5 sebab mengapa anda perlu datang ke Maskara Shorties
1. Ada 30 buah filem pendek yang akan ditayangkan secara random. Kalau pergi ke panggong biasa - kita dah tahu dah The Sorcerer's Apprentice main pukul 1:45, 2:15, bla bla bla... Jadi, di Maskara Shorties, kita tak tahu Sepi Seorang Abdillah main pukul berapa, makanya ini akan menambahkan lagi keterujaan dan nilai indienya. Bak kata semua orang, "Indie tengah naik la ni, wo!"
2. Kami telah mengeluarkan wang yang banyak untuk membeli ais ketul. Makanya, air sirap yang Zan Zaini selalu bancuh itu akan ada refill-nya pada Maskara Shorties kali ini. Air sirap dan ais ketul adalah percuma. Anda tak perlu bayar apa-apa. Hah.
3. Anda berpeluang untuk menikmati kopi Tongkat Ali yang dibancuh oleh pasangan bercinta, Haan dan Luca De Ketiak. Orang tua-tua bilang, orang sedang hangat bercinta kalau bancuh air - kalau pahit pun akan terasa manis.
4. CERKAS, buku baharu terbitan Sindiket Sol-Jah akan mula di jual di sana nanti. Kira World Premiere juga tu. *Ahaks!*
5. [Anda sendiri tulis mengapa anda perlu datang ke Maskara Shorties].
13 Comments:
Like! (sambil menjempol kedua-dua belah ibu jari tangan ke atas!)
Ogos 03, 2010 10:54 PG
abdillah oh abdillah..mesti pipiyapong nih.
Ogos 03, 2010 11:12 PG
5. dapat bertanyakan pada sinaganaga status hubungannya ahahahaha
Ogos 03, 2010 1:06 PTG
"For you, a thousand times over"
Ogos 03, 2010 1:34 PTG
sebab saya tak nak jadi kodi.
Ogos 03, 2010 2:38 PTG
Zan,
Gua jempol ibu jari kat lu gak.
Jim,
Kita sama-sama saksikan.
Jasdi,
Faking. (Ha ha).
Dug,
Eh, nanti bawa perkakasan merepair wayar elektrik - ada 1 plug tu takde karen la, Dug.
Wis,
Yes! Sapa datang Maskara Shorties - dia tak KODI!
Ogos 03, 2010 5:59 PTG
itu macam kalu... wa insyaallah datang awal sikit.
Ogos 03, 2010 9:21 PTG
Tangan atas, tangan bawah
tangan atas, tangan bawah
Ogos 04, 2010 12:23 PG
aahhhh.. mahu hadir tapi 7 Ogos itu ada acara lain di Universiti. :(
Ogos 04, 2010 1:54 PG
Dug,
Cantik. Terima kasih. Gua belanja lu makan.
Khal,
Weh, lu amek tiket keretapi - lu mari la weh.
Bah,
Acara di U siang. Acara di Rumah PENA malam.
Ogos 04, 2010 8:30 PG
saya bukan ahli sendiket ... apatah lagi clan
boleh p ka?
*budak baru belajaq ...
Ogos 04, 2010 3:26 PTG
Hambali,
Boleh. Maskara Shorties bukan hanya untuk ahli - Maskara Shorties untuk semua, untuk siapa-siapa sahaja, untuk kita yang tak kodi.
Ogos 05, 2010 8:28 PG
sebb maskara masuk paper Sinar Harian & Berita Harian kalo xsilap.
tshirt sendikit xde jual skali kah??
Ogos 06, 2010 3:24 PTG
Catat Ulasan
<< Home