"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

19 Julai 2010

Good night dan sleep tight my little friend - Dalilah Tamrin (1967 - 2010)

Kami dipulaukan. Ada garis kapur papanhitam pada lantai simen, empat segi sama, dan mengelilingi meja dan kerusi kami. Alasannya, kerana kami tidak mahu bersekutu dengan kawan-kawan kelas yang melancarkan perang gender pada hari itu - budak lelaki lawan budak perempuan - apa isunya, aku dah tak ingat.

Sejak peristiwa itu aku dan Dalilah menjadi sahabat paling akrab. Kami membina 'alliance' kami sendiri. Kami bercadang untuk menakluki kelas tu, kalau berjaya, kami akan menakluki kelas-kelas yang lain pula selepas tu. HA HA.

Dia panggil aku, "Bro”. Aku panggil dia, “George of the Jungle”. Sebab aku rasa punggung dia lebih besar daripada kebiasaan punggung budak-budak perempuan yang setingkatan dengan kami. HA HA. Tapi, dia tidak pernah marah pun, malah, selalunya dia akan berdekah-dekah dan kata, "George of the Jungle besar kat bahagian ataslah, bukan besar kat bahagian bawah!” Aku kata, "Kau jenis George of the Jungle versi tertonggeng atas ke bawah, bawah ke atas!” Dan kami berdekah-dekah lagi dan lagi dan lagi... sehingga kami rasa nak berhenti berdekah.

[Semasa kanak-kanak - Dalilah sangat comel - berambut pendek ala China Doll - dan pipi sawo matang dia akan kelihatan kemerah-merahan setiap kali tamat kelas Pendidikan Jasmani. Semasa remaja - form 5 - Dalilah pernah berambut punk cacak-cacak, aku nak buat juga, tapi tak boleh, sebab rambut aku afro, HA HA.]

KOMA

Pada suatu hari, bila Dalilah telefon aku dan beritahu - tadi dia pengsan di dalam bilik air (seingat aku, di dalam bilik air di KL Sentral atau KLIA), terbaring dan kini basah, dan di ketiak dia ada bonjolan etc - aku syak sesuatu yang tidak kena telah berlaku dan suruh dia ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Dia disahkan mengidap barah payudara. Doktor terpaksa buang sebelah buah dada dia. Dan selepas dia keluar dari hospital, dia suruh aku ajar dia buat blog. Pada suatu petang, di sebuah kafe siber di Jalan Masjid India, dia tanya apa nama nak bubuh untuk blog dia, aku kata, "One Breast Bouncing!” Dan kami berdekah-dekah lagi dan lagi dan lagi... sehingga India kafe siber yang berbau minyak lenga tu menyuruh kami memperlahankan dekahan.

Sebenarnya, dalam enam tahun ni dia tidak pernah sembuh dalam erti kata yang sebenarnya pun. Sudah empat kali dia keluar masuk hospital, "Kalau apa-apa berlaku kepada aku - kau orang pertama yang akan aku beritahu, Bro. Tapi kau jangan beritahu orang lain!" Selalunya aku akan kata, "Ya!", tapi kemudiannya aku akan beritahu kawan-kawan lain juga. Dan kawan-kawan akan berbondong-bondong ke hospital - menziarahi Dalilah, sudahnya.

Beberapa bulan yang lepas, aku terima SMS dari Dalilah, "Innalillah... dah stage four!", dan macam selalu-selalu, dia akan titip "Tapi kau jangan beritahu orang lain!" di akhir ayatnya. Dan, seperti selalu-selalu, aku bocorkan juga rahsia itu kepada seorang dua kawan-kawan. Dan akhirnya, dia juga akan bocorkan rahsia itu sendiri.

Dalilah beritahu, dia nak berhenti kerja, nak beri tumpuan kepada anak-anak dan suami dan emak dan adik-beradik selagi dia masih sempat. Aku faham, masa untuk dia pergi sudah semakin dekat.

KOMA

Pulang dari umrah kali kedua - kesihatannya semakin merosot. Aku SMS dia dan bertanyakan tentang tangga kayu yang mencanak tinggi di rumah mak dia [Semasa remaja aku pernah pergi ke rumah mak dia dan tangga kayu tu bikin aku gayat]. "Ha ha, tangga tu masih ada lagi, Bro!" Itu SMS dia yang terakhir.

