Abah Kita Sarjan Probos (Provost Sergeant): Hari Raya Tahun 70-an
"KABOMMMMMMM!"
KOMA
Dulu-dulu, mercun tak diharamkan, sebab mercun dulu-dulu tak se-power macam mercun sekarang-sekarang. Yang ada, cuma: bunga api lidi besi, mercun tarik, mercun ayam kentut keluar cahaya, mercun sumbu tengah pusing-pusing keluar cahaya macam bunga, mercun das, mercun bubuh batang di dalam botol (adik mercun Kelawar), dan mercun katak.
KOMA
Kami tinggal di kuarters yang menempatkan anggota keluarga Rejimen 2 Peninjau [2 Recce] (kemudiannya ditukar nama kepada Kor Kalvari, dan kemudiannya ditukar nama kepada Kor Armor DiRaja).
Di hadapan kuarter kami: ada NAAFI, ada kedai runcit.
Di belakang NAAFI dan kedai runcit: ada padang.
Di belakang padang & bertentangan dengan kuarters kami: ada dua kuarters, satu kuarters untuk Kompeni Angkut (pengangkutan) dan satu kuartes untuk Tentera Meriam [Artileri]. (Kuarters-kuarters yang lain di kiri dan kanan adalah untuk Radio [Semboyan], Workshop [baiki kereta kebal, dll], Askar Melayu, dan lain-lain.
Abah kata, kuarters-kuarters ni semua untuk Army sahaja, kuarters-kuarters untuk Air Force - masuk ikut pintu gerbang yang ada replika jet Tabuan sana tu!
KOMA
"KABOMMMMMMM!"
Tentera Meriam main mercun.
2 Peninjau tak mau kalah.
Abah cucuh api pada sumbu mercun.
"KA-zerttttt tus tus tus...."
Ceh! Abah hempas lighter Ronson. Start Vespa. Pergi Kuantan. Atau, pergi Alor Akar, beli ubat tahan muntah untuk aku, sebab esok nak balik KL, lalu Bentong, ueeekkkk!
7 Comments:
sekarang budak-budak masih main meriam kabaid pakai tong air.
September 10, 2010 10:35 PTG
Gua balik lalu jalan tu la kelmarin, Jend!
September 11, 2010 2:10 PG
Amin,
HA HA.
PP,
Jalan tu masih zig-zag zig-zag macam dulu lagi ke?
September 11, 2010 10:17 PG
Sekarang banyak pilihan bang...nak yang power kena cari crazy bang atau happy boom.Kalau nak yang selamat,kena main pop-pop saja lah.
September 13, 2010 8:22 PG
Yes, zig-zag zig-zag. Kalau ada bawa 'barang' elok lalu jalan tu, Jend.
September 13, 2010 9:57 PG
Kori,
Oooooooooooo...
PP,
Jauh aok gi amek 'barang' - kat Temerloh ke, Maran ke, Gambang ke? Kat Kpg Budu, Bente takde ke 'barang'? Huh, menjadi juge budok-budok belia Kpg budu tu eh!
September 13, 2010 11:36 PG
Abah encik Naga men mercun? huyooo... mesti meriahkan
September 21, 2010 9:25 PG
Catat Ulasan
<< Home