Lagenda Rashid Bulan - Bab 5 - Finale
Haslina Anuar telah lama berlalu. Budak berambut afro mengambil tempat di gawang gol. Beberapa orang budak loher dalam pasukannya berdiri di posisi yang telah ditetapkan sambil menutup-nutup buah dada mereka dengan tapak tangan. Walhal kendatipun mereka terpaksa bermain dengan jersi 'buka baju' - mereka masih bersinglet. Kecuali Haji Nahrudi, yang terlupa untuk memakai singlet sebelum datang ke sekolah pagi tadi. "Ana lupa pakai singlet... Tapi ana tak lupa pakai kopiah!" kata Haji Nahrudi sambil membetul-betulkan kopiah di kepalanya.
Cikgu Razali meniup wisel. Ramli Ishak memulakan sepakan. Ramli Ishak kepada Musa Misnan. Musa Misnan kepada Hasmadi Paiman. Tapi di rampas oleh Rashid Bulan. Zulkifli Azizi cuba menghalang. Rashid Bulan mengelecek. Satu. Dua. Tiga. Empat. Lima. Enam. Di hadapannya adalah penjaga gol lawan yang masih belum bersedia (kerana sejak dari tadi dia asyik main lambai-lambai dengan Haslina Anuar). Rashid menyepak. Kencang. Padu. DOPP! Bola melayang tinggi melangit - mencari bulan. Dan, sudahnya mendarat betul-betul di tepi pagar Sekolah Pandai yang memisahkannya dengan kawasan rumah setinggan.
"Hah! Kau yang sepak kuat-kuat... Kaulah pergi pungut bola tu!" herdik budak berambut afro kepada Rashid Bulan.
Rashid mengurut-ngurut rambut kobisnya dari tengah ke tepi sambil tersengeh-senggeh. Kemudian, dia berlari-lari skipping hampir 100 meter untuk memungut bola Tango di hujung padang berpasir itu. Pemain-pemain lain masih tercegat di dalam padang sambil mencekak pinggang.
Cikgu Razali meniup wisel. "Masa dah tamat. Semua pergi tukar baju dan masuk ke kelas semula."
"Laaaa... tak sempat nak berpeluh pun!" kata Hairil Jaslan.
~FIN~
6 Comments:
Gua first.
Malam ni kalau boleh gua taknak tengok final.Sebabnya gua tak tahu nak pilih team mana.Tapi memandangkan final.Gua layan juga lah.
Penamat yang cantik...Hahaha
Julai 11, 2010 7:19 PTG
hahahahaha...final sempoi la, nage..
Julai 11, 2010 10:59 PTG
aku kecewa sama macam diorang.. adeh!!
Julai 12, 2010 1:17 PG
Kori,
:)
Cikgu Den,
Ngeh nghe ngeh.
Baby,
Germany tempat ketiga - oklah tu. :)
Julai 12, 2010 8:44 PG
Adeh ....
Julai 12, 2010 3:50 PTG
Hamb,
Ngeh.
Julai 13, 2010 12:15 PTG
Catat Ulasan
<< Home