Pagi semalam aku terima SMS, mengatakan dia nazak di rumah. Petang semalam aku terima SMS, mengatakan dia masuk wad onkologi HKL. Aku bergegas ke sana. Di katil - Dalilah - terbaring lemah. Sebab dah tiga hari dia tak tidur. Doktor suntik morphine. Dia tidur. Tapi, apabila dia sedar aku datang, dia gapai tangannya ke langit, macam bayi minta didokong. "Bro datang!" kata suami dia. "Kau nak duduk ke?" aku tanya. Dia mamai. Dia tak cakap. Dia cuma angguk-angguk kepala. Kami dudukkan dia. Dia minta bantal. Nak letak pada meja makan katil hospital tu. Dan dia tidur bertelangkup di situ. Bila ada orang datang, dia sedar, mamai, dan minta ampun dan maaf, suara dia hampir tak boleh didengari, perlahan sangat. Kemudian, dia tidur lagi, badan dia berpeluh, tapi tangan dan kaki dia dah sejuk, mata dia dah kuning, kanser dah rongrong hati dan perut dia. Raut wajah dia dah lain sangat-sangat.

Pagi tadi aku terima SMS, mengatakan Dalilah telah meninggal dunia sekitar 8.50 pagi. Cepat-cepat aku pergi ke wad, sempat angkat dan alihkan jenazah dia dari katil ke pengusung, dan kenderaan bawa jenazah dia ke rumah mayat kemudiannya. Suami dia uruskan segala dokumen. Aku duduk di dalam bilik mayat bersama-sama dengan jasad Dalilah yang berbalut kain putih. Aku bisikkan kepadanya, 'Tidurlah, tidurlah lama-lama kawanku! Dan kau tidak akan jatuh sakit lagi sampai bila-bila, aduhai Dalilah bt Tamrin!'



Dalilah Tamrin aka Raden Galoh aka Onebreastbouncing tidak sempat sign kontrak lagu ini, rasa-rasanya. [Semalam, dia ada minta suaminya bawa kontrak ini ke HKL untuk di tandatangani, tapi tak sempat...)

39 Comments:

Blogger Unknown said...

takziah 2 her family. alfatihah.

Julai 19, 2010 5:13 PTG

 
Blogger lumachroma said...

semoga rohnya dicucuri rahmat. alfatihah.

Julai 19, 2010 5:31 PTG

 
Blogger hana_kirana said...

Ini entri kedua kau yang berjaya buat aku sebak.

Al-Fatihah.

Julai 19, 2010 6:51 PTG

 
Blogger Darkkadabra said...

Dem. Bro. Lu buat pipi gua basah.

Takziah.

Julai 19, 2010 7:34 PTG

 
Blogger The.Libyaman said...

terpaksa jugak gua menangis sesudah membaca entri ini. Al Fatihah.

Julai 19, 2010 7:40 PTG

 
Blogger Ellie said...

Aku masih simpan mesej kak D beberapa bulan lepas.

Al fatihah!

Julai 19, 2010 7:53 PTG

 
Blogger ymn said...

al fatihah.

Julai 19, 2010 7:57 PTG

 
Blogger Misya Idris said...

kakak ni sangat tabah. tulisan kat blog dia yang terakhir, sangat menyentuh. Al Fatihah. RIP sister.

Julai 19, 2010 8:25 PTG

 
Blogger Mohd Yussof Ibrahim said...

Bro, gambar makan jagung dgn Arwah masa kat wad dulu ada lagi?

Tu last jumpa Arwah...

Al Fatehah untuk arwah.

Julai 19, 2010 9:04 PTG

 
Blogger Elviza said...

Salam Bro (sebab Darling panggil awak Bro, saya pun nak mintak panggil awak bro jugak),

Saya menangis baca posting ni.

Awak sangat beruntung kerana mengenali Dalilah begitu lama.

Saya kenal dia di alam blogging cuma 4 tahun sahaja. Dan 4 tahun itu dia sangat istimewa.

