"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 Mei 2010

Lagenda Budak Setan [satu ulasan sesuci embun pagi]

PENDAHULUAN
Lagenda Budak Setan adalah sebuah filem tentang 'janji'. Tentang janji kita kepada mak ayah kita (Kita janji dengan mereka kita nak jadi doktor - tetapi akhirnya kita jadi graphics designer, ha ha). Tentang janji kita kepada diri kita. Atau tentang janji kita kepada kekasih kita. Misalnya, apabila kekasih kita menelefon, kita jawab, "Hye sayang! Am in the meeting right now. And, i'll call ya later!" sehinggalah pada hari ketujuh yang berikutnya kita menerima satu SMS yang bertanya, 'Hye Jimi! Still kicking? Atau lu dah MAMPUS di dalam bilik mesyuarat tu?'.

Dalam kes Lagenda Budak Setan - kisah cinta tiga hari di antara Kasyah dan Ayu yang diikat dengan janji "Saya akan tunggu awak!" oleh Ayu kepada Kasyah dan Kasyah amat mempercayainya. Bahkan Kasyah lebih mempercayai janji Ayu daripada mempercayai hadis di bawah ini:

Maksud hadis riwayat Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami – sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya - sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya (yakni, termasuk soal jodoh pertemuan) dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].

Dan, cerita selebihnya adalah klise kisah-kisah cinta pandang pertama dan kisah-kisah janji tak kesampaian. Sepatah kata penyair Sutung Umar RS dalam sebuah sajaknya, 'Kita tidak usah berjanji, esok tak pernah pasti...'

Lagenda Budak Setan mengikut tagline-nya menyebut, 'Empat jiwa dengan empat rahsia cinta'. Cinta Azmi dan Ayu. Cinta Kasyah dan Ayu. Cinta Ayu dan Kasyah. Serta cinta Katerina dan Kasyah. Sayang sekali, dalam filem bahagian pertama ini tidak diperlihatkan pula cinta antara Katerina dan Azmi. Jikalau tidak - filem ini akan menjadi sebuah filem mandala cinta yang akan dapat menyesakkan fikiran penonton, agaknya. Oh ya, sebenarnya, cuma ada 1 jiwa sahaja yang merahsiakan cintanya, sedangkan 3 lagi jiwa telah mendedahkan rahsia cinta mereka dalam filem ini. Serius! [Ajami! Lu jangan gelak, Jeff! Tak percaya kalu - cuba lu hitung satu per satu!]

LAKONAN
Que Haidar - Que Haidar membadai dalam babak 'amok' laki pukul bini dalam filem ini. Que Haidar adalah seperti Que Haidar yang selalu-selalu. Tiada yang 'baharu' dari Que Haidar pada kali ini.

Nur Fazura - Percayalah, penonton akan mengingati memek muka 'terpesona' yang amat berkesan dan menyakinkan dalam babak cinta pandang pertama Katerina kepada Kasyah dalam filem ini. Kalau ditanya berapa bintang yang akan kita berikan kepadanya - nescaya kita akan berkata, "Fazura, jom kapel!" :)

Shiqin Kamal - Pelakon pendatang baharu yang adakalanya ok dan adakalanya kaku. Tetapi, selalunya kaku.

Pelakon-pelakon lain - Ok sahajalah.

BABAK YANG BEST
Babak dimana 'bird' Kasyah dicili oleh mak dia. HA HA.

PENGARAH
Sharad Sharan (India) - Tidak banyak yang kita ketahui tentang pengarah ini selain daripada filem DIVA arahannya yang dikatakan oleh banyak orang sebagai 'flop'. Beliau juga pernah mengarahkan filem TIPU KANAN TIPU KIRI dan KRAZY, CRAZY, KREZY yang kau akan kata, "Eh Jeff! Ada ke filem ni? Masa bila (pernah ditayangkan)?"

Lagenda Budak Setan merupakan filem ke 4 Sharad di Malaysia.

PENGARAH SINIMATOGRAFI & KAMERA
Mike Mushcamps (England) - Teknik hand-held camera untuk sesetengah babak - terutamanya yang melibatkan medium shot - begitu mengganggu. Mana telinga nak dengar dialog, mana mata nak ikut pergerakkan visual yang macam computer screensavers (bouncing ball) - phew! Penatlah mata I, John!

MUZIK SKOR (RUNUT)
Lagu BILA CINTA ciptaan Windra Benyamin & Gio (Indonesia), nyanyi Fili (Indonesia) dijangka akan meletup-letup di corong-corong radio dalam sedikit masa lagi.

NILAI-NILAI PERSAMAAN DENGAN FILEM-FILEM LAIN
Ali Setan - kerana penggunaan perkataan 'setan' dan permulaan jalan cerita yang melibatkan kisah-kisah di IPTA/IPTS.

Lord of The Rings - kerana cincin yang digunakan sebagai props dalam filem ini juga ada ditulis-tulis dengan 'something'. He he.

AKHIRAN
Saya percaya, beberapa orang pembaca/peminat novel asal yang menonton preview filem ini telah menangis teresak-esak di dalam gelap dek kerana tersentuh emosi dan perasaan mereka. Tetapi, malangnya, saya tidak pula merasakan begitu. Mmm, mungkin saya sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi, alahai!

Apapun, jika ditanya berapa setan saya nak bagi untuk filem ini - saya jawab, "2 PER 10 SETAN!"

