AKAN SEGERA TERBIT (Sesegera mi segera)
SINDIKET SOL-JAH feat. MUKHSEN_X mempersembahkan
Di Barat, mereka panggil ia flash fiction, microfiction, atau short short story. Di sini, kita panggil ia cerkas (cerita ringkas), atau certot (cerita kontot). Punyalah ringkas, sampai kau sempat baca satu cerita masa tivi sedang tayang iklan. Punyalah ringkas, sampai panjang satu cerita cuma jarak satu stesen LRT. Kerana hari ini, cerpen pun dah dianggap panjang dan lambat macam siput babi. Novel apatah lagi. Dalam dunia yang serba pantas ni, semua benda kita nak cepat. Kecuali inzal.
“Kadang-kala, lagi ringkas orang tulis, lagi lambat kita baca – sebab, sambil kita baca, sambil itulah kita berfikir. Berfikir menjadikan kita lambat. Sementelahan, di Malaysia sememangnya mempunyai banyak tukang fikir. Lalu, menjadikan kita semakin lambat."
~ Ah Boi, Cina jual telefon bimbit di Kompleks Pertama.
Kami percaya anda bukanlah seekor siput babi. Makanya, dapatkanlah CEPAT-CEPAT naskhah maha karya cinta ini apabila ia telah siap siaga untuk dipasarkan secara online kelak. Serius, macam selalu-selalu, kami cetak tak banyak! Iyalah, cetak sikit-sikit ni memanglah menjadi kemarahan orang banyak, "Apaaaaaa? Dah habisssss? Mmmm, takkanlah dah habis? Hoh, macamana Melayu nak maju kalau macam ni!!!!" - nak buat macamana, dah kami ni pengiat seni pembikinan buku jenis miskin. Makanya, cetaklah buku sikit-sikit. :)
NOTA: Scroll down untuk entri-entri mukhtahir (kalau adalah).
15 Comments:
hahaha..aku tengah tunggu nih..
Julai 09, 2010 9:34 PG
inzal tu binatang macam siput babi jugak ke bang?
Julai 09, 2010 4:19 PTG
Days,
Tunggu ye.
MK,
Uiiiihhhhhh! Inzal ni lebih laju daripada siput babi pergerakannya, dek! Bahaya tu!
Julai 09, 2010 4:31 PTG
Kenapa tak digelar cerdek?
Julai 09, 2010 4:41 PTG
Khal,
Sebab dah digelar cerkas. Ha ha.
Julai 09, 2010 6:19 PTG
i thought i boleh jumpa vovin kat family day dia di sini sekali bos nya kata dia ke jakarta cuti...bos siap promote cerita karipap cinta dia lagipada i......
Julai 09, 2010 9:30 PTG
Kiranya buku ini versi Tom & Jerry ketika gua berumur 3 tahun dan versi Doremon ketika gua masih tak tahu apa itu inzal la ye... bang.Hahaha
Julai 10, 2010 7:14 PTG
masa zmn² yahoogroups dulu Bung Ramli (borneo post) selalu post certerpen
cerita terpendek
Julai 11, 2010 5:50 PTG
Aleh, tak ajak aku join. Tapi aku tetap sokong sS. Nak juga. ;0
Julai 11, 2010 9:10 PTG
Tapi, aku memang tak pandai tulis cerkas le bang. Cerita aku musti berjela-jela ;)
Julai 11, 2010 9:12 PTG
wahhhh tak sabar
Julai 11, 2010 9:55 PTG
Nadine,
Vovin dah balik Melaysia dah. Nanti dia buat family day lagi. :)
Kori,
Ya.
YMN,
Ya.
Water,
Bila nak menang HSKU?
Fir,
Sabar!
Julai 12, 2010 8:47 PG
bhai... ada lagi bhai selain inzal...
bayar utang... dan mati... :P
Julai 13, 2010 8:54 PTG
PUND3K lagi best, himPUNnan cerita2 penDEK
haha
Julai 15, 2010 1:55 PG
Sdr Sinaganaga: Fiksimini
MARSLI N.O
Julai 16, 2010 5:43 PTG
Catat Ulasan
<< Home