"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

28 Julai 2010

C3RK45 [Akan mula dijual di Maskara Shorties)

Ada dua sahaja cara untuk kami terus menganjurkan Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-kawan Yang Kita Suka (MASKARA) pada masa akan datang: 1. YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim datang ke Maskara Shorties pada kali ini dan suruh kami ke pejabatnya untuk berbincang pasal pendanaan, atau 2. anda beli buku terbaharu terbitan kami, C3RK45. Cuma RM15 senaskhah (Sepatutnya RM20 senaskhah, tapi turunkan harganya kerana kami sayang anda).



...setiap kali Liana [Lanielle] mengirimkan pesanan ringkas kepada kapel-nya yang berbunyi 'Sayang dah makan?', dia akan segera mengharapkan balasan pesanan ringkas yang panjang-panjang seperti 'Dah, sayang! Hari ni Remi makan nasi. Nasi lauk ikan. Ikan patin masak tempoyak. Tempoyak made ini Chemor. Chemor terletak di daerah Kinta, Perak.' Tetapi malang, kerana pada setiap kali dia hanya akan menerima balasan pesanan ringkas yang berbunyi 'Dh!'
~ Jeneral Sinaganaga

Malam itu berbahang. Lili rasa rimas duduk di dalam rumah. Dia buka pintu dan duduk di kerusi laman. Kaki tanpa seliparnya memijak rumput yang menguning. Langit gelap dan bintang bersinar terang. Angin panas sekali-sekala meneyrgah badannya. "Bila alien nak datang culik aku ni?" Lili berbisik....
~ Leftenan Jeneral OP Zaharin

...Yan Yan datang dari keturunan yang baik-baik. Bapanya mantan pemenang kucing sihat Wilayah Persekutuan selama tiga tahun berturut-turut dan ibunya bekas model iklan Whiskas. Mana tahan kalau setiap hari [dia] dirogol oleh bapak-bapak kucing.
~ Mejar Jeneral Vovin

"Ni nak cerita macam mana ni?" Pemuda bertopi Liverpool itu menunjuk pada kemek kereta Wira orennya yang dilengkapi dengan ekzos - bunyi - macam - ribut - pecut - macam - siput. Wan Boroi hendak tak hendak sahaja memandang sambill menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Lampu kanan hadapan keretanya juga pecah.
~ Brigadier Jeneral Jigo

Hanif tumpahkan sedikit Kopi Ajaib ke atas gambar Diana Danielle. Tidak semena-mena Diana Danielle keluar dari kulit majalah, dan sekarang berada di dalam bilik Hanif, terpingga-pingga, Tapi gambar lipas tadi muncul balik di kulit buku Gangguan Teksual. Hanif periksa di dalam beg, lipas yang disimpannya tadi dah hilang.
~ Kolonel Mat Jan

Opsss... Baby dah bangun. GTG. Nanti dia perasan pula saya tak ada. Bye sayang. Muahhhhh...
~ Leftenan Kolonel Spyz

Wabihi nastainu billahi. Patik Awang. Nama patik pendek sahaja. Patik tidak dibenarkan menggunakan nama ibu bapa patik. Itu hukuman dari Baginda Sultan. Berdirinya patik di sini bukanlah sebagai panglima perang. Wakil Sultan pun bukan. Sebaliknya, patik adalah seorang banduan yang sudah lapan tahun dipenjarakan.
~ Mejar [Cook] Tok Rimau

Ismael yang lengkap beruniform sekolah baju masuk dalam, bangun dari kerusi lantas berjalan masuk ke bilik. Tak lama kemudian dia keluar semula dari bilik dengan hanya bertuala. "Hah baru makin sikit, berak..." sound Makcik Rosmoh.
~ Kapten Pipiyapong

Petang yang agak suram. Burung-burung telah kembali ke sarang. Kambing telah pulang ke kandang. Ayam telah balik ke reban. Begitu juga semua haiwan yang memahami rutin harian mereka. Namun, tidak bagi Senin. Di waktu yang tidak berapa elok sebegitu, dia masih menyendiri di bawah pohon rendang. Pandangannya ke arah ukiran di batang pohon itu yang bertulis 'Senin Cinta Kamisah'. Dia sendiri yang mengukirnya demi cinta yang tulus suci, biar bertepuk sebelah tangan, tapi cinta tetap cinta.
~ Sarjan Probos Azzam Supardi

