Rahmat bahgia tuhan kurniakan
Malam tadi gua bermimpi.
Kawan gua, Rahmat Haron berkaraoke. Sambil mengibas rambut rasta look-nya ke belakang, dia berkata, "Saye cube, ye!"
Dulu, gigi gua, kunyah tebu pun steady saja. Kini, gigi gua, kunyah petai pun sakitnya bukan kepalang.
Dulu, bukan ada banyak stesen TV pun, bukan ada tayang MTV pun, bukan ada Lady Gaga yang 'explicit [sexual nature]' pun. Kalau ada pun yang hampir-hampir 'explicit' - M. Daud Kilau.
Dulu, bukan ada ASWARA pun. Kalau ada pun yang hampir-hampir ASWARA - Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Yang ada di APS - Idris Salam, Shamsuddin Mansor, Aris Aziz, Rafie Rahman, Amiruddin, Sani Mohd. Dom, Mazli Mat Som, Mustafa Yahya, Ismat Alang, Ghani Ahmad, Hamid Balai Seni Lukis, Amron Omar, dan Samjis Mat Jan - yang sudah menjadi semacam cikgu-cikgu dan abang-abang kepada gua.
Dulu, gua, Makmur Jantan, Aminah Abd. Rahman, Raja Nizam, Badrul Hisham (kurator Galeri Petronas), Azizah, Ila (isteri kepada pelukis Zulkifli Yusoff), Man Tiup-tiup (budak Bukit Sekilau, Kuantan), Zainal TJ, dan Meor Ahmad Fuad (Din Beramboi) melepak siang malam di APS. Cita-cita kami nak jadi pelukis!
Dulu, gua dan Meor miskin. Nak makan pun tak berduit. Kalau lapar - buah rambutan yang merah meranum di tepi bangunan APS itulah yang kami makan sampai kenyang. Apabila perut kenyang, hati pun senang - Zainal TJ akan bermain piano, Meor akan menyanyi lagu entah apa-apa, dan gua... ya, gua masih makan buah rambutan lagi. Meor selalu pesan, "Simpan-simpanlah sikit untuk esok, Jimi!"
"Dah tak ada dah kawan kita tu!" kata abang Ghani Ahmad yang gua jumpa di CM tadi, "Iyalah... ada orang suka dia, ada orang tak suka dia.... Serupa macam kita juga... ada orang suka kita, ada orang tak suka kita!"
Tiba-tiba gua teringatkan buku gua, Stingarden. 'Iyalah... ada orang suka, ada orang tak suka.... ada orang kata Stingarden lucah! Tapi, gua kata Stingarden tak lucah! Stingarden klinikal!'
"Relakslah, Jimi! Tuhan pun bukan semua orang suka, apatah lagi manusia biasa macam kita!" kata Nazri M. Annuar yang tiba-tiba muncul dan *plop* macam selalu-selalu.
Kawan gua, Rahmat Haron masih berkaraoke. Sambil mengibas rambut rasta look-nya ke belakang, dia menyanyi, "Rahmat bahgiaaaaaaaaa tuhan kurniakannnnnnn...."
Bermimpi gua tadi malam.
26 Comments:
first.
muahahahahahaha!
- vovin
April 08, 2010 1:45 PG
Setiap insan pasti merasa
saat perpisahan terakhir
dunia yang fana akan di tinggalkan
hanya amalan yang dibawa...
kan gua dah seram sejuk.
Adeh. Banyak dosa.
April 08, 2010 8:38 PG
kejap atas kejap bawah kejap atas kejap bawah *sambil angkat kening*
mcm giant wheel, kalau nk kata mcm eye on m'sia pun boleh juge.
April 08, 2010 8:49 PG
itulah hukum alam, ada yang suka dan ada yang tidak.
April 08, 2010 9:17 PG
Nazri,
Ahad ni aku nak guna 50mm je! Nak explore! He he.
