"Gua cukup takut bila Sinaganaga berfikiran macam ni. Sebenarnya gua cukup takut bila Sinaganaga berfikir. Sinaganaga memang serba boleh, dan mempunyai misai yang sungguh jantan, tapi berfikir bukanlah kekuatannya." - Sufian Abas.

26 Februari 2010

Fiksyen cinta tak kesampaian gua dengan akak baju kurung biru (pegawas)

Gambar: Akak baju kurung biru semasa hari sukan.

Makmal Fizik Tingkatan Lima itu terletak bertentangan dengan Makmal Sains Paduan Tingkatan Tiga. Jarak di antara kedua-duanya lebih kurang 10 meter. Dan, ia hanya dipisahkan dengan satu kawasan berumput yang tidak berapa nak berumput.

Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu panas. Dan menggetarkan. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.

Gua sedang menulis sepucuk surat:

Kehadapan akak baju kurung biru,
Apa khabar akak? Saya harapkan akak sihat sejahtera walaupun sedang sibuk mengulangkaji pelajaran.
Tujuan saya menulis surat... *padam* ...warkah ini adalah untuk berkenal-kenalan dengan akak dengan lebih dekat lagi. Saya berharap agar hasrat saya yang suci murni ini diluluskan... *padam* ...dapat akak pertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
*nama gua*


Kemudian, ada seorang kutu kelas gua sudah tambah ayat di bawahnya:

Putus tali boleh disambung, putus kasih dot dot dot.
[Mmm, macam gampang juga bunyinya 'status' surat gua ni!]

Gua lipat surat gua jadi jet pejuang. Gua hulur tangan gua yang sedang memegang jet pejuang ke luar tingkap nako Makmal Sains Paduan. Bila akak baju kurung biru beratur nak masuk Makmal Fizik itu nanti - gua nak lancarkan jet pejuang ni, getus gua dalam hati.

Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu mengetarkan. Dan panas. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.

Beberapa ketika, kelihatan akak baju kurung biru dan teman-teman sekuliahnya [Sekuliah? HA HA] yang berbaju kurung putih berjalan ke Makmal Fizik sambil menekup dada dengan lab book. Dengan cepat-cepat gua melancarkan jet pejuang di tangan. [Well, apalah sangat yang ada pada daya berpotensi 'sendi tangan cuma boleh gerak kurang daripada 45 darjah sahaja' yang dikenakan kepada jisim 0.1 kg untuk memecut dari Makmal Sains Paduan ke Makmal Fizik!]

Jet pejuang meluncur. Kemudian dengan perlahan-lahan membelok dan berpusing ke arah di mana asal ia datang. Kemudian ia jatuh di kawasan berumput yang tidak berapa nak berumput.

Akak baju kurung biru sudah nampak. Akak baju kurung biru sudah panggil-panggil gua dengan jari telunjuknya.

"Hah adik rambut afro! Jangan buang sampah merata-rata ya! Mmm... akak 'ambil nama' nanti baru taoooo!!!" Akak baju kurung biru sudah cakap. Tangan gua masih terkulai di luar tingkap nako Makmal Sains Paduan. Pegun dan membatu. Seperti tugu.

Hari itu tidak seperti hari selalu-selalu. Hari itu panas. Dan menggetarkan. Kipas siling yang berputar kuk kek kuk kek tidak banyak membantu. Peluh membasahi baju kurung putih Nita Ahmad sehinggakan gua boleh nampak label BeeDees di bahagian dalamnya. Ya, kami baru selesai kelas Pendidikan Jasmani.

Tetapi yang peliknya, tiba-tiba pula gua rasa dingin. Dingin macam sedang mengemam gula-gula Hacks.

22 Februari 2010

Menjelang PRU13: Ada kalanya Ila terpaksa melayan 10 lelaki dalam satu malam

Selaku ketua kampung, Usop Ludin Tanah Lot membahagi-bahagikan tugas kepada 'anak-anak buah' perempuannya.

Nenek Munah Leper diberi tugas untuk memasak paceri nenas. Kak Pinoi diberi tugas untuk memasak acar timun. Sepiah Mata Smokey diberi tugas untuk memasak ikan tiga rasa. Ani Beyonce diberi tugas untuk membasuh beras, sebab Wak Merah-merah Taman Kok Doh kata kalau Ani Benyonce yang membasuh beras - "Sedappp!" "Takde maknanyaaaa!" kata Ani Beyonce. Wak Merah-merah Taman Kok Doh mengekek-ngekek ketawa.

