"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

03 Mei 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 7

Dulu-dulu, mana ada rasuah. Kalau Pak Long Syarif pergi ke pasar - Tauke Wong bagi sayur bayam percuma, Aya Batumalai bagi rempah kari percuma, Makcik Wok bagi ikan selar percuma. Pak Long Syarif ambil. Pak Long Syarif kata - ini bukan rasuah, ini tanda terima kasih orang banyak kepada polis kerana menjaga ketenteraman negara. [Dulu-dulu, dua orang anggota polis kena jaga satu Pasir Besar, pergh!] Kadang-kadang, apabila lalu di hadapan gerai Tauke Wong, Pak Long Syarif pura-pura jatuhkan duit kertas lima ringgit. "Wong! Ni - lu punya duit cicir!" Kira punya kira - rugi juga - sawi lima batang baru tiga puluh sen pada zaman tu. HA HA.

Dulu-dulu, Pak Long Syarif ada sepucuk pistol Hak Milik Kerajaan dan selaras senapang patah hak milik sendiri. Tetapi, Pak Long Syarif tak pernah tembak orang pun. Habis banyak - pistol Hak Milik Kerajaan tu Pak Long Syarif 'buat perhiasan di pinggang' sahajalah. Habis banyak - senapang patah tu Pak Long Syarif buat memburu napuh, kijang, rusa dan ayam hutan sahajalah. Cukup tahun, genap haul, Pak Long Syarif pergi memperbaharui lesen senapang patahnya di Balai Polis Seremban.

Dulu-dulu, mana ada budak berani keluar malam. "Dah maghrib ni! Masukkkkkkkkkk!" suruh Pak Long Syarif, "Nyamukkkk!" Dulu-dulu, jam lima petang dah mula bakar ubat nyamuk. Dulu-dulu, nyamuk memang suka hisap darah budak-budak. Kalau terlewat sahaja masuk ke dalam rumah - pung pang pung pang nyamuk tala kita punya bontot.

"HAH!!! KAN DAH BINTATTTTTTTTTTTT!!!” pekik Pak Long Syarif sambil menyapu minyak Geliga pada bontot aku.

"Kek Kuantan takdo doh nyamuk bosa-bosa kobau mocam ni, Pak Long!" beritahu aku.

"Tu Kuantan!" jawab Pak Long Syarif, "Ni Pasir Bosarrr! Nyamuk pun kono la bosarrr!"

Label:

16 Comments:

Blogger Unknown said...

ha ha ha.

Mei 03, 2010 12:29 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mora,
Dulu-dulu, minyak Kapak tak femes! :)

Mei 03, 2010 12:37 PTG

 
Blogger Papa said...

tempat aku pakai balsam rimau... dalam tin saiz 50sen warna merah menyala....

Mei 03, 2010 5:00 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha

Mei 03, 2010 5:44 PTG

 
Blogger artisticklytouch said...

masuk, nanti kena tembak!!!

Mei 03, 2010 5:58 PTG

 
Blogger Firol said...

tiger balm pun ok gak jeneral

Mei 03, 2010 8:27 PTG

 
Blogger Unknown said...

nyamuk kat kuantan kecil-kecil and sweet pasal tu tak payah pakai minyak geliga or minyak kapak tapi kena pakai minyak zirafah..bukan nama binatangnya aje besar, botolnyo pun bosar godang,like my late grandma used to say..ha..ha..

Mei 03, 2010 10:49 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Gel,
Tiger Balm - ada jual di Alor Akar sahaja. :)

Khal,
:) Hah, bila nak perform kat Maskara? - Kalau tak pernah perform kat Maskara - kodi!

Art,
Dia berada pada waktu dan tempat yang salah. :)

Fir,
Tiger Balm ada 2 jenis: 1. warna putih, 2. warna coklat. Hok baju coklat tu - kalau kena kat baju sekolah - jahanam!

Nad,
Dulu-dulu, minyak lintah tak ada lagi! HA HA HA HA HA.

Mei 04, 2010 8:46 PG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Ya ya. Aku ingat lagi minyak Geliga itu masa aku kecik-kecik dulu. Sekarang ada lagi tak ek...

Mei 04, 2010 8:55 PG

 
Blogger siew said...

minyak geliga...hahahahaada lg ke juai la ni?..
minyak geliga ni kalo sakit perut leh telan sket...

Mei 04, 2010 9:17 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

perghh...

pung pang pung pang dia punya sinikal entri ... baeekkk punya.

Bintat habis.


.

Mei 04, 2010 2:32 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

"Ha... Tulah pasal... Dah malam-malam tu, jangan keluar..." kata bapak Cath. Dia sambung lagi... "Hok kena gigit nyamuk, siapa yang susah? Mak & Ayah yang susah." (sambil sapu minyak geliga kat bont@t)... Haha!

Moral of the story - Adik-adik, JANGAN keluar malam-malam. Nanti kena GIGIT nyamuk.

Mei 05, 2010 5:16 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Purp,
Tatau la ade kat tak lagi. :)

Siew,
Titik atas sudu, campur sedikit air panas, minum! :)

Sep,
Well, itu pandangan akulah. Tatau lagi betul ke dak.

Cat,
HA HA HA HA HA. Bintat-bintat wo!

Mei 05, 2010 8:46 PG

 
Blogger pye:rudz said...

saya suka bau ubat nyamuk asap tu. sungguh nostalgic.

Mei 05, 2010 10:52 PG

 
Blogger Sayuti said...

nyamuk dekat kuantan tak besar. tapi bisa. nyamuk dekat kerteh, jenis mutan. kalau kena hisap darah, boleh jadi nyamuk-man. dekat bandar baru sentul tak kena gigit nyamuk. nyamuk yang kena gigit.

Mei 05, 2010 1:17 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Pye,
:)

Sayut,
La ni tiap-tiap demeh perasap Menara O dengan obat nyamuk. Kadang2 sampai tak sempat tutup pintu dah sembur dah.

Mei 07, 2010 8:41 PG

 

Catat Ulasan

<< Home