang mereka. Bird eye view shot yang menyorot dari dari atas cerun bukit sehingga ke bawah perlabuhan yang menempatkan kapal-kapal perang Viking sungguh mengasyikkan.

- Babak terbit bibit-bibit percintaan Hiccup dengan Astrid. Astrid menumbuk bahu Hiccup kerana membawanya lari (terbang bersama-sama Toothless) tetapi mencium pipi Hiccup kerana sebab yang sama (terbang bersama-sama Tootless) kemudiannya. Ya, amoi di sebelah saya kata, “Ooooh! How sweeeetttttt…”

- Babak Stoick the Vast merobohkan dinding gunung sarang naga yang menempatkan abah segala naga, Seadragonus Giganticus Maximus. Komposisi dan sinematografi yang cantik.

- Babak Hiccup menyelamatkan Tootless, dan babak Stoick menyelamatkan Hiccup dan Tootless, dan babak Tootless menyelamatkan Hiccup khasnya dan kumpulan Viking di Berk amnya. Babak kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Ya, saya percaya, selepas babak peperangan terakhir inilah Ajami Hashim telah melelehkan airmata jantannya. *Ahaks* Ya, amoi di sebelah saya masih kata, “Ooooh! How sweeeetttttt…”

- Babak di mana anggota palsu bagi menggantikan tail rotor Tootless musnah dalam pertempuran itu. Babak di mana Astrid, Snotlout, Fishlegs, Ruffnut dan Tuffnut berganding bahu dalam usaha untuk menghapuskan Seadragonus Giganticus Maximus. Menggetarrrrrrkan!

- Reka bentuk karaktor naga terrible-terror sangat comel dan nakal, ha ha. Naga-naga lain adalah dari specis monstrous-nightmare, hideous-zippleback, gronckle, dan deadly-nadder.

- Rinci pada kapal Viking. Siap ada teritip-teritip yang melekat pada bahagian bawah kapal. Pergh!


Pemanis mulut
Sepatah kata Hiccup, “Everything we know about them is wrong! Learn them and you’ll know.”

Sepatah kata saya, How To Train Your Dragon bukanlah filem tentang manual prosedur kerja bagaimana untuk menjinakkan naga kepunyaan anda, tetapi HTTYD adalah sebuah filem tentang jangan kita menidakkan pandangan atau idea orang yang lebih berilmu kendatipun kita adalah si pembuat dasar! Pendek kata, menurut bijak pandai, "Ini adalah filem tentang bagaimana kita hendak mendidik hati kita untuk menerima idea mahupun pandangan dari orang yang lebih berilmu dan bijaksana daripada kita!"

HTTYD adalah sebuah filem yang cerdik dari segi jalan cerita, lakon layar, pembinaan watak, dan reka bentuk karaktor. Ilustrasinya cantik, menarik dan mempersonakan.

Oh, jangan lupa bawa tissue paper ketika menontonnya! Anda mungkin memerlukannya nanti. Untuk lap nista mayonnaise di bibir, misalnya.

"Hello amoi! Lagi banyak lu gerak-gerak atas lu punya kerusi - lagi banyak gua punya hotdog tak dapat masuk ke mulut, wo!"


Anekdot
Puan Ainon kata dia nak ikut saya pergi tonton filem ni. Saya kata, "Alaa... akak duduk rehat kat rumah sahajalah! Akak kan ke demam!" Puan Ainon kata, "Buweeeek!" HA HA.

27 Comments:

Blogger Unknown said...

First!

Mac 31, 2010 2:58 PTG

 
Blogger humaira balkiss said...

sinopsis yg sangat padat dan mudah difahami
sumpah.tertarik nk gye layan cerita ni
dan..hahaha
amoi sebelah you,kemain lagi emosional dye..
haha

first choice!
;)

Mac 31, 2010 3:11 PTG

 
Blogger Misya Idris said...

kalau ada anugerah untuk pengulas filem terbaek/penulis sinopsis terbaek di oscar, mesti abang leh menang! ;)

Mac 31, 2010 3:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Amora,
First Aid?

Ira,
Gi tengok, tak ramai orang tengok, sebab orang ingat ni cerita katun!

Bab,
HA HA HA.

Mac 31, 2010 3:26 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

mmg u patut dapat anugerah jugak naga...

Mac 31, 2010 3:50 PTG

 
Blogger Unknown said...

wah..kalau macam nih, saya pun mahu pergi tengoklah..

Mac 31, 2010 4:03 PTG

 
Blogger Ili Khalil said...