SAJALAH NAK GATAL-GATAL
Untuk Nur Fazura - saya nak beritahu sesuatu, "Saya akan tunggu awak! Sehinggalah awak kembali dari LA dan menyarungkan cincin ke jari manis saya, ya!" *ahaks*

LAGENDA BUDAK SETAN ~ cerita yang masih seronok? (Ajami 'Budak Setan' Hashim)

Lagenda Budak Setan(2010): Cubaan Adaptasi Yang Mencuba (Fadli Al-Akiti)

25 Comments:

Blogger - said...

lagenda budak setan
rasa mau tengok & baca!
tp x jumpa2 lg..hmmm

Mei 25, 2010 12:08 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

I've read Budak Setan 1-3, (waktu sekolah rendah) Katerina (waktu sekolah menengah) dan Shah (waktu universiti).
Sejak kecil sudah berangan mahu membuat movienya, tp tak sempat sudah ada orang potong que.
Tapi Lagenda Budak Setan belom baca lagi. Mungkin bila dah kerja nanti.

Ah, kecewalah kalau filemnya tak best. Sudah membesar dengan novel2nya.

Mei 25, 2010 12:13 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

memang 'setan gondol' reviu ini! wakaka!

Mei 25, 2010 12:23 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Cik,
Pergilah tengok. Sebuah filem yang ok. Dan jangan terpengaruh dengan ulasan ini. :)

Nonee,
Eh, siapa kata filem ni tak best???? Hisshhhhh, molot!

Ajami,
He he. Lu memang cilake, Jeff - suruh gua booking-kan sit untuk lu - lepas tu lu lepak kat sit bawah - ada mamat sebelah gua bebulu 'ja kat gua sebab awek dia kena duduk sit lain! Sampai sudah sit tu kosong, Jeff!!!!!

Oh, mana gua nak letak muke!!!! Oh!

Mei 25, 2010 12:36 PTG

 
Blogger meowwmania said...

wahhh review yg menarik!

menarik tertarik nak g tgk,

thanks for sharing ;)

Mei 25, 2010 12:40 PTG

 
Blogger leez said...

belum baca lagi buku ni..
banyak2 buku yg telah saya baca dari penulis ni, cuma cerita pilot cafe saje yg melekat..

terima kasih utk reviu.

Mei 25, 2010 12:54 PTG

 
Blogger Ajami Hashim said...

john! gua duk bwh coz dapat 'bau' fazura clear skit!

*euuu!!!

Mei 25, 2010 1:18 PTG

 
Blogger asuhara sue said...

KRAZY, CRAZY, KREZY- ada ke filem tajuk tu?ni baru tau kewujudannya nih!

Mei 25, 2010 1:29 PTG

 
Blogger spyz said...

ada hadis, review ini syariah-compliant..

Mei 25, 2010 1:37 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Meow,
Gi la tengok. :)

Leez,
Gua tak pernah baca novel dia. :)

Ajami,
Cilakak lu!

Asu,
HA HA. Gua memang tak tahu filem tu wujud.

Spyz,
Ajami kata macam Astro Oisis. HA HA.

Mei 25, 2010 1:55 PTG

 
Blogger FARYN said...

Uncle,jom tengok!
hahaahaha

Mei 25, 2010 1:58 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Faryn,
Cukuplah sekali! Ha ha.

Mei 25, 2010 2:14 PTG

 
Blogger Unknown said...

oic..macam tu ker..ok.

Mei 25, 2010 3:46 PTG

 
Blogger Kemat said...

novel 'legend' budak2 yang belajar becinta tu...

aku pun ada satu..hahah

Mei 25, 2010 4:22 PTG

 
Blogger Unknown said...

ai rasa ini n3 pertama yu y ada hadis bagai. lain kali cuba la buat n3 y ada riwayat dari al-tarmizi ke, ibnu majah ke, abu daud ke. he he

Mei 25, 2010 4:35 PTG

 
Blogger NeemoNeemo™ said...

Gua tak cakap filem ni tak best..(CHOY!!!)
gua cakap 'kalau tak best, gua keciwa'..

Mei 25, 2010 5:27 PTG

 
Blogger fadz said...

rebiu cukup serba serbi ni!! baguih!

Mei 25, 2010 5:34 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Mel,
Ha ha.

Kem,
Entah.

Amora,
Pandangan diterima. Ngeh ngeh ngeh.

Nonee,
He he.

Fadz,
He he.

Mei 25, 2010 5:55 PTG

 
Blogger Ampuan Awang said...

salam....

nampaknya aku terlewat masuk ke laman ini.

Mei 25, 2010 6:13 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Awang,
Tiada apa yang pernah terlewat.

Mei 26, 2010 8:31 PG

 
Blogger tasekM said...

bang, ajami kata kau peserta imam muda yg tersingkir awal tu yg aku tak boleh tahan tu... ha ha.



.

Mei 26, 2010 11:18 PG

 
Blogger fadliahmad said...

terbaik punya review.siap hadis lagi,

Mei 29, 2010 1:40 PTG

 
Blogger Ili Khalil said...

kalau kemat ada satu, saya ada semua. tak semua, tapi hampir semua tulisan ahadiat. masih ada lagi kat rak buku ni. nak buang, sayang. nak baca balik, tak sanggup hahahahaha.

Mei 31, 2010 3:23 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Fad,
:)

Ili,
HA HA.

Mei 31, 2010 8:44 PG

 
Blogger landaklaut said...

kalau aku lelaki, dah lama aku mengorat si fazura tu. ape lah kasyah ni! (tiba2 emo lak. ahahaha!)

Jun 16, 2010 10:32 PG

 

Catat Ulasan

<< Home