Abah Kita Sarjan Probos (Provost Sergeant): Lagi-lagi Hari Raya Tahun 70-an
Abah kata, apa standard pakai Toyota Corolla, standard lagi pakai Toyota Corona, ha ha.
Pagi-pagi lagi, setelah emak bagi aku makan ubat tahan muntah warna merah teluki, kami anak beranak bertolak dari Kem Batu 10, Kuantan.
Abah kata, Kuala Lumpur, here we come, tot totot totottttt!
Apabila sampai di Maran, abah memberhentikan Toyota Corona-nya, abah susap susap, hilang, dan beberapa ketika muncul kembali, dengan sebuah bungkusan berbalut suratkbabar di tangan - roti canai.
Abah kata, jauh perjalanan kita ni nanti Teh, abang rasa baik kita berbuka puasa sahajalah, lagipun kita ni musafir. Emak kata, ok. Dulu, dari Kuantan nak pergi Kuala Lumpur - laaaaaaaaaaaa baru sampai.
Maka kami anak beranak pun berbuka puasa [awal] dengan roti canai. Bukanlah kerana sifatnya berbuka puasa [awal] di dalam bulan puasa memang sedap, tetapi roti canai di Maran tu memang tersangatlah sedap rasanya: gebu dan garing, pergh!
Kemudian, kami anak beranak kembali menyambung perjalanan.
Emak kata, kalau nak muntah - cakap!
KOMA
Di Bentong, aku tak sempat cakap, muntah terbelahak, habis keluar semua roti canai, rasa macam rugi betul.
Nak suruh abah patah balik ke Maran, beli semula roti canai tu, dah dekat nak sampai Kuala Lumpur dah, alahai!
14 Comments:
kau macam kazen2 aku, suka sangat muntah tiap kali naik keta jalan jauh.
sekarang kau muntah2 lagi tak?
September 13, 2010 2:58 PTG
eh, aku FIRST.
September 13, 2010 2:58 PTG
tahniah sebab jadi 1st
September 14, 2010 12:48 PG
dulu nak berjalan jauh ... memang bebtul bermusafir habis ,.....
kangar-kl dalam 14 jam....
bertolak lepas subuh ... sampai dah isyak .... hmmm
September 14, 2010 1:02 PG
kalau aku jangankan kuantan, klang-kuala selangor pun muntah. Haha
September 14, 2010 1:51 PG
Maran ni kawasan jajahan gua...kehkeh ..
September 14, 2010 6:28 PG
Wohohoho...Toyota corona ambik kona memang sedap.Time tu corolla belum naik macam sekarang ni.
September 14, 2010 6:53 PG
selamat hari raya ge...
ko cerita pasal mercun ge...
nen DIA
September 14, 2010 3:23 PTG
Kalau muntah pun boleh buka puasa jugak.
September 14, 2010 7:20 PTG
muntah adalah sesuatu yg memenatkan. aku tak suka betol.
.
September 15, 2010 10:47 PG
muntah kari sangat masam baunya.
September 17, 2010 9:05 PG
kita pun peminat abang naga juga, nanti senang abang naga dtg la tengok gambar di blog kita ye :)
September 18, 2010 3:23 PG
Puasa zaman kanak-kanak sangat menikmatkan
September 19, 2010 1:18 PG
makan la balik muntah tu.
September 19, 2010 6:39 PG
Catat Ulasan
<< Home