Masa nak ajak Mak tengok movie ni, Mak saya kata "Ni bukan movie ni, ni manual cara-cara mengajar,"

Tak tau nak gelak ke nak marah masa tu tau.

Mac 31, 2010 4:04 PTG

 
Blogger Ili Khalil said...

Ni movie trademark blog ni ke? Naga-naga ni?

Mac 31, 2010 4:04 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Nad,
Anugerah apa?

Mel,
Lu kena pergi tengok moiiii! Rugi kalau ter-miss!

Ili,
Ha ha ha. Dua-dua pun boleh! HA HA HA.

Mac 31, 2010 4:10 PTG

 
Blogger landaklaut said...

how to train sinaganaga? kehkehkhe.

nice review bro! blom pegi tengok. tak sempat. weekend ni pasti jenguk ke wayang. ^0^

Mac 31, 2010 4:21 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

Hmmm...bagus!! lepas menonton wayang ini nanti, aku pasti akan lebih tahu macam mana mahu mengajar naga aku..

sapa yang ajar ko naga?

Mac 31, 2010 4:46 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Lan,
HA HA HA.

Art,
Ade leeee! *ahaks*

Mac 31, 2010 4:50 PTG

 
Blogger Norizwan Azlan said...

huraian encik naga buat cerita jadi begitu menarik bagi saya.mula2 macam taknak pergi,tapi setelah diekspelen,rasanya kena pergi tengok gak ni.hahaha!

Mac 31, 2010 5:03 PTG

 
Blogger Nazri said...

haha...

Mac 31, 2010 5:10 PTG

 
Blogger fadz said...

tetap x nak tgk..

Mac 31, 2010 6:06 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Part yang lagi best kalau hang terajang amoi tu.

Mac 31, 2010 6:31 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

April 01, 2010 8:02 PG

 
Blogger asuhara sue said...

punyalah detail ulasan ni, sampaikan macam tak payah p panggung menengok lagaknya.

April 01, 2010 8:13 PG

 
Blogger Ajami Hashim said...

pecah rahsia gua leleh! hahaha!
gua suka HTTYD juga kerana 'kepercayaan' di antara hiccup-tootless..bak kata omputeh "simpan kekawan anda berdekatan, simpan musuh anda sgt berhampiran" gitu? :)

p/s: bro! apakata next time gua cadangkn kpd galatv astro awani jemput lu rebiu pulak..ada beran?

April 01, 2010 9:05 PG

 
Blogger Danielle_Corleone said...

Bos apa lagi masuk la Astro Awani bikin review filem. ha ha ha.

April 01, 2010 9:29 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Iz,
Ho, kena pergi! Gua ulas sikit saja ni, ada banyak lagi yang best.

Nazri,
Ha ha! :)

Fadz,
Takmoh tengok - sudahhhhhhh! He he.

Khal,
HA HA HA HA HA.

Asu,
Ulasan ni - exaggerate 'ja lebih! HA HA HA. Kena pergi tengok sendirilah, weh!

Ajami,
Tak mao la! Biar lu dengan Fadz 'ja buat kerja tu! Gua - camera shy! *ahaks*

Cor,
Gua nak masuk sayembara tahun ini. Sibuk! Ha ha.

April 01, 2010 10:09 PG

 
Blogger ayobkelubi said...

Naga tu ngan jumbo gajah biru mana best bang?

April 01, 2010 5:02 PTG

 
Blogger spyz said...

aku ajak shila tgk selasa aritu. "awak nj tgk tlg bwk budak2 skali.." alamakkk..
last2 tgk greenzone(cerita perang). bergelodak budak dlm perut bila scene letup2 ha ha..

April 01, 2010 6:25 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Yob,
Naga lagi best!

Spyz,
Ahad ni kau gi tengok! Foley meletup2 tak kuat mana!

April 01, 2010 6:39 PTG

 
Blogger Cikgooden said...

punya panjang ko puya ulasan....bila nak komen aku ingat ahmoi tu ja..apasal tak cepuk ja,... ge?..hahahha

April 02, 2010 8:17 PTG

 
Blogger Ana Dania said...

Baru tonton semalam. Seronok sangat. Comel naga yang bernama toothless itu. :p

April 04, 2010 3:59 PTG

 
Blogger lumachroma said...

lepas baca entry ni teruja nak tengok. terus booking dan malam tu juga terus pergi tengok (dalam 3D). sumpah, filem 'bagaimana melatih sinaganaga anda' ni memang seronok.

April 20, 2010 9:41 PG

 

Catat Ulasan

<< Home