Sep,
Seram sejuk? Nak demam rasanya tu.
Amora,
Ho, rasa macam nak cabut semua je; pakai gigi palsu! Tapi, rasa sayang pula. Nanti2lah, aku minta nasihat dan pandangan dari Dr Tuti dulu ya!
Mel,
HA HA HA. Weh, senang2 datanglah ke Maskara. Boleh bincang2 projek buku.
April 08, 2010 9:30 PG
adatlah bang, ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi aku rasakan, kau disukai ramai sebab kalu kau update satu ayat pun, orang akan komen.
Blog aku, beribu ayat aku tulis pun belum tentu.
Mesej kepada Vovin: Oleh, kerana akak tak sempat ke pesta buku hari tu, kalau ada Karipap2 Cinta di tangan kamu, tolong bawa satu untuk akak di bengkel 11/4 nanti.
Boleh?
April 08, 2010 10:52 PG
haters, lovers, dua-dua membantu kita untuk jadi lebih baik!
April 08, 2010 11:32 PG
pertemuan itu bersyarat dan perpisahan itu adalah mutlak
April 08, 2010 11:39 PG
Water,
Ha ha. Semua ini adalah fiksyen. :)
Baby,
:)
Art,
:)
April 08, 2010 12:38 PTG
Bagaimana Melatih Sinaganaga?
ha ha ha..
April 08, 2010 1:43 PTG
oo.. kawang hang tu.
April 08, 2010 2:14 PTG
mana satu yg mimpi, mana satu yang betul ni? mmm...
April 08, 2010 2:17 PTG
Khal,
Ahad ini, Nisah Haron akan melatih Sinaganaga! Jeng jeng jeng!
Mukh,
Ho la!
Dug,
Hidup ini - kalau tak fiksyen - mimpi! Dua tu je! Ha ha.
April 08, 2010 2:47 PTG
gua masih tak lupa mimpi gua yg gua cerita ke lu dulu. gua mimpi lu beli kereta baru. ntah apa kena mengenanya pun gua tak tau.
ha ha.
.
April 08, 2010 3:31 PTG
Mimpi yang panjang. Cerita fiksyen yang pendek.
April 08, 2010 5:09 PTG
jen. ada barang baik kat http://koleksizine.blogspot.com barang rare puunya! huhu. :p
April 08, 2010 10:34 PTG
tuan naga;
mati itu bukan main-main
jangan kita main-main dengan hidup
kota belud, sabah.
April 08, 2010 11:07 PTG
Dug,
Ha ha.
Dhani,
Rare!
Mora,
Dah mula mengajar dah? Apa jauh sangat? Tapi, Kota Belud lebih molek dari Sarikei atau Bario. Ha ha. Amacam, sumandak cun-cun tak, ustaz?
April 09, 2010 8:38 PG
Mimpi ada 2 jer. kalau tak basah, kering...
April 09, 2010 9:10 PG
stingarden ada romen-romen tak?
April 09, 2010 1:44 PTG
Bro Dragon,
sebab jauh ialah tidak dekat..haha.. memang cun-cun saja..tergugat aku haha.. kalu tak kawin lagi ni mmg kawin org sabah dah...
April 10, 2010 2:08 PTG
Dulu. masa aku belum tahu baca. Aku nyanyi: "Rahmat bahgia tuhan kuning yaka.." Ternyata apa yg aku lalui itu satu kesesatan.
April 10, 2010 5:58 PTG
eh, ada eh lagu versi karaoke yang rahmat nyanyi tu? ahaha!
April 12, 2010 10:15 PG
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
April 12, 2010 10:15 PG
sinaganaga:)
budak baru di sini
jangan lupa masuk ke blook saya
ameerocasablancas.blogspot.com
jumpa ya!
April 14, 2010 12:19 PG
siapa kata buku stingarden x best..best la saya da beli dan baca...
April 14, 2010 12:36 PTG
Catat Ulasan
<< Home