Semalam saya pegang tangan dia semasa dia dibawa turun dari ambulan, saya cakap: "Awak jangan mungkir janji, Darling... Tunggu saya datang, saya pasti datang."

Dia cuma angguk. Dia mengerang. Pipinya sejuk beku macam airbatu.

Itu jawapan saya sebab dulu, dia kata kat saya, "jangan menangis, Mish. Aku tunggu kau kat sana ye?"

Mungkin awak ada di rumah mak dia petang tadi, tapi saya tak kenal awak lagi masa tu, Bro.

Saya dan suami meninggalkan Dalilah di Tanah Perkuburan Labuhan Dagang tepat jam 4:30 petang.

Al-Fathihah.

Saya sangat, sangat, sangat sedih. Here in my supposedly articulate world, no words can do justice to Dalilah.

Kalau Bro sempat, beli lah Sinar Harian pada hari Rabu 21 Julai 2010. Saya akan penakan obituari utk sahabat kita.

Dan 21 Julai itu pun hari jadi dia, saya tak sempat kasi hadiah yang saya dah beli untuk dia. Saya tahu, dia mesti suka punya.

Please email me your details, in case you want a copy of the paper (kalau u tak sempat beli lah hari rabu ni).

Dah mengarut sangat ni. Maaf.

Salam
Elviza Michele Kamal
elvizmichele@gmail.com

Julai 19, 2010 9:07 PTG

 
Blogger test said...

al fatihah...
sesungguhnya aku semakin respek kat Abg Lan...
seorang sahabat dunia akhirat, insyaallah...

-rozinorazali-

Julai 19, 2010 9:19 PTG

 
Blogger syed syahrul zarizi b syed abdullah said...

al fatihah, takziah kepada keluarga beliau...

Julai 19, 2010 10:11 PTG

 
Blogger Aishah Nur Hakim said...

Bos...sedih la...
T_T

Julai 19, 2010 11:30 PTG

 
Blogger ayobkelubi said...

bang

kau mmg sahabat sejati!.

al-fatihah untuk kak dilah.

Julai 19, 2010 11:40 PTG

 
Blogger @}---mushroomcute---{@ said...

rentetan dr FB Kak Sri Diah, hingga ke Blog Rudy, dan akhirnya di sini. Kata2 arwah dlm lagu sahaja sudah cukup menyebakkan dada. Inikan pula catatan en. naga. Mush sedang dalam derita luka di hati. semalam terasa sgt malang, tp disebabkan rentetan cerita arwah, terasa derita tak nampak ini taklah sebesarmana dibandingkan dgn ujian arwah. Semoga kita yg hidup ini dapat meminjam ketabahan dan keutuhan semangatnya. Semoga rohnya dicucuri rahmat..Al-Fatihah..

Julai 19, 2010 11:47 PTG

 
Blogger Ellie said...

Elviza,

Saya bertugas dan bermastuatin di LD, Kuala Langat.

Dan saya ada dengar kakak2 kantin bercerita ada orang meninggal.

Adakah itu Allahyarhamah kak D?

Julai 19, 2010 11:54 PTG

 
Blogger Unknown said...

Kalau ada orang cakap dalam hati kau ada taman, aku sendiri hentak dia!

(Aku pernah baca one breast bouncing dan sangat inspiring bagi golongan yang diuji spt mereka)

Al Fatihah.

Julai 20, 2010 1:38 PG

 
Blogger zizie ali said...

takziah. AlFatihah.
terkedu aku.

Julai 20, 2010 7:34 PG

 
Blogger Nora Isma Fuad said...

As salam, daripada blog ke blog saya membaca tentang kat Dalilah. Hanya berkesempatan mengenai dearest sis beberapa bulan sahaja, dan tidak berkesempatan mengenalinya secara personal.

Saya masih ingat, menghantarnya sebuah novel saya, Dimensi cinta, ke alamat tempat kerjanya (masa itu dia masih bekerja) dan katanya dia seronok menerima buku itu.

Saya rasa kelu dan sayu memikirkan buku kedua saya( yang ditujukan untuk pesakit kanser) tidak sempat ditatap oleh sis dalilah.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepadanya.al fatihah!

