"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

25 September 2010

The Real X-Stingarden: Blocker Corp Machine Blaster

Dulu. Rumah gua. Bukan ada TV.

Gua tengok TV kat rumah Kak Pinoi. Kalau Kak Pinoi tak buka TV - gua tengok TV kat rumah Pak Mat Rogek. Kalau Pat Mat Rogek tak buka TV - gua tengok TV kat rumah Ijoi. Kalau semua pakat tak buka TV? Gua tengok ayam itik kat rumah mak gua.

Satu hari. Tap! Gua petik jari. Blocker Corp Machine Blaster dah nak start. Gua capai basikal Chopper. Gua kayuh pergi rumah Ijoi. Sampai di rumah Ijoi - gua drift basikal Chopper sehingga mencecet-cecet parking santak ke tepi tingkap kayu rumah Ijoi. (Tengok TV ni, kalau duduk di atas sit basikal, best-lah sedikit jika hendak dibandingkan dengan duduk di atas simen. Empuk!)

Gua lihat ke dalam rumah - Ijoi tak ada. TV terpasang. Blocker Corp Machine Blaster dah start. Tempe cakap, hai! Gua cakap, hai, dalam hati.

Tiba-tiba. Penglihatan gua tertancap ke arah dua lembaga di dalam rumah Ijoi - Ayah Ijoi dan Mak Ijoi.

Ayah Ijoi sedang baring pakai underwear di atas tilam di atas simen; mengadap TV. Mak Ijoi sedang terjelapak di sebelahnya; jentik-jentik 'bird' dalam underwear Ayah Ijoi.

Gua pejam mata. Gua rasa tak sedap badan. Gua start basikal Chopper. Gua belah. Gua tak tahu apa jadi kepada Mak Ijoi selepas itu.

Dulu. Rumah gua. Bukan ada TV.
(Bila gua dapat keputusan Penilaian 4A 1C - baru rumah gua ada TV).

Label: