"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

15 Jun 2010

Lagenda Rashid Bulan - Bab 2

“Main gimnastikkk?” rungut Rashid Bulan, “Tak World Cup langsunggg!!!” sambil disepak-sepaknya angin beberapa kali. Mukanya semakin kemek. Bola Tango yang dia hempas tadi kini berada di bawah tapak kasut jenama Power Cikgu Razali.

“Ok, ok!” kata Cikgu Razali, “Yang lain-lain pergi angkat vaulting box dan pasangkan di gelanggang luar!”

Beberapa orang pemain menanggalkan vaulting box yang bertingkat-tingkat itu satu per satu. Lalu, dengan terkengkang-kengkang mereka mengangkatnya pula ke gelanggang luar.

Kemudian, Cikgu Razali berbincang sesuatu dengan pemain yang memiliki 200 caps itu. [Untuk pengetahuan semua, 200 caps itu Rashid Bulan peroleh hasil daripada perlawanan di antara pasukan kelas kami menentang pasukan kelas sebelah – kelas Yusof Ibrahim.] Beberapa ketika ada pelangi terpancar di wajah Rashid Bulan. Cikgu Razali berpaling kepada pemain-pemain yang sedang memasang vaulting box yang bertingkat-tingkat itu, kemudian.

“Ok, ok, ok!” jerit Cikgu Razali, “Simpan semula vaulting box tu! Tak jadi main gimnastik - hari ni kita main bolasepak!”

Beberapa orang pemain menanggalkan vaulting box yang bertingkat-tingkat itu satu per satu. Lalu, dengan terkengkang-kengkang mereka mengangkatnya semula ke stor peralatan sukan.

“Kejap angkat sana, kejap angkat sini.” kata Hairil Jaslan, pemain kami yang paling loher sekali, “Cikgu ingat ‘kuda kayu’ ni ringan ke? Berat woooo!!!!”

bersambung…

8 Comments:

Blogger Unknown said...

besar pengaruh rashid bulan nih!

Jun 15, 2010 3:26 PTG

 
Blogger pye:rudz said...

bila senang boleh tak lakarkan rupa bentuk rambut kobis tu bro?
teringin nak tengok. kehkehkeh.

Jun 16, 2010 12:49 PTG

 
Blogger c.h.i.p.s.m.o.r.e. said...

sy tgh tggu episod ke-3 citer rashid bulan nih...cpt ler update bro..ehehhee...

Jun 16, 2010 4:12 PTG

 
Blogger MawarUngu said...

rashid itu kenapa bulan ya bukan bintang?

Jun 17, 2010 12:48 PG

 
Blogger kingbinjai said...

ala boring la sambung sambung ni dah la drama pun sambung sambung

Jun 18, 2010 1:45 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

"Mmmmpppphhhhh... beratnya!"

Jun 20, 2010 11:48 PTG

 
Blogger Anonymous said...

bola Tango suatu ketika dahulu adalah merupakan bola yang paling hebat dalam dunia.

orang yang main bola wakil sekolah sahaja boleh sentuh bola tu.

Jun 21, 2010 3:35 PTG

 
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

200 caps dah boleh main Piala Presiden tu..

Jun 23, 2010 8:21 PG

 

Catat Ulasan

<< Home