"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

23 Julai 2010

Anti Stress

Ada dinner dengan Hafsham, Lelaki Ipoh cakap, nak bincang pasal projek adaptasi novel ke filem, Karipap-Karipap Cinta Kembali Daaaaa! Gua cakap, ok. Dan, perempuan genit itu, yang kononnya isteri yang baru sahaja dikahwininya, menolak kerusi roda Lelaki Ipoh yang telah kudung kaki dek jerangkap samar itu ke luar wad. Lelaki Ipoh cakap, bai. Gua cakap, bai.

Ping pong, ping pong. Telefon bersel gua bunyi. Gua picit any button. Hello, gua cakap.

Hello, keh ni, Pipiyapi cakap, Pendita AGI ade telefon aok dok? Takde pulok, gua cakap. Ok ok, Pipiyapi cakap, keh nok sambung tido.

Pintu bilik air berkeriuk. Bagai satu gerak perlahan, seorang perempuan tua berbangsa India keluar sambil tangan kanannya membetul-betulkan ikatan kain hospital dan tangan kirinya menarik-narik besi beroda tempat gantung botol sodium chloride irrigation. Dia cakap, hi. Gua cakap, hi.

Aaa, Anti dah lama ke kat wad ni, gua tanya.

Sudah lama jugalah, my son, Anti tu jawab, sambil membetul-betulkan lilitan rakhi di pergelangan tangannnya.

Aaa, Anti apa sakit, gua tanya.

Stress jugalah, my son, Anti tu jawab.

Oooo, gua cakap.

KOMA

Di luar jendela hospital: Kuala Lumpur pada tahun 2045 masih serupa macam dulu-dulu juga. Kampung Baru masih sama macam dulu-dulu juga, tak membangun. [UMNO dan PAS pun masih macam dulu-dulu juga, tak team up team up lagi.] Kalau ada pun yang berubah - slogan perpaduan - 'Tok Wan Malaysia!'

Tok Wan Malaysia, Anti, gua cakap, secara tiba-tiba.

O-pocot, Tok Wan Malaysia, my sonnnnnnn, Anti Stress cakap. Selepas itu dia tercungap-cungkap. Cepat-cepat dia capai topeng oksigen di tepi katil...

Hoh Han Heh Hiaaaa, Hoh Hah Heh Hiaaaa, Hoh Han Heh Hiaaaa, Anti Stress cakap, tak clear sangat, sebab dia dah tekup mulut dan hidung dia dengan topeng oksigen.

HAH, apa dia, gua tanya.

11 Comments:

Blogger Misya Idris said...

uih. ada sambungan lagi tak bang?

Julai 23, 2010 7:41 PTG

 
Blogger Jef Hadi said...

ingat ada petua anti stres. haha.

anti stres tu cakap tok wan malaysia ke?

haha.

Julai 23, 2010 7:44 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

ni bukan anti stress, ni lagi buat aku stress. atau auntie tu yg anti stress?

Julai 23, 2010 7:58 PTG

 
Blogger Corey said...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Julai 24, 2010 7:11 PTG

 
Blogger Corey said...

Sol-jah sudah cipta mesin masa? Tengok anti je stress? Anti-rasuah=stress.Anti-rempit=stress.Lagi lagi anti-rokok...Aiseh

Julai 24, 2010 7:15 PTG

 
Blogger Lily Abdullah said...

Haiya,2020 umur gua 50. Jadi 2045, gua rasa masa tuh gua dah boleh makan duit pencen beb!

Atau dah tak dapat makan-makan apa2 lagi

Haiya..stressss!

Julai 25, 2010 3:50 PTG

 
Blogger sinaganaga said...

Baby,
TEngok keadaan. :)

Sas,
HA HA.

Khal,
HA HA.

Kori,
:)

Water,
HAHAHAHAHAHHAHAAA.

Julai 26, 2010 8:52 PG

 
Blogger Misya Idris said...

ala.. tengok keadaan pulak.. sambung la bang..

Julai 26, 2010 10:19 PG

 
Blogger Unknown said...

perghh

Julai 26, 2010 11:20 PG

 
Blogger akirasuri said...

Anti stress tu nampak macam comel je. He he he!

Julai 26, 2010 11:36 PG

 
Blogger Mariea said...

Aci yg stress rupanya...ceh..

Ogos 12, 2010 2:07 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home