"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

30 April 2010

Cuti sekolah - aku balik ke rumah Mak Long Lijah di Pasir Besar 6

Dulu-dulu, bukan ada Kentaki.

Dulu-dulu, kalau nak makan ayam goreng - kena buat sendiri. Kena tangkap dulu. Kena sembelih dulu. Kena tunggu betul-betul mati dulu. Kena celur dengan air panas dulu. Kena buang bulu dulu. Kena buang perut dulu. Kena potong enam belas dulu. Kena hidupkan api dapur dulu. Kena tenggekkan kuali dulu. Kena tuang minyak dulu. Kena tunggu minyak panas dulu. Apabila minyak dah panas - baru boleh masukan daging ayam dan digoreng sehingga garing!

Nuar menyangga serkap dengan batang ubi berbentuk Y. Pada batang ubi itu Nuar ikat dengan tali rafia panjangggggggg. Pada hujung tali rafia yang satu lagi itu kami bawa masuk menyorok ke dalam kebun ubi. Lalu, kami menunggu dengan penuh kusyuk dan tawaduk.

"Makan ayam rebus kita hari ni!" kata Nuar sambil menggeropes tahi hidung kering di dalam lubang hidungnya. Nuar jempul ibu jari kanannya yang halimunan [Dia selalu lupa yang ibu jari kanannya telah kudung terkena sabit]. Aku jempul ubi jari kanan - tanda ‘yes!!!'.

Satu jam kemudian, aku terbangun dari lelap dan melihat Nuar sedang merebus kacang tanah di dalam tin Dumex kosong. Wah, wah, wah! Ayam goreng berhiaskan kacang rebus ni!

“Eh! Tapi... mana ayamnya?” tanya aku.

“Aku lupa nak tabur padi tadi!" jawab Nuar, “Makan kacang rebus sahajalah kita hari ni.”

...

Dulu-dulu, bukan ada Kentaki. Kalau dulu-dulu dah ada Kentaki - kan ke senang!

Label:

12 Comments:

Blogger tokselampitmalaya said...

first!

April 29, 2010 4:30 PTG

 
Blogger nadine said...

second..

April 30, 2010 12:23 PG

 
Blogger Vitamin said...

hahahha...

April 30, 2010 12:45 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Haha. Kalaulah berjaya projek ayam 'kentaki' ko hari tu.. aku ingat mau sekarang, kentaki gulung tikar...

gila ko! best giler aper ayam rebus jagung dalam tin dumex!

Fuhh. Power!

April 30, 2010 9:38 PG

 
Blogger tentangseseorang said...

hoh...takde umpan masaklah ehehehe

April 30, 2010 9:52 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Ayam tu hang tak lumur garam kunyit dulu ka?

April 30, 2010 3:43 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Sel,
:)

Nad,
:)

Vit,
:)

Sep,
Jagung? Ada jagung ke? Laa, apsal tak cakap!!!!!

Ten,
:)

Khal,
Nak rebus je - takyahlah lumur garam kunyit. :)

April 30, 2010 5:19 PTG

 
Blogger wahyun said...

pekena ayam golek pasar malam indera mahkota pun ok gak.

eh, ade ke ayam golek kt situ?

Mei 01, 2010 10:11 PTG

 
Blogger Cat Cat said...

Abang Naga,
Pada Cath, kacang tanah rebus lagi sedap. Nom nom nom nom.

Mei 02, 2010 5:57 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Wahyun,
:) MInggu ni aok balik Putrajaya tak weh?

Cat,
Kat US ada kacang rebus tak?

Mei 03, 2010 8:31 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

kalau dapat pun ayam tu, dah layak ke masing2 nak semelih ayam? haha

Mei 04, 2010 3:14 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

ehemmmmmmm...

Mei 07, 2010 12:12 PG

 

Catat Ulasan

<< Home