Duit-duit, dimana kau duit?
Hari itu sudah 28 hari bulan. Jimi Mahmud masih belum dapat gaji.
Tap! Jimi Mahmud mendapat satu idea. Lalu, bagaikan menderas sekawan lebah dia berlari ke belakang rumah. Beberapa ketika kemudian, dia kembali sambil melenggang kangkung dan pada tangannya terdapat dua tiga helaian-helaian daun pisang yang sudah dipotong kecil. Helaian-helaian kecil daun pisang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sepucuk 'chee pau' Selamat Hari Raya Aidilfitri.
KOMA
Gempar! Orang-orang kampung Stingarden berpusu-pusu datang ke rumah Tapa Petir. Di sengkuap, Tapa Petir sedang menunjukkan kepada mereka beberapa keping duit kertas yang telah diterima dari salah seorang tetamu yang hadir sempena perkahwinan anak perempuannya semalam telah bertukar menjadi helaian-helaian kecil daun pisang.
Hari ini sudah 29 hari bulan. Jimi Mahmud masih belum dapat gaji.
15 Comments:
Idea yang bernas. Takkan dah 29hb tak dapat gaji lagi?
Tapi kata ekonomi Malaysia dah pulih.... Punyalah dah pulih sampai subsidi pun nak kena tarik!!!!
Mei 28, 2010 11:27 PTG
Kalau daun kemboja ia jadi lebih seram. woo...
Mei 28, 2010 11:57 PTG
Kat kampung mak mentua aku, ada orang bagi daun jugak masa kenduri kahwin.. Kesian jugak sebenarnya, kalau takde duit tak payahla bagi...
Mei 29, 2010 7:25 PG
Oooo...ok la jadi daun.Kalau tiba-tiba duit dalam sampul tu ghaib?Siapa nak jawap...
Mei 29, 2010 9:16 PG
Op subsidi! ... Eh tarik balik ... Ah ... barang naik? ALAHAI KERAJAAN RAKYAT!
Mei 29, 2010 11:16 PTG
Hari ni Haji J.B sap rokok kat luar sambil pakai t-shirt sindiket soljah! phewitt!!
tu kira endorsement tu.hehe.
Mei 30, 2010 12:22 PG
Jimi Mahmud, gua harap lu sudah dapat gaji. Gaji gua tertunggak mungkin empat, mungkin lima bulan gara2 caruman KWSP yang tersangku & gua baru dapat kerja serta berpindah randah berkongsi rumah dengan makhluk yang bukan2.
Cilakak! Gua tak tau, mau menangis @ ketawa.
PS: Bang, kalau aku dapat gaji nanti kita makan2 dengan pakwe rempit aku ek.
Mei 30, 2010 10:10 PG
alahai...kesiannya...
Mei 30, 2010 12:49 PTG
Usop,
31hb - masih belum dapat gaji. Ha ha.
Nonee,
He he.
Piz,
Setakat bersalam sahaja - tak manis juga. :)
Kori,
Ha ha.
Suri,
:)
Yosh,
Wah wah wah, arahan untuk tidak merokok yang dikenakan kepada Haji JB telah ditarik balik ke? Wah wah wah!
Kotak rokok masih diletak kat dalam pasu gantung depan rumah ke? Ha ha.
Ell,
Cilakak! Bank Islam sama Bank May - gaji dah masuk. GIRO belum!!!!!
Nad,
Mmm, nak makan bubur - bubur pun dah mahal la ni. *ahaks*
Mei 31, 2010 8:41 PG
KAH KAH KAH KAH KAH...
keji tahap dewa nih!
Mei 31, 2010 9:01 PG
Kalau daun ketum atau ganja mungkin bernilai tinggi juga.
Mei 31, 2010 9:56 PG
kelakar sungguh orang kampung itu. nak buat macam mana, kejadian seperti ini mmg jarang terjadi. :)
Mei 31, 2010 11:01 PG
kalu tarik2 sampul keluaq kad pakau lagi la haru ..... tikam besaq satu kecik satu la jawapnya ...
Mei 31, 2010 4:43 PTG
Dug,
HA HA.
Khal,
Ha ha.
Mel,
:) He he.
Ham,
Harus tu. HA HA HA HA HA.
Mei 31, 2010 4:52 PTG
habis tu, siapa punya hutang mesin jahit singer yang paling banyak tertunggak?
Jun 03, 2010 2:49 PTG
Catat Ulasan
<< Home