Makanya, tinggal Ila anak Sarjan Kassim sahajalah yang belum mempunyai tugasan.

KOMA

Di malam keraian, Ila anak Sarjan Kassim menyenduk nasi ke pinggan Karam Singh Walia, ke pinggan Usop Ludin Tanah Lot, ke pinggan Pak Akop, ke pinggan Karim Driving School, ke pinggan Mat Trompet, ke pinggan Mamang Sulan, ke pinggan Lebai Sayuti, ke pinggan Hassan Kedai Runcit, ke pinggan Haji Dua Kupang, dan ke pinggan Cikgu Osman yang duduk di meja utama.

Mail Ketapang menumbuk-numbuk tapak tangan kerana tidak dapat duduk semeja. "Nasinya, Mail!" pelawa Wak Merah-merah Taman Kok Doh yang sedang berkira-kira hendak menyenduk nasi ke pinggan Mail Ketapang di sebelahnya. "Takde maknanyaaaa!" kata Mail Ketapang. Wak Merah-merah Taman Kok Doh mengekek-ngekek ketawa.

Label:

18 Februari 2010

Menjelang PRU13: Rakyat [didahulukan...]

Hari itu Kuala Lumpur tidak seperti selalu-selalu. Hari itu Kuala Lumpur sangat panas. Dan, hari itu Usup Ludin Tanah Lot telah memanggil 'anak-anak buahnya' supaya berkumpul.

"Kita nak buat keraian!" kata Usop Ludin Tanah Lot, selaku Ketua Kampung Stingarden.

"Kita nak panggil Yang Berhormat mana untuk acara perasmian?" tanya Kak Pinoi.

"Karam Singh Walia!" jawab Usop Ludin Tanah Lot.

Orang-orang kampung bersorak-sorai.

Jauh di belakang reban ayam - Mat Trompet dan beberapa orang anak muda Kampung Stingarden sedang menyiapkan kain rentang.

'Who need Wakil Rakyat [anymore] when you can have Aduan Rakyat!'

Label:

17 Februari 2010

Berapa banyak limau yang gua dah makan ni?

Bos, tegur mamat yang berjambang macam Wolverine tu, gua dah buat dah seperti apa yang lu suruh buat... so, ada apa-apa yang gua terlepas tak, dia tanya.

Aaaaa, kata aku, gua tak nampak pula lu pegang apa-apa tadi....

Ceh, kata mamat yang berjambang macam Wolverine tu.

Hari itu. Kuala Lumpur dah tak macam selalu-selalu.

Kuala Lumpur semakin panas. Mata Jimi Mahmud semakin kelat. Semalam dia tak boleh tidur, "Panassss!"

11 Februari 2010

Nagori Yuki (nagori - be sorry to part from) (yuki - snow)

Petang tu. Aidit Alfian minum teh o ais laici.

"Aku tak tahu tajuk lagu tu," kata aku, "maka, ketika hendak membeli CDnya... terpaksalah aku menyanyikan lagu itu di kaunter kedai kaset!"

Buah laici hampir tersembur keluar dari mulut Aidit Alfian. Kami mengekek-ngekek, kemudian.

KOMA

Dulu-dulu. Tak ada Blogspot. Tak ada Youtube. Tak ada Facebook. Makanya, kami menonton TV sahajalah.

Pada suatu hari. Dalam TV. Ada satu amoi Jepun sudah menyanyi sambil memetik gitar.

Esoknya. Aku ajak Samsuru (Syamsul). Pergi beli CD tu di kedai kaset. Yang terletak tidak jauh dari kediaman kami. Di Ikebukuro.

"Sumimasen!" kata aku, [yang selebihnya adalah dialog perbualan ala-ala budak Melayu baru belajar di tadika Jepun, ha ha.]

"Ahh! Iruka da neh!" kata tauke Jepun tu.

