Temubual Eksklusif Pengulas Sukan Abu Baker Atang dengan 'Jenderal' Sinaganaga
ABA:
Jika Sindiket Sol-Jah adalah sebuah pasukan bolasepak, bagaimana anda sebagai kapten dan attacking midfielder melihat peranan dan corak permainan rakan-rakan sepasukan anda?
NAG:
Vovin (Striker) – Penyerang lincah yang semakin meningkat mutu permainannya. Ada ketika, permainannya agak ‘tepu dan ketat’ juga, tetapi akhir-akhir ini larian-larian deras dan gelecek-gelecek belutnya sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan; seterusnya berjaya meledakkan gol demi gol dalam setiap perlawanan. Sepatah katanya, “Buat apa main bola kalau tak boleh jaringkan gol!” Penyerang muda berhati waja [tetapi di dalamnya ada taman] ini kini dalam intaian pengarah filem terkenal, Othman Hafsham. Tak lama lagi pakai Merc lah tu.
Pipiyapong (Striker Berkembar) – Selepas pasukan ini menukar formasi kebiasaannya dari 4-5-1 kepada 4-4-2, pemain yang mempunyai nama samaran ‘Pipiyapi’ ini telah dipanggil untuk menyertai kesebelasan utamanya. Bergandingan dengan Vovin di barisan hadapan, pemain ini mempunyai skill individu yang sangat menghiburkan. Bagaimanapun, cubaan-cubaan berani matinya meliar ke gawang gol lawan tanpa membuahkan sebarang hasil. Bagaikan David Beckham dalam pasukan ini – sepak penalti pun boleh tak masuk! Baru-baru ini dia ada membuat kenyataan akhbar memohon maaf kepada bos pasukan Matahari, Amir Muhammad. Tak tahu apa kes!
Op Zaharin (Defensive Midfielder) - Sweeper yang biasa-biasa sahaja permainannya. Tetapi, berkat kesabaran dan sikap tidak jemu untuk belajar – permainan ala-ala syariah compliant-nya kini semakin menyerlah. Pun begitu, hantaran-hantaran silangnya memang mudah diduga oleh pasukan lawan. Bermotokan, “Hujung minggu aku kena pergi outstation!” Op Zaharin adalah di antara nadi kepada pasukan ini. Nama gelarannya di padang – ‘Tauke’.
Tok Rimau (R - Winger) – Bolasepak bukanlah permainannya kerana dia lebih gemar bermain bolakeranjang dan keranjang-keranjang lain. Baginya, bolasepak adalah sukan untuk anak-anak kecil. Sepatah katanya, “Budak tadika pun boleh hitung kalau setakat nak disuruh hitung satu sampai sepuluh!” Baginya, bolasepak adalah fake kalau peminat-peminat pakai jersi beli kat depan Odeon bila tiba musim bolasepak, tak kiralah sama ada musim World Cup atau pun musim EPL.
Jigo (L - Winger) – ‘Kuda Tua’ yang mempunyai corak permainan lintang pukang paling jahanam sekali di dunia. “Ikut mood!” sepatah katanya, “Ada hari naik! Ada hari turun! Selalunya turun!” Satu-satunya pemain pasukan ini yang lahir dari akademi bolasepak dan memperoleh ijazah dalam sastera Inggeris kuno. Corak permainannya adalah sesuatu yang begitu kontra sekali dengan corak permainan Tok Rimau. Itu sebab seorang ‘left’ dan seorang lagi ‘right’. Dalam pasukan ini mereka berdua adalah seteru tahap dewa.
Mat Jan (Fullback) – Sebagai double marked, pantang mendapat bola – pemain ini akan naik ke atas dan… iya, jaringan gol adalah sesuatu yang pasti dan sesuatu yang bagaikan telah dijanji-janji – mesti gol punyalah! Walaupun mempunyai susuk tubuh yang panjang dan berbulu seperti Serbegeth Singh – sesuatu yang dilihat seperti akan memberi masalah kepadanya untuk bergerak sehingga sering digelar sebagai slow walker, slow worker, slowmo, anak manja, cikgu labah-labah – jaringan-jaringan cantiknya belum pernah sekalipun menghampakan pasukan dan penyokong. Sepatah katanya, “Aku tatau pun selama ini aku berbakat – kalau tahu, masa sekolah dulu aku dah main hoki, entah-entah dah wakil negara dah la ni!”
Azzam Supardi (Centre Back) – Pemain yang mempunyai nama gelaran ‘Bulldozer’ ini adalah benteng terakhir pasukan. Pemain ini adalah pemain yang paling banyak mempunyai besi di dalam badan [akibat kemalangan motosikal] dalam pasukan ini. “Sudah terang lagikan bersuluh” adalah moto kegemaran pemain yang gemar mengumpul pelbagai jenis lampu suluh dan benda-benda yang mengeluarkan cahaya ini. Kalau main bolasepak pada waktu malam – dia memang champion!
