28 Hari Jurnal Rock N Roll [Ulasan Buku]
MEMBACA buku ini dalam bulan puasa adalah suatu kesilapan [kerana buku ini mengandungi senarai makanan dan minuman yang panjang dan kita mudah terasa lapar dan dahaga].
Mohd Jayzuan atau Jay makan dan minum di sepanjang kembara ini: Panadol actifast, nasi kukus, lokceng, air jagung, nasi dagang, keropok lekor, [gila] babi, nasi lemak ikan tongkol, biskut kering empat segi atau biskut lutut, nescafe, nasi putih, sup daging, telur dadar, teh tarik, air tembikai, nasi sup tongkat Ali, nasi lemak ayam, beriyani, limau ais, Tiz Zaqyah, gula-gula getah, udara segar, mi seperti mi sup bebola ikan, ikan pari, nasi air, popiah, sirap, nasi goreng, teh o panas, [zombie makan] otak manusia, rojak kuih, roti canai, cendol, pasembor, milo ais, [hati], kopi, [mi segera] Maggi, nasi kandar, nasi goreng bunga kantan, air Astro, nasi royale, nasi ganja, wadikipeng, dan rock n roll.
Ada makanan-makanan ini kita biasa makan, ada makanan-makanan ini kita tak biasa makan, lokceng misalnya. Dan kita tertanya-tanya dalam hati: apekebende ni? sedap ke? halal ke? ha ha.
Ada minuman-minuman ini kita biasa minum, ada minuman-minumam ini kita tak biasa minum, air Astro misalnya. Dan kita jadi tertanya-tanya dalam hati: apekebende ni? sedap ke? halal ke? ha ha.
Ok, dari senarai makanan dan minuman yang sangat panjang ini kita boleh meneka, bahawa kentut si Jay sangat busuk [kecuali jika dia betul-betul makan Tiz Zaqyah ~ Tiz Zaqyah wangi, saya syak begitu]. HA HA.
Tapi, buku ini bukanlah tentang makanan dan minuman semata-mata. Buku ini juga mengandungi cerita-cerita tentang jiwa - jiwa yang gembira dan jiwa yang murung; yang banyaknya adalah cerita-cerita tentang jiwa yang murung. Jadi, untuk keluar dari daerah bolong dan lopong itu - Jay menjelajah; mencari, menemui, dan seterusnya berusaha untuk menakluki dirinya semula.
Dan, Rock n Roll adalah 'erti sebuah kemerdekaan' buat Jay atau Mohd Jayzuan.
MERRRRR... DEKA!
14 Comments:
Hmmmm..gua belom baca lagi bang. Sejak hidup berkelana macam nomad ni, gua dah jarang baca buku.
Sungguh rugi semakin jauh dari acara2 seni yang gua suka pergi.
Selamat Hari Merdeka!
Ogos 31, 2010 12:23 PG
buku? aku baca blog jer... malas nak selak-selak
Ogos 31, 2010 12:40 PG
'sedap' aa buku ni!
diratah hingga ke kulit terakhir!
haha!
Ogos 31, 2010 1:12 PG
Ya rock n' roll bererti kebebasan bagi saya dan sesuka hait nak tulis apa... hehehe.
Wei, gua makan hati jugak la! :P
Ogos 31, 2010 6:04 PG
Lily,
Lu kerja kat mana sebenarnya ni weh? Kat Sentuari Hidupan Liar ke?
Lan Ram,
Wahhhh, Geng Jurnal masih hidup lagi rupa-rupanya.
Sas,
Iya. :)
Jay,
Ya, tu yang gua ada tulis tu, lu ada makan [hati] jugak! Apa2hal kalu - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan, Jay. Tu ti tu ti nu ni nu ni, tweengggggggg!
Ogos 31, 2010 10:58 PG
tiba-tiba kuih gulung terasa sedap.
Ogos 31, 2010 10:03 PTG
wadikipeng...? banjarkah?
aku panggil wadai kipeng.
.
September 01, 2010 1:24 PG
Wau weeee junior jus!
September 01, 2010 8:47 PG
wadai kipinglah agaknya tu.
wadi tu ikan masin yang sangat masin.
September 01, 2010 10:49 PG
aku ingat wadikipeng tu sejenis kueh
September 01, 2010 2:09 PTG
Amin,
Ha ha.
Tasek,
Agaknya la. Gua tak makan. Jay yang makan. Makanya, dia lebih tahu.
Khal,
Hoi, bila nak mai KL?
Nizam,
Ntah.
Dug,
Ntah.
September 01, 2010 3:38 PTG
Tiz Zakyah boleh makan?
hmmm... interesting.
Mcm mana cara makannya?
September 01, 2010 4:01 PTG
13 - 18 Oktober 2010 aku ada kat KL.
Show aku 16 & 17 Okt.
Hang dengan geng Soljah jangan lupa mai.
Sila O Sila!
September 03, 2010 9:08 PG
Khal,
Show kat mana?
September 06, 2010 9:14 PTG
Catat Ulasan
<< Home