"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

08 Jun 2010

Menjelang PRU13: Viva la Vida

Gogah!

Yang tiada pengalit datang membawa batu blok. Yang tiada batu blok datang membawa simen. Yang tiada simen datang membawa papan. Yang tiada papan datang membawa beroti. Yang tiada beroti datang membawa zink. Yang tiada zink datang membawa paku zink. Yang tiada paku zink datang membawa ensel. Yang tiada ensel datang membawa paku. Yang tiada paku datang membawa tukul. Yang tiada tukul datang membawa gandin. Yang tiada gandin datang membawa gergaji kerat. Yang tiada gergaji kerat datang membawa gergaji belah. Yang tiada gergaji belah datang membawa ketam kayu. Yang tiada ketam kayu datang membawa kayu roll. Yang tiada kayu roll datang membawa sesiku L. Yang tiada sesiku L datang membawa timbang air. Yang tiada timbang air datang membawa tali tape. Yang tiada tali tape datang membawa pengalit.

"Apa hal yang kelam-kabut sangat tu, Rim?" tanya Kak Pinoi, "Nak bina kapal sukarelawan ke Gaza ke?"

"Tak!" jawab Karim Driving School, "Ribut malam tadi... jamban Nenek Munah Leper roboh menyembah bumi! Nak kena baiki dan dan ni jugak ni, Pinoi!"

Kak Pinoi baru kebah dari demam. Dia datang juga. Dengan membawa kertas tisu. "Demam - duduk rumahlah, Pinoi!!!!" kata Pak Akop, bekas ketua kampung.

"Alaaa, Pinoi nak gak tengok-tengokkk!!!" kata Pinoi, ala-ala manja-manja orang demam.

Gogah!

Label:

11 Comments:

Blogger Rajuna said...

kalau tidak dibaiki, nenek munah leper melepaskan hajat berbumbungkan awan berdindingkan batang kelapa lah jawapnya!

Jun 09, 2010 12:46 PG

 
Blogger Anoneemus™ said...

Owh.visual nenek munah leper mandi di telaga.

Jun 09, 2010 7:27 PG

 
Blogger Hambali ® said...

tu baru jamban yang runtuh ... kalao lelain yang runtuh , taktau la lagu mana dia punya kalut ...

erk ... kontrek buat jamban tu dapat ikut direct nego ka ... ehem ehem

Jun 09, 2010 8:31 PG

 
Blogger Ellie said...

Subsidi jamaban dah lama potong ye bang? hehe..

Muhahah! Jap aku kena pergi asrama. Perabot dah sampai.

Benci kira perabut roasak ler, hape lar

Jun 09, 2010 8:36 PG

 
Blogger Bukan Sepet said...

Kak Pinoi pun lari selaju mungkin.

"Nak kemana? "
Kata Karim Driving School.

"Beli pempers org dewasa! Nek Munah dah emergency!!!!!"

muahahaha!

Jun 09, 2010 9:34 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Raj,
HA HA.

Nonee,
HA HA.

Ham,
Mestilah direct nego, ha ha.

El,
Kena buat inventory ke?

Sep,
Ha ha.

Jun 09, 2010 11:10 PG

 
Blogger Anak Bumi said...

hihi.

Jun 09, 2010 7:51 PTG

 
Blogger dugongsenyum said...

dah lama tak dengar orang cakap 'timbang air', perghh...

Jun 09, 2010 8:56 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

BUmi,
Yang menjelma dan menghilang - mana pergi, dah lama tak nampak?

Dug,
HA HA.

Jun 10, 2010 3:24 PTG

 
Blogger Eizan Emirza said...

salam. silalah singgah blog edy ya. Tq

Jun 11, 2010 1:23 PTG

 
Blogger Corey said...

Gigi nek munah runtuh tak?

Jun 12, 2010 11:58 PG

 

Catat Ulasan

<< Home