Dean Sham (Fullback) – Pemain paling kurang berpengalaman dalam pasukan ini. Mempunyai susuk tubuh yang hampir steady – pemain ini gemar membuat umpanan-umpanan jauh ke kawasan lawan. Dan, kita tak pasti sama ada umpanan-impanannya itu boleh mengena ataupun tidak. Sama-samalah kita nantikan keupayaannya di masa-masa akan datang.
Spyz (Goalkeeper) – Sebenarnya dia cuma hendak menjadi penjaga gol sahaja. Tetapi, adakalanya dia diberi tugas untuk menjaringkan gol juga. Dan, pada setiap kali itu jugalah dia gagal untuk menggalas tanggungjawab itu. Manjanggggg handball! Nama samarannya – ‘The Accountant’.
ABA:
Selain mereka, siapakah lagi yang anda perlukan untuk memperkuatkan pasukan anda?
NAG:
Seorang ‘box-to-box’ midfielder macam JJ Okocha. Kita tak tahu siapa. Kita cuma mampu berdoa agar dipertemukan dengan pemain ini pada masa-sama akan datang nanti.
ABA:
Terima kasih.
NAG:
Sama-sama.
22 Comments:
boss, satu ulasan dan elaborate yang baik. pergh..hahahahah
Jun 24, 2010 11:13 PG
woaaaahhhhh
Jun 24, 2010 11:36 PG
ulasan macam corak permainan Korea Utara...gagah di awal, pancit di akhiran...
kesal kerana tidak ada soalan persis Melodi...
Jun 24, 2010 12:07 PTG
apsal tak gi sokernet je? haha
Jun 24, 2010 12:25 PTG
G, itu hari sebelum bermulanya World Cup, Presiden FIFA (kawan kita tu...) Joseph Blatter (gua panggil Jay Blader), sudah call sama gua. Dia nak lantik gua jadi officer. Gua tolak mentah-mentah. Apa barang! Gua buat kerja kat Maskara lebih daripada officer wo... jadi manager... specialize in food and beverage... and torch-light,! Ha ha!
Jun 24, 2010 12:36 PTG
Wolf,
Ya, memang pergh!
Baby,
Banana, banana!
Gunx,
Korea Utara? HA HA.
Sop,
Gi gak. :)
Bulldozer,
Selagi ada tenaga ni - kita mainlah. Dah tak ada tenaga esok - kita jadi Presiden FIFA. Hu hu.
Jun 24, 2010 12:51 PTG
Hmmm.. Vovin & Pipi striker.
(Tapi yg golkan MatJan? Apa kes..)
L-Wing dan R-Wing seteru? Hmmm...
Truely 1 pasukan unik dan tersendiri!
Urban Bafana!
Urban Bafana!
Jun 24, 2010 2:43 PTG
last2 mat jan jugak yg golkan.
agak2 Spyz boleh buat scorpion kick tak?
HAHA
Jun 24, 2010 2:48 PTG
Sep,
Team ni ada iras-iras team Peranchis dengan England. Ha ha.
Dug,
Uiiiiiiiit! Attacking midfielder ada gak jaring gol. :)
Jun 24, 2010 5:22 PTG
ofkoslahhh
Jun 24, 2010 9:26 PTG
lepas ni cuba 'total football'
:P
Jun 25, 2010 12:46 PG
ulasan bertenaga world cup, namanye nih.
Jun 25, 2010 10:48 PG
kekurangan team sindiket soljah ialah bas rombongan nak team ni friendly dgn team hasbullah awang.
cantik sekali dropshot yang dilakukan oleh datuk lee chong weii..
Jun 25, 2010 5:54 PTG
Dug,
Habis total football dah ni. :)
Amora,
Ha ha.
Ayob,
HA HA.
Jun 25, 2010 7:02 PTG
Sekiranya team ini lulus dalam ujian kelayakan untuk masuk EPL.Apa agaknya nama kelab ni nanti?
Jun 25, 2010 8:34 PTG
Kori,
Soljahkia!
Jun 26, 2010 11:38 PG
Soljahkia wanderers...cadangan gua.Hehe
Jun 26, 2010 9:53 PTG
Bicycle Kick 24 Jun dan Mega Mac
Jun 27, 2010 6:52 PG
Salam Kenal singanaga hebat namamu!
Jun 30, 2010 10:47 PG
bro ppt gi ganti shebby singh tu :P
Health and Beauty Blog
Jun 30, 2010 7:18 PTG
Amin,
:)
Kori,
HA HA.
Doni,
Ya salam.
Sabah,
:)
Julai 01, 2010 8:32 PG
Macam setan!
Patut pindahkan ke blog sol-jah ni.
Julai 06, 2010 3:54 PTG
Catat Ulasan
<< Home