Malamnya. Kami asyiklah dok nyanyi, "Kyonen yori zutto, kirei ni natta, kyonen yori zutto, kirei ni natta... (repeat till fade)" Ya, macamlah esok pagi kami tak ada kelas! *ahaks*






This original song was written by Mr. Ise Shouzou (He used to be a member of KAGUYAHIME) At first, KAGUYAHIME sang this song in Album. And then IRUKA released cover version. As a result, IRUKA version is more popular and famous than original in Japan.

Iruka's real name is Kanbe Toshie. She is responsible for a number of well known and popular Japanese folk songs, the most popular of which is argueably "nagori yuki (1975)". (Iruka means "Dolphin" in Japanese). Ya, muka dia macam ikan lumba-lumba.


Nagoriyuki sung by comedian Harvey Clinger

Nagaro Yuki by Kat McDowell yang Harvey Clinger ceritakan tadi. (Embedding disabled by request)
[ http://www.youtube.com/watch?v=PopnE5BuXp4 ]


Nagori Yuki (The Last Snow) sung by X JAPAN, Toshi


Nagori Yuki sung by xACIDxHEADx ('Mangkuk' ni sebagai motivasi kepada Vovin supaya dia pergi bercuti ke Jepun. Ya, 'mangkok' ni sedang tunggu kau, dude!).


Nagori Yuki sung by KOU1ROU

[Jom Karaoke]
Kisha o matsu kimi no yoko de boku wa
Tokei o ki ni shite 'ru
Kisetsu hazure no yuki ga futte 'ru
Tokyo de miru yuki wa kore ga saigo ne to
Samishisou ni kimi wa tsubuyaku
Nagori yuki mo furu toki o shiri
Fuzake sugita kisetsu no ato de
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta

Ugoki hajimete kisha no mado ni
Kao o tsukete
Kimi wa nani ka iou toshite 'ru
Kimi no kuchibiru ga sayounara to ugoku koto ga
Kowakute shita o muite 'ta
Toki ga yukeba osanai kimi mo
Otona ni naru to kizukanai mama
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta

Kimi ga satta HOOMU ni nokori
Ochite wa tokeru yuki o mite ita
Ima haru ga kite kimi wa kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta
Kyonen yori zutto kirei ni natta

[Translation]
I'm next to you, who is waiting for the train to come
Looking down at my watch
Snow is falling at the end of the season
We see snow falling in Tokyo, and you whisper
"This is the last of it", in a lonely way
I know that it's time for traces of snow to fall
After the season in which we had too much fun
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before

Looking out the window of the train that's started to move
You were trying to say something to me
Scared that your lips were forming the words "goodbye"
I kept my head down
Now that the time has come, I'm still oblivious
To the fact that you who were so young, has now grown up
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before

Still on the platform that you left on
I stayed and watched the snow that fell and dissolved away
Now spring is coming, and you've become beautiful
You're definitely more beautiful than the year before

p/s: Terjemahan dalam youtube 'X JAPAN, Toshi' lebih tepat dan sempoi.





09 Februari 2010

Hampir 200 naskhah telah terjual dalam masa dua tiga hari buku ini berada di pasaran

"Manyak takot wo!" Stephen Keng, penulis kisah seram hantu Cina.

Prebet sapu Wak Karmon bergerak meninggalkan Bidan Sepiah yang semakin lama semakin mengecil dari pandangan Leman Kompang. Di tempat duduk belakang - Jimi Mahmud suruh Lijah Somel push, Lijah Somel suruh Jimi Mahmud shut up!

Sejak dari subuh tadi Lijah Somel sudah berkeadaan seperti itu. Sudah berbotol-botol air selusuh yang diminumnya. Tetapi, masih juga dia belum mahu beranak-beranak.




UNTUK MEMBELI BUKU SIAPA KEKAH BIDAN SEPIAH? - KLIK SEKALI!

Cepat! Sebelum anda menggigit jari.

03 Februari 2010

Runtuhnya industri teka-teki

"Hah! Kalau akak tanya kau jangan marah ek, John!" kata Kak Saripah Hasnor, pada suatu malam yang sungguh 'dark' dan 'comedy', "Akak ada satu teka-teki. Teka-tekinya berbunyi begini..., kenapa orang Terengganu membantah pembinaan velodrome di Dungun baru-baru ini?"

Tap! Aku petik jari.

"Sebab, mereka tak mahu ada satu lagi stadium runtuh!" kata aku.