Julai 20, 2010 8:27 PG

 
Blogger Unknown said...

takziah.

Julai 20, 2010 9:02 PG

 
Blogger saudagar gaRAM.. said...

seoang yang sangat kuat..
terasa kehilangan..

takziah..

Julai 20, 2010 9:40 PG

 
Blogger Pa'chik said...

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِي
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِي
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air iss dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka.

Julai 20, 2010 10:25 PG

 
Blogger siskinny said...

T_T

Al Fatihah

Julai 20, 2010 10:28 PG

 
Blogger tasekM said...

alfatihah...






.

Julai 20, 2010 10:49 PG

 
Blogger KYS said...

Encik Naga,

Ini kali kedua saya menangis teresak esak baca blog awak. Pertama masa awak tulis bonda awak dah meninggal dunia.

Beliau sentiasa ceriakan kita, moga Allah ceriakan dia di sana.

Saya sedekahkan Al fatihah untuk beliau.

Julai 20, 2010 12:49 PTG

 
Blogger Papa said...

aku sebak sungguh...aku ingat lagi catatan dia pasal belajar blog dgn ko, bro. sebak, sebab dia antara kakak SMSS yang paling best. dan ko pun pasti ingat, dulu, tandatangan dia, ko boleh tiru dan pulak dia boleh tau, ko the only person yang boleh buat macam tu....

Julai 20, 2010 1:00 PTG

 
Blogger Brader Black said...

Takziah.





Al Fatihah.

Julai 20, 2010 1:05 PTG

 
Blogger KakYang said...

Takziah..Al-Fatihah

Julai 20, 2010 1:05 PTG

 
Blogger Bukan Sepet said...

gilalah aku kalau aku tak sebak.
Cayalah bang naga...

Julai 20, 2010 4:27 PTG

 
Blogger landaklaut said...

al-fatihah.. ;(

Julai 20, 2010 7:07 PTG

 
Blogger Corey said...

Bang..gua nak nangis.Tapi ego masih meninggi di dalam dada. Takziah.Al-fatihah.

Julai 20, 2010 7:13 PTG

 
Blogger Selamber Rock said...

Al-Fatihah..moga beliau tenang di sana..

Julai 20, 2010 9:49 PTG

 
Blogger Guru said...

moga Allah menempatkan beliau bersama insan2 soleh..
ameen

Julai 20, 2010 11:40 PTG

 
Blogger Taf Teh said...

Al-Fatihah.

Julai 21, 2010 8:55 PG

 
Blogger Anonymous said...

andai diberi bandingan, entry ko Bro kali ini bak Syarahan akhir Randy Pauch. Dalam senyum aku menangis.

Aku kenal dia melali ngko, Bro. Seolah-olah aku mengenali dia selama-lamanya.

dia tenang sekarang, biarkan dia lena dengan aman.Panjang.

Al-Fatehah.

~po.

Julai 21, 2010 8:56 PG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Al fatihah.

Pernah singgah blog beliau beberapa kali.

Julai 21, 2010 4:41 PTG

 
Blogger tapai said...

Al-Fatihah

Julai 21, 2010 6:54 PTG

 
Blogger Yellowrabbit said...

Terima kasih bebanyak Sdr Naga kerana telah sudi berkongsi dgn kami cebisan hidup arwah RG bersama Sdr.
Nukiran Sdr telah memberi satu gambaran hidup persahabatan yg kaya, yg penuh dgn suka duka. Satu gambaran yg membuat kami lebih mengenali arwah RG.
Salam takziah kpd MH dan anak2, ibubapa, adik beradik RG dan kpd Sdr Naga atas pemergian RG. Semoga RG ditempatkan di kalangan orang2 yg terpilih.Ameen.

Salam takziah,
Yellowrabbit

Julai 21, 2010 7:38 PTG

 
Anonymous Tanpa Nama said...

saya tak pernah kenal kak dalilah secara dekat tapi saya peminatnya di FB dan Blog.... benar-benar terasa kehilangan.... Al Fatihah

Julai 22, 2010 10:44 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home