Gantung blog
"Blog dah tak hip dah la ni!"
~ Tok Rimau: Pensyarah, Penggiat Seni Filem Pendek.
"Bila dah buat pameran di Galeri Petronas... lifestyle pun kenalah ubah. Lepas-lepas ni dah kena pakai suit Armani dah!"
~ Vovinsky: Penulis, Penyair, Penggiat Seni Filem Pendek, Penggembara, Pencinta Wanita.
"First show - kat Galeri Petronas. First collector - pun Galeri Petronas. Lepas ni dah tak boleh buat pameran kat galeri-galeri lainlah - kena jaga standard!"
~ Ise Parking Project: Pembuat Kertas Kerja Bidang Seni Tampak Tahap Dewa.
"Projek tu saudara kena siapkan sebelum Oktober!"
~ Dato' Dr Anwar Ridhwan: Sasterawan Nombor Satu Negara, Penulis, Pendidik, Pelukis.
"YAAA!!! Projek tu kau kena siapkan sebelum Oktober!"
~ Ridzuan Harun: Penulis, Penyair Dari Benua Suluk, Pendidik.
"Hah! Projek aku bila pula kau nak kasi setel ni, weh?"
~ Dean Sham: Pensyarah, Penggiat Seni Filem Pendek, Pengurus Pemasaran Produksi Filem.
"Lan! Aku dah ada FaceBook dahhhh! [<= Ni dia nak bagi tau gua yang blog dah tak hip lagilah ni!]"
~ Zakaria Ariffin: Penulis Skrip, Pelakon Teater, Pengarah Drama Pentas, Pengkaji, Pendidik, Pelukis (masa kanak-kanak), dan Pelbagai P P P lagi.
Aduyaiii...
Makanya, gua rasa macam nak 'gantung blog'lah. Kecuali - kalau lu ada alasan yang kukuh untuk gua tak teruskan niat suci murni ni.
23 Comments:
bukan semua orang boleh pergi galeri tapi semua orang masih boleh baca blog lu bang!.
Ogos 05, 2010 9:29 PG
ala bang.. tak kan merajuk kot??
Ogos 05, 2010 10:02 PG
aku betul2 menyokong kata2 en. ayobkelubi. walaupun aku rajin p klcc tu, tapi sampai paras kinokuniya aku dah give-up, jadi lebih baik lupakan niat suci yang tak berapa murni tu.
Ogos 05, 2010 11:02 PG
Baby Tiger,
Growllllll!
Ge,
Lu jangan macam-macam. Bawak gua ke arts supply. Beli berus, kaler dan kertas. Kita melukis bawah pokok.
Ogos 05, 2010 11:26 PG
facebook tu tok ingusan2. blog utk yg da kering ingus. Keep up d good work kay?
Ogos 05, 2010 11:49 PG
tolong jangan digantung blog ini. nanti saya boring. saya takde kerja kat office ni. jadi kerja saya hanyalah membaca blog ini berulang-kali.
Ogos 05, 2010 12:18 PTG
Gantung eh?
Gantunglah kalau berani! Dengan rimau, dengan naga, semua gua amukkan nanti!
Abih, apa gua nak baca kalau blog blog hip ni semua dah gantung?
Jangan macam macam deyan...
Ogos 05, 2010 12:23 PTG
bila last lu mandi sirap selasih jend?
Ogos 05, 2010 12:27 PTG
err saya tak pegi galeri. sebab tak ada orang nak bawa. facebook pun dah malas. tapi kalau blog ni, boleh datang sorang-sorang dari mana-mana.
so?
Ogos 05, 2010 1:16 PTG
hah? hah? hah? lu masukkan nama wa dalam blog lu? Fuh!
Ogos 05, 2010 2:00 PTG
gantung la beb..semua orang dah buat. Ko yang terlambat.
Ogos 05, 2010 3:06 PTG
ini simptom ketulahan santau kapitalis!
Ogos 05, 2010 3:47 PTG
ada seorang budak rajin pergi surau. masa gotong-royong surau, budak ni disuruh gulungkan carpet kemudian sandarkan ke tepi dinding.
suatu hari surau ada buat ceramah agama - tajuk kiamat. ustaz kata, "Masa kiamat itu bumi akan digulung dengan kuasa Allah SWT"
jadi budak ni pun angkat tangan tanya, "Ustaz... lepas bumi tu digulung, sandarkan kat mana?"
balik tu habis budak tu kena marah bapak dia, "yang kau pergi tanya sandar kat mana tu buat apeee"
so, aku angkat tangan nak tanya, "Abang nak gantung blog kat galeri mane?"
Ogos 05, 2010 4:50 PTG
baru semalam gi Galeri. takkan hari2 mau pegi galeri? blog boleh baca hari2 (walaupun tak update hari2)
Ogos 05, 2010 7:00 PTG
uncle lan..
sungguh heh kamu ni..
Ogos 05, 2010 7:12 PTG
alasan yang
ke 1 : tak semua opis kasi akses ke facebook.. akses ke blog boleh lepas lagi..
ke 2 : ingat senang ke nak tengok balik coretan lama lama yang kita dah tulis kat facebook tu.. dia mana ada archive.. nak tekan older sampai ketua kang kalau nak tengok entry lepas lepas ..tak boleh buat rujukan kecuali gambar jer yang duduk setempat.. kalau blog kita boleh buat lable..
ke 3 : nanti gua fikir kan lagi kalau gua rajin kang..
.
Ogos 05, 2010 7:55 PTG
jangan gantung bang. nanti rindu :)
Ogos 05, 2010 11:24 PTG
ni nak kena pujuk dengan pulut kuning ni...
Ogos 06, 2010 4:58 PG
mcm mana lu nak gantung blog bang? frame pun takde :p
Ogos 06, 2010 8:46 PG
Facebook untuk jalan-jalan ushar awek,
Blog untuk jalan-jalan ayat awek,
he he
Ogos 06, 2010 7:39 PTG
Murni?Murni apanya nak gantung? Tak semua benda hip sama untuk semua orang.Ada yang hisap surya.Ada yang hisap dunhill.
Ogos 07, 2010 9:09 PG
sinaganaga lebih dikenali sebagai seorang blogger. mana bisa menjelma jadi facebooker.
Ogos 10, 2010 12:05 PG
Muka buku buat tempat bersembang bolehlah bang, dan juga tempat iklan. Yang lain-lain, tak estetik langsung.
Ogos 11, 2010 9:49 PG
Catat Ulasan
<< Home