Jangan salahkan Pusi. Pusi mana pandai. Pusi tidak pernah pergi sekolah pun!
~ Rekrut Dean Sham

Penampilan khas:

"Sudoh-sudoh la berak tu, Ismael!" sound Makcik Rosmah.
~ Leftenan Muda Lau Siew Sein

Johan melukis spoiler, tinggi macam kereta lumba. Johan lukis rim sport pada tayarnya. Johan berkira-kira mahu memberikan warna merah pada keseluruhan keretanya. Kecuali tayarlah, bibir Johan terukir senyuman nipis, bahagia dan gelihati. "Tipu!" Ashraf tiba-tiba menjerit. Pensil di tangan Johan hampir tercampak kerana terkejut. "Cikgu, Johan tipu, dia mana ada kereta!"
~ Laskar Kanan (U) Mukhsen_X

...

Macam biasa (dan macam cilake), kami cetak sedikit sahaja. Makanya, dapatkan naskhah anda dengan segera! Kalau anda gagal untuk memilikinya pada ketika ini - tak usahlah anda emel kami pada masa akan datang dan bertanya, "Maaf enche! CERKAS ada lagi ke? Saya nak beli." - Kami tak TAK AKAN BALAS emel anda bukan sebab kami sombong tetapi sebab buku ni memang dah FINISH, HA HA HA!

13 Comments:

Blogger Rahsia Biasiswa said...

Salam tuan blog, mintak izin nk promote brg sket blh tak? Saya rasa produk ni patut dimiliki oleh semua orang, terutama untuk tolong bangsa kita yang masih ramai xdpt pergi universiti kerana xcukup duit. Sdr Anwar Yassin telah bersusah payah menghimpunkan himpunan lebih 40 biasiswa yang boleh dimiliki di Malaysia, dgn harapan lebih ramai orang dapat masuk universiti, terutama dari kawasan luar bandar. Saya ada menjual panduan beliau di blog saya. Harap dapat sebarkan..kalau dapat buat entri sket yg ringkas lagi bagus.. hehe.. Semoga usaha kita yg sedikit ini diberkati Allah. Boleh layari rahsiabiasiswa.blogspot.com.. Terima kasih, maaf kalau mengganggu..

Julai 28, 2010 10:48 PG

 
Blogger dugongsenyum said...

penjual2 ebook ni nanti agaknya duduk satu makam dengan orang2 MLM di neraka nanti.

Julai 28, 2010 11:43 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Rahsia Biasiswa,
Buku 'Panduan' pun nak jual ke? Eh, gua ada banyak katalog-katalog buku kat opis gua ni - lu agak2 lu boleh tolong jualkan tak weh?

Julai 28, 2010 11:48 PG

 
Blogger Nazri said...

Rahsia biasiswa ialah;

Tiada biasiswa

Julai 28, 2010 11:58 PG

 
Blogger Unknown said...

ada gift utk early bird tak? ha!

Julai 28, 2010 1:22 PTG

 
Blogger Encik Jep said...

cerkas mesti mareyyyy!! haha!

Julai 28, 2010 7:45 PTG

 
Blogger Pegawai Khalwat said...

Aku rasa macam Astro pulak. Baca sikit ada iklan, baca sikit ada iklan.

Julai 29, 2010 9:52 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Naz,
HA HA.

Amora,
Wat 'bird'?

Jep,
C3RK45 mesti mareyyyyyyyyy punya!

Khal,
Ha ha. Kalau beli satu - baca terus, terus baca - tak ada iklan, weh!

Julai 29, 2010 1:33 PTG

 
Blogger ontahsapo said...

kalau tak pergi maskara, boleh pos laju tak?

Julai 29, 2010 1:36 PTG

 
Blogger Cikgooden said...

Naga, Bro:

apasal Rahsia Biasiswa ni?. mabuk biasiswa ka?.....hahahaha

(gua turun maskara...)

Julai 30, 2010 2:50 PG

 
Blogger sinaganaga said...

Ontah,
Buleh.

Cikgudeen,
Yeeha, lu turun Maskara Shorties - kalu ada tempat duduk yang kosong - kasi angkat itu waterlily sama razak.

Julai 30, 2010 8:34 PG

 
Blogger Unknown said...

form mana bang?nak isi cepat2 takut abis!

Ogos 01, 2010 3:03 PG

 
Blogger budak said...

nak order buku cerkas ?
macam mana ? bagi detail ah :)

Ogos 09, 2010 11:26 PTG

 

Catat Ulasan

<< Home