"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

14 Jun 2010

Lagenda Rashid Bulan - Bab 1

Di bilik persalinan di sebuah sekolah pandai, pemain-pemain sedang menukar pakaian sukan masing-masing - berkemeja t warna putih dengan cop lencana sekolah di dada kiri dan ber-track bottom warna gelap jenama Yonex dengan jalur mengikut warna kesukaan masing-masing; ada yang merah, biru, hijau, kuning, dan putih.

Rashid Bulan sedang duduk di bangku sambil menyarungkan kasut jenama Warrior warna biru nila ke kaki. Sesekali kepalanya dilanggar oleh bontot pemain-pemain lain yang sedang menyarung track bottom. Dan, sesekali itu jugalah dia menyisir kembali rambut kobisnya dengan tapak tangan. Cilakak! Bilik persalinan itu terlalu sempit untuk 20 orang permain menukar pakaian sukan sekali gus.

Prit! Pritt! Pritttt!

Bunyi tiupan whistle Cikgu Razali telah berkumandang - menandakan 'siapa lambat - kena denda - tekan tubi 10 kali'.

Pemain-pemain bergegas keluar dari bilik persalinan. Kelihatan, Rashid Bulan sudah sedia terpacak di hadapan Cikgu Razali. Di tangannya ada bola Tango. Dan, dengan tidak semana-mena, ada semilir yang entah dari mana bertiup dan menyapa Rashid Bulan. Tetapi, rambut kobisnya masih kekal tidak beralun. Jadi, dia tidak perlu lagi menyisir rambut kobisnya dengan tapak tangan.

"Ok, semua!" kata Cikgu Razali, "Hari ni kita main gimnastik!"

Rashid Bulan menghempaskan bola Tango ke lantai.

bersambung...

10 Comments:

Blogger Anoneemus™ said...

First!
bola Tango tu bola sepak ke?

Jun 14, 2010 10:06 PG

 
Blogger papillon putih said...

Hahahah. Hanya otai yang masih ingat adidas tango.

Dulu masa dalam kelas BM, saya selalu mengelamun. Cikgu Razali selalu tanya, "Kenapa awak senyum-senyum sorang ni? Awak senyum kat saya ye...". Tak tau nak jawab apa.

Jun 14, 2010 10:28 PG

 
Blogger Penanam Sayur said...

Bak kata sutradara mamat khalid, en naga mmg suka objek2 klasik. Bleh tulis buku sejarah dh ni :D

Jun 14, 2010 10:53 PG

 
Blogger zan said...

Tango bola berat. kalau masuk dalam lopak memang susah nak tendang bola "lob" (ikut tenaga budak sekolah rendah).

Tapi idea entry ni macam dah ditulis oleh en. selebriti blog jeff. Apa barang re-cycle idea? hahaha

Jun 14, 2010 11:23 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Nonee,
Ye le. :)

Pap,
HA HA.

Pen,
Ini draf pertama novel Lagenda Rashid Bulan. Akan diterbitkan sebagai sebuah filem oleh pengarah muda, Chin Yew. Screenplay oleh Vovin.

Nantikan kemunculannya - 4 tahun dari sekarang.

Zan
Dulu - hok versi entri blog. La ni - hok versi novel, jeff.

Jun 14, 2010 2:36 PTG

 
Blogger Kuwe said...

Hahah.
lain kali kalau masa pj. Jadual kena tengok.

Jun 14, 2010 4:27 PTG

 
Blogger abdullahjones said...

habis kedai cari Warrior warna biru nila ke kaki bulan lepas.tak ada. lain bulan mau cuba cari fung keong biru nila pula.hahaha.

Jun 14, 2010 5:34 PTG

 
Blogger Mohd Yussof Ibrahim said...

Cik Gu Razali...

Masih sihat. Baru usai majlis perkahwinan anak sulungnya hari Sabtu baru2 ni...

Jun 14, 2010 6:03 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Kuwe,
PJ mana ikut jadual!

Doloh,
Warrior lebih beh daripada Konves, ork!

Usop,
Kim salam kat Cikgu Razali weh!

Jun 14, 2010 6:14 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

gimnastik adalah sokan yang paling tak kacip dengan sekolah aku (all boys). geli siol kena pakai seluar ketat yang menjojolkan benda-benda yang tak sepatutnya.

Jun 16, 